Tanda Kurang Kalsium
Kalsium adalah salah satu mineral yang diperlukan oleh badan kita. Meskipun hanya diperlukan dalam kuantiti yang sedikit, kalsium memainkan peranannya yang tersendiri. Sebab itulah, jika badan kita tidak mendapat kalsium yang cukup, ia akan memberi tanda kurang kalsium yang pelbagai, berkaitan dengan fungsi ia.
21 Tanda-Tanda Kurang Kalsium
Di sini disenaraikan 21 tanda kurang kalsium kepada badan kita yang dikongsikan oleh laman University Health News (ada HonCode). Jom semak 😎
- Pengsan
- Kegagalan jantung
- Sakit dada
- Kebas sekitar mulut, jari tangan dan kaki
- Kejang otot terutama di belakang badan dan kaki
- Wheezing
- Susah untuk menelan
- Berubah suara kerana terdapat spasm pada larinks
- Irritability, keupayaan intelektual tidak seimbang, depresi, anxiety dan berubah personaliti
- Keletihan
- Seizures
- Rambut kasar
- Kuku rapuh
- Psoriasis
- Kulit kering
- Kegatalan yang kronik
- Gigi rosak
- Numbness or tingling in the extremities
- Lemah otot
- Katarak
- Simptom osteoporosis, seperti sakit belakang, perubahan ketinggian dan diikuti oleh postur membongkok
Punca Badan Kurang Kalsium
Kita mendapat kalsium daripada pemakanan kita yang kaya dengan sumber kalsium seperti susu, produk tenusu, soya, dan sayuran seperti kale serta brokoli.
Jadi kita mengalami tanda kurang kalsium mungkin kerana pengambilan kalsium kita dalam diet seharian sebenarnya tidak mencukupi.
Untuk seorang dewasa, 1000mg kalsium diperlukan untuk setiap hari. Berikut ialah jadual cadangan kuantiti kalsium yang perlu diambil oleh setiap petingkat umur.

Selain faktor pengambilan kalsium yang tidak mencukupi dalam diet, ada faktor-faktor lain juga yang mempengaruhi kesan dan tanda kurang kalsium ini.
Faktor tersebut ialah:
- Kekurangan vitamin D
- Kekurangan mineral Magnesium
- Pengambilan mineral Natrium yang tinggi (contoh: garam)
- Pengambilan mineral Fosforus yang tinggi (terdapat banyak di dalam minuman gas seperti cola dan penambah makanan)
- Penyakit buah pinggang yang kronik
- Fungsi parathyroid yang tidak seimbang (kesan daripada pembedahan tengkuk atau tiroid serta penyakit auto-imun
- Pembedahan bariatric (bypass gastrik)
- Dadah (proton pump inhibitors,chemotherapy, anti-seizure medications)
Anda ada tanda-tanda kurang kalsium ini dan berlaku secara kerap? Ia mungkin petanda bahawa badan anda kurang kalsium. Oleh itu, cuba cukupkan keperluan zat kalsium dalam pemakanan anda setiap hari.
Baca selanjutnya: Suplemen Kalsium Yang Terbaik – 7 Sebab OsteMatrix jadi Pilihan

Leave a Reply