Trik Untuk Kurus | Berjaya Kurus dengan Gembira

Bergembiralah Untuk Kurus

Saya pernah ada rakan-rakan yang berusaha untuk kurus tau. Ada yang ambil ubat kuruslah, suplemen lah dan berdiet makan. Ada sekali hari tu rakan yang amalkan suplemen kurus tu sampai berkali-kali ulang masuk toilet, sampai kelat habis muka. Saya yang melihat pun rasa siksa, apatah lagi orangnya sendiri hihi. By the way, takde ke trik untuk kurus ni? Maksud saya kalau nak kurus tu mesti menderita tahan lapar, sakit itu ini ke baru boleh kurus? Misi untuk kurus tak boleh kalau chill sikit? :sweat_smile:

Jadi, hasil pembacaan saya nak share sedikit trik untuk kurus dengan anda semua. Well, misi hendak kurus patutnya memberi pengalaman gembira bukan sebaliknya.

Kalori, Satu Konsep Utama

Ini sangatlah penting. Orang yang mahu kuruskan badan kena faham konsep kalori ni dahulu.

Lemak dalam badan adalah tenaga berlebihan yang tidak diguna. Ia jadi tenaga standby bila badan kita perlukannya. So, kalau nak buang lemak lebihan supaya boleh kurus, konsep utama ialah BENARKAN LEMAK BERTUKAR MENJADI TENAGA.

Bagaimana lemak boleh ditukar menjadi tenaga? Caranya ialah kita MENGURANGKAN KALORI masuk ke dalam badan kita dari kuantiti yang sepatutnya diperlukan. Bila hutang kalori berlaku, maka lemak dalam badan akan dipaksa terurai menjadi tenaga untuk cover keperluan badan. Ini yang dikatakan membakar lemak.

Kesimpulan ringkas, untuk kurus seseorang itu mesti KURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN DI BAWAH PARAS TENAGA KEPERLUAN BADAN.

5 Trik Untuk Kurus

1. Minum Air Kosong

Nampak macam tak sedap dan gembira kan. Tapi nak tau, air kosong sangat bagus untuk kecantikan kulit. Bukan kulit je, ia membantu detoks badan dengan lancar. Kalau jenis yang susah nak turun berat badan tu walau daj worout bagai nak rak, ketahui salah satu puncanya sebab badan anda banyak toksin.

Tukar minuman manis anda kepada air kosong. Senab utama untuk tujuan kurus ialah anda dah hadkan pengambilan kalori melalui minuman. Ya, air kosong adalah zero calorie.

Bukan kata tak boleh langsung minum air manis, tapi pastikan lebihkan air kosong sementara misi diet ni okay. Setakat 1-2 cawan air manis sehari tu okay lagi.

Kalau rasa susah tekak nak terima air kosong, boleh je letam hirisan lemon ke, mint ke sebagai penambah rasa.

2. Lebihkan Protein, Buah dan Sayur

Siapa yang berdiet Atkins tentu faham fungsi protein yang boleh buatkan perut tahan lapar lebih lama. Betullah tu. Selain tu, buah dan sayur-sayuran pun boleh buat tahan lapar lebih lama ye sebab banyak kandungan serat. Ia juga bagus untuk elak rasa cravings, yang sekejap-sekejap rasa nak makan dan mengunyah tu. Bahaya kalau cravings memanjang, sebab nanti masukan kalori dah berlebihan tanpa sedar.

3. Lakukan Senaman

Malas bersenam? Mungkin ia normal untuk ramai orang, sebab kebanyakan kita melalui sedentary lifestyle.

Trik untuk kurus melalui senaman tak susah sebenarnya. Anda boleh pilih aktiviti fizikal kesukaan anda, apa-apa sahaja asalkan ia membuat anda keluar peluh.

Beberapa contoh senaman yang boleh anda buat:

  • Parking kereta sedikit jauh dari bangunan anda mahu pergi, jadi anda perlu jalan lebih sedikit bukan?
  • Kalau selalu naik lif, apa kata biasakan diri naik tangga pula. Tak kisahlah di tempat kerja atau semasa shopping di mall.
  • Menyertai kelas tarian.
  • Menyertai kelas zumba.
  • Menyertai larian amal. Walau mungkin anda cuma berjalan kaki tidak berlari pun, anda sudah berjaya membuat aktiviti fizikal.
  • Senaman dalam rumah. Tiada teman bukan alasan untuk tidak bersenam sebab di dalam rumah pun anda boleh skipping, aerobik dan latihtubi.
  • Hiking.
  • Berenang.
  • Jungle trekking.
  • Workout di gym.

… Dan banyak lagi! Buatlah ikut hobi dan kegemaran anda. Sekalipun tak suka dan malas pada senaman, anda harus akui yang ia dapat mempercepatkan misi anda untuk kurus kerana membakar lemak lebih cepat.

4. Tambah Suplemen

Lesu demi kurus memang tak best! Trik untuk kurus yang seterusnya ialah tambahkan suplemen dalam diet sihat anda setiap hari.

Antara suplemen yang sesuai ialah seperti protein shake untuk membuat tahan lapar lebih lama dan multivitamin yang menyokong kesihatan anda akibat pengurangan berat yang sedang berlaku. So takdelah badan jadi lemau je masa nak kuruskan badan ni. Emosi pun stabil dan tak mudah rasa nak give up untuk konsisten dengan misi kurus!

5. Berpuasa

Bagi orang Islam, rajin-rajin juga berpuasa sunat. Selain dapat pahala, puasa membabtu badan untuk detoks. Ia juga boleh mengawal pengambilan kalori badan kita. No more cheat diet sebab memang tak boleh makan pun kalau dah puasa kan? Hehe

Tapi awas, jangan melantak sakan pula bila tiba waktu berbuka. Kalori masuk tetap kena jaga ya..

Kesimpulan

Untuk kuruskan badan, diharap semua tidak terperangkap dengan diet drastik yang tak menyihatkan. Pemakanan haroan tetap pwrlu seimbang nutrisinya, apa yang perlu diubah hanyalah kuantiti dan kualitinya (eat clean). Buat senaman untuk mempercepatkan hasil dan ambil vitamin dengan bijak.

Ada lagi trik untuk kurus yang anda tahu? Mari kongsi dengan saya di ruangan komen ya 😉

 

Baca Selanjutnya: Cara Mengira Kalori Badan Harian


Posted

in

by

Tags:

Comments

40 responses to “Trik Untuk Kurus | Berjaya Kurus dengan Gembira”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *