6 Tips Memilih Suplemen Protein Terbaik di Pasaran

Pilih Suplemen Protein Terbaik Anda

Mahu mencari suplemen protein terbaik? Sebelum itu mungkin anda nak tahu betul ke anda perlukan suplemen protein. Jadi, boleh semak artikel saya sebelum ini bertajuk Adakah Saya Perlukan Suplemen Protein? – check it out ya!

Sememangnya kita mendapat protein daripada pemakanan kita hari-hari. Contohnya sumber protein yang biasa kita makan ialah daging, ikan, ayam, kekacang dan hasil tenusu. Keperluan mengambil suplemen protein terbaik ni adalah apabila protein yang kita makan sehari-hari tidak mencukupi daripada keperluan sebenar badan.

Antara faktor mengapa badan kita tidak mendapat protein yang cukup ialah:

  • Waktu makan yang tidak teratur
  • Pengambilan makanan ringan dan makanan segera
  • Kaedah memasak yang mengurangkan zat protein
  • Pengambilan yang tidak cukup dengan keperluan badan sebenar

Anda mungkin kekurangan protein kalau anda ada beberapa petanda yang dikongsikan oleh laman Healthline ini:

  1. Edema – ia macam pengumpulan cecair dalam badan, contoh macam geleber pada abdomen perut. Kekurangan protein buatkan cecair akan terkumpul pada bahagian-bahagian badan tertentu.
  2. Hati Berlemak – ia dikaitkan dengan kurangnya protein pembawa lemak jadi menyebabkan pengumpulan lemak pada hati. Hati berlemak ni memang berbahaya sebab boleh mengganggu fungsi organ hati dalam badan kita.
  3. Rambut, Kuku dan Kulit yang tidak sihat – protein membina rambut, kuku dan kulit kita. Jika kekurangan protein, maka bahagian ini tidak subur dan sihat seperti masalah kuku rapuh, kulit kasar dan rambut gugur.
  4. Kehilangan Jisim Otot
  5. Risiko Keretakan Tulang yang Tinggi – Protein juga membentuk kolagen pada tulang untuk mencantumkan struktur tulang. Kurangnya protein bermakna struktur tulang juga menjadi lemah.
  6. Pertumbuhan Terbantut – Kanak-kanak dan usia remaja amat memerlukan protein untuk pertumbuhan. Begitu juga bagi bayi di dalam kandungan.
  7. Merendahkan Daya Tahan Penyakit – antibodi adalah dari protein. Begitu juga sel darah putih yang bertanggungjawab dalam pertahanan badan kita.
  8. Selera Tinggi dan Cenderung Mengambil Kalori Berlebihan

suplemen protein terbaik

6 Ciri Suplemen Protein Terbaik

1. Protein berasaskan Soya

Pilihlah suplemen protein berasaskan soya. Protein daripada tumbuhan adalah lebih baik kerana:

  • 100% daripada sumber tumbuhan yang sesuai untuk vegetarian
  • Khasiatnya yang rendah kolesterol dan kurang lemak
  • Pengambilan berterusan membantu wanita menghadapi sindrom menopous seperti panas badan

2. Tiada Gula Tambahan

Suplemen protein terbaik tidak sepatutnya ditambah gula. Kebanyakan pengeluar suplemen protein cenderung untuk menambah gula ke dalam produk untuk memperbaiki rasa produk.

Namun amalan ini kurang baik kerana ada gula bermaksud ada kalori tambahan. Ia tidak sesuai diamalkan bagi anda yang mempunyai penyakit kencing manis, sedang berdiet atau sedang workout.

Kelebihan suplemen protein tanpa gula tambahan ialah:

  • Mendapat sumber protein yang mencukupi supaya dapat mengelak kalori yang berlebihan dalam diet
  • Ia membantu untuk mengekalkan kadar gula dalam darah yang rendah.

3. Mempunyai Indeks Glisemik yang Rendah

Indeks Glisemik adalah ukuran yang digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu makanan itu akan menaikkan kadar gula dalam darah dengan cepat atau tidak.

Semakin rendah Indeks Glisemik sesuatu makanan itu lebih baik kerana ia bermakna kadar gula dalam darah tidak naik secara mendadak. Sugar spike dalam darah perlu dielakkan sebab ia akan menyebabkan risiko kencing manis, keletihan dan cepat berasa lapar kembali.

  • Mengekalkan kadar gula dalam darah yang rendah
  • Mengurangkan rasa lapar kerana ia membuat anda tahan lapar lebih lama.
  • Mudah untuk mengawal makanan yang anda makan bagi sesiapa yang ingin kawal berat badan

4. Lengkap dengan 9 Asid Amino Perlu

2 komponen protein ialah Asid Amino Perlu dan Asid Amino Tidak Perlu. Kedua jenis asid amino ini ada kegunaan masing-masing.

Tidak Perlu bermaksud badan kita dapat menghasilkannya sendiri. Asid Amino Perlu pula tidak dapat dihasilkan dalam badan, jadi ialah perlu diambil daripada pemakanan.

Pilih suplemen protein yang ada kesemua 9 asid amino untuk keperluan badan yang terbaik.

5. Non GMO

Organisma Terubahsuai Secara Genetik (Genetically Modified Organism, GMO) adalah satu teknologi dalam kejuruteraan makanan untuk tujuan mempelbagaikan sumber makanan dengan ciri-ciri tertentu.

Namun, kesan teknologi GMO pada makanan masih tidak diketahui untuk tempoh jangka masa panjang. Cara terbaik ialah, elakkan makanan jenis GMO ini, termasuklah untuk suplemen protein terbaik anda.

Makanan bersumber non-GMO akan menjamin:

  • Mendapat nutrien asli daripada suplemen anda
  • Alternatif kepada makanan yang lebih selamat dan sihat.

6. Rendah Lemak

Harus diingat, anda mencari suplemen protein terbaik. Ia seharusnya mengandungi sumber protein sebagai zat utama, bukan lemak mahupun kolesterol. Lean protein orang kata..

Pilih produk suplemen protein yang memgandungi kurang dari 3% lemak bagi setiap sajian 100g.

  • Ia dapat mengekalkan jisim otot yang stabil
  • Ia dapat mengekalkan kadsr kolesterol yang rendah.

Kesimpulan

Ada banyak suplemen protein di pasaran. Untuk memilih suplemen protein yang terbaik, pastikan anda baca label dan buat kajian serba-sedikit.

Pastikan juga sumber protein adalah dari sumber semulajadi dan selamat.

Selamat memilih suplemen protein anda!

 

Baca Selanjutnya: Manfaat ESP Shaklee sebagai Suplemen Protein Yang Bagus


Posted

in

by

Tags:

Comments

23 responses to “6 Tips Memilih Suplemen Protein Terbaik di Pasaran”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *