Masalah Kulit Kusam dan Puncanya
Mesti ramai yang tercari-cari cara mengatasi kulit kusam kan? Kulit kusam ni agak mengganggu penampilan wajah meskipun kulit wajah kita tiada apa-apa masalah kulit seperti jerawat dan jeragat. Rasa macam kulit tak sihat dan lesu je kalau melihat orang yang berkulit kusam ni kan. Sedih tu..
Kulit kusam ni terjadi kerana beberapa faktor:
1. Faktor penuaan kulit. Semakin kita meningkat usia, kulit kurang membaharu dan sel kulit tidak diganti dengan sempurna.
2. Terdedah kepada cahaya matahari. Sinaran cahaya matahari yang keterlaluan bukan saja menimbulkan masalah jeragat tetapi boleh buatkan kulit jadi kusam juga.
3. Persekitaran yang kering. Jika kulit kita asyik terdedah dengan suasana kering seperti selalu dalam bilik berhawa dingin, kulit boleh jadi kering dan hilang kelembapan. Kulit akan mudah kusan kerana terdehidrasi.
4. Tabiat merokok. Orang yang merokok lebih terdedah kepada masalah kulit kusam kerana terjadi bintik-bintik kuning pada kulit kesan merokok. Ia juga memusnahkan vitamin C dan E dalam badan yang sangat berguna untuk kesihatan kulit.
5. Stress. Percaya atau tidak stress tidak bagus untuk keserian kulit tau!
6. Salahguna / ter’over’ produk. Hati-hati dengan produk jagaan kulit yang menyebabkan kulit kita menjadi kering contohnya seperti sabun dan wangian. Terlebih guna juga tidak bagus.
5 Cara Mengatasi Kulit Kusam | Jom Ubah Tabiat
1. Minum Air Masak Secukupnya
Minum air masak yang cukup setiaphari akan mengekalkan kelembapan kulit kita. Kulit akan jadi berseri sebab nampak ‘segah’ dan bermaya. Guna nisbah 25 kg berat kepada 1 liter air masak sebagai panduan.
2. Lindungi Kulit daripada Sinaran Berbahaya Matahari
Bila ingin keluar rumah, pastikan guna sunblock, sekurang-kurang SPF30 untuk cuaca Malaysia yang panas dan kering.
Gunakan payung atau topi jika perlu supaya kulit sentiasa terlindung dari cahaya matahari yang berbahaya.
3. Bersenam
Bersenam bukan saja baik untul kesihatan badan, ia juga baik untuk keserian kulit. Badan jadi bertenaga, kulit kelihatan lebih segar dan bermaya.
Kelebihan bersenam termasuk juga mengeluarkan toksin dalam badan yang membawa risiko penyakit pada badan dan kesan kusam pada kulit kita.
4. Kekalkan kelembapan kulit
Ada beberapa amalan yang bagus untuk memelihara kelembapan kulit kita. Antaranya:
- Gunakan pelembap kulit untuk wajah
- Gunakan losyen untuk tangan dan kaki
- Mandi dengan air dingin bukan air panas atau suam untuk mengekalkan kandungan lembapan kulit
- Pasang humidifier di dalam rumah
- Minum air dengan cukup
- Jangan terlebih mencuci muka sehingga mengeringkan kulit
- Pilih skincare sesuai yang tidak menyebabkan kulit kering
- Hentikan tabiat merokok
Leave a Reply