Terasa Bagaikan Hero – Saya Seorang Penderma Darah
Siapa ada pengalaman derma darah? Mesti ada yang lucu kan hehe. Saya pun ada cerita juga berkaitan ini tau. Teruskan membaca ye.
Pengalaman Derma Darah Saya
Sebenarnya agak lama juga saya ada niat nak menderma darah ni. Masa belajar di universiti dulu pernahlah handle program derma darah. Masa tu ada juga buat ujian darah, malangnya darah tak cukup pekat. Jadi, tak layak menderma 😳
Baru-baru ni masa jalan di Tesco Taiping, saya perasan banner ni.

Ha apa lagi, memang membara balik semangat nak rasa pengalaman derma darah ni.
Tak lama kemudian tu, masa jalan-jalan di Taiping Sentral terjumpa pula flyers ni. Ada kempen derma darah juga nampaknya anjuran MBO Cinemas dan St John. Nampak sangat seru derma darah memang betul dah sampai 😆

Isy teruja betul nak rasa pengalaman derma darah ni tau! Sakit ke, tak sakit ke. Tapi yang paling rasa excited rasanya sebab nak acah-acah hero sebagai penderma la kot hehe
Kisah Bermula..
Kebetulan saya dan seorang kawan memang lapang masa kempen derma darah di Taiping Sentral bertarikh 18 Ogos 2018 tu. Cuma kami masing-masing ada kelas pagi (kami adalah fulltime hometutor), jadi kami terus janji untuk jumpa di mall supaya boleh derma darah sama-sama.
Mula Mendaftar Untuk Menderma Darah
Sebelum boleh menderma, perlu jalani saringan kesihatan dulu. Jadi kami isi borang, kemudian beratur untuk cek kepekatan (hb) darah, jenis darah, timbang berat badan dan cek tekanan darah. Masa ni saya memang excited habis, nak merasa pengalaman derma darah pertama kononnya!

Dan masa di sini, barulah saya tahu jenis darah saya adalah darah jenis O. Darah jenis ni dipanggil juga sebagai penderma universal tau, sebabnya darah O boleh diterima oleh semua pesakit jenis darah A, B, AB dan O. Sebaliknya kalau orang darah O pula perlukan darah, maka kami hanya boleh menerima darah jenis O sahaja.. gitu.
Ujian saringan kesihatan saya masa ni sebenarnya banyak yang border je, cukup-cukup makan untuk layak menderma.
- Hb Darah: 12.5 (layak menderma jika 12.5 dan ke atas – pass!)
- Berat Badan: 47 kg (layak menderma jika 45 kg dan ke atas – pass!)
- Tekanan Darah: 100/60 (pass! Walaupun agak rendah sebenarnya ni)

Finally, pengalaman derma darah dah berjaya yay!

Bila lepas kena cucuk jarum tu, just picit-picit bola supaya boleh cepatkan lagi aliran darah. Saya nampak uncang darah saya tu amboi merah pekat betul warnanya. Antara percaya dengan tak percaya juga masa tu ‘eh aku tengah menderma darah rupanya ni.. hehe


Teruskan baring, tak lama kemudian beg darah pun makin penuh dan datang petugas untuk hentikan alat dan jarum pada lengan saya. Yay done! I am one of blood donor babe!
Cerita pasal kawan saya pula, aliran darahnya tiba-tiba terhenti masa menderma tu. Mungkin jarum yang nurse cucuk tadi tu tak kena betul pada urat darah jadi darah dah tak keluar. Makanya beg darah kawan saya tu cuma sedikit ajelah. Dia ada offer untuk cucuk lengan sebelah lagi pula, tapi nurse kata dah tak perlu dan kata tak mengapa walaupun tak penuh satu beg. Okay takpelah.. rezeki menderma setakat tu je.
Pitam? Jeng Jeng Jeng..
Selepas petugas cabut jarum, dia suruh saya bengkokkan lengan untuk hentikan pendarahan. Alhamdulillah tak rasa apa pun. Cuma bila tak lama lepas tu badan saya rasa panas semacam, peluh pun keluar macam orang baru lepas kebah demam. Ah sudah! Kepala pun dah mula pening-pening lalat. Masa tu saya masih duduk di kerusi penderma. Seorang nurse perasan rupanya dan dia tanya pening ke. Saya cuma angguk dan senyum. Cepat-cepat dia naikkan bahagian kerusi bawah supaya naik sama paras dengan badan saya, kiranya nak biarkan saya rehat dengan berbaring.
Rasa mual pun ada juga masa tu. Berjerau peluh meski duduk dalam mall yang kuat air cond. Saya cuba bertenang dan baringkan badan. Petugas-petugas dah mula kumpul di kerusi saya hihi. Ada yang ajar teknik pernafasan, ada yang pesan untuk baring dan rehat juga. Hehe

Malangnya baru beberapa langkah tinggalkan tapak kempen di belakang, saya rasa pening datang balik. Pemandangan di hadapan rasa macam kabur. Rasa badan berpeluh dan panas semacam tu datang balik. Sempat saya cakap pada kawan dan dia bawa saya untuk duduk di kerusi urut layan diri. Saya duduk kejap dan minum air sedikit. Beberapa minit kemudian bila rasa dah bertenaga barulah saya ajak kawan untuk berjalan semula.
Pening Lalat Kali Ke 3
Rupanya episod pening saya ni tak habis lagi. Bila bangun berjalan semula, tak sampai jauh mana, pandangan saya mula kabur. Makin lama makin kabur. Makin lama makin gelap. Suara-suara orang dalam mall bunyi macam lalat menghurung je, bising. Rasanya saya sempat cakap pada kawan di sebelah yang saya dah pening balik..
And guess what??
Semakin lama pandangan saya jadi gelap terus. Tak sedar rupanya saya dah terjelepok di tengah mall tau! Huhu
Saya tau kawan saya tahan saya dari jatuh masa tu, sebab tulah saya tak terus terbaring di lantai, cuma terduduk je. Saya tak pengsan, cuma pitam. Yes, pitam yang sangat sekejap je. Bila pandangan saya cerah balik, saya pun keliru sebenarnya apa yang jadi sebab di depan saya nampak kaki-kaki manusia yang sedang lalu-lalang. Tak lama tu barulah saya dapat hadam yang saya dah terduduk di lantai rupanya..
Kawan saya dan seorang petugas wanita booth berhampiran yang tolong saya dan dudukkan saya di kerusi berhampiran. Lama saya duduk tenangkan diri, sementara kawan saya rupanya dah menghilang ke Watsons untuk belikan balm. Seriously, rasa sangat pening dan tak sedar sangat apa yang berlaku di keliling. Cuma masa pitam tu memang dengar suara-suara termasuk suara kawan saya yang explain pada orang sekeliling pasal situasi saya yang baru lepas menderma darah.
Aisey… Malu tau sebenarnya 😉
Pengalaman derma darah pertama kali yang tak mungkin saya lupakan seumur hidup ini 🙂 Kah! Rasa menyesal menderma darah pun ada.. lol

Kesimpulan
So, inilah pengalaman derma darah saya. Lucu kan 🙂 hihi
Lepas ni adakah saya akan menderma lagi? Eh dah tentu… lah YA! Haha, tak serik pun. Dan rasanya saya dah tak takut jarum kot (konon)..hehehe. Lagipun kekerapan menderma darah ni hanya boleh dibuat 3 bulan sekali je. Jadi, insyaAllah takde hal untuk saya datang terus menderma di Unit Transfusi Darah Hospital Taiping sebagai penderma tetap untuk masa-masa seterusnya kalau tiada event sekalipun.
Tapi kalau join event derma darah ni best sikit, sebabnya ada cenderahati.. hehe



Bercakap pasal hal saya pitam tu, mungkin saya sarapan sikit sangat pagi tu, jadi gula tak dapat support kehilangan sel darah saya selepas menderma. Tapi lepas ni insyaAllah saya dah tahu supaya lain kali saya takkan pitam lagi. Kalau tak memang kes naya kan, bukan nak menyelamat nyawa namanya nanti
Lagi pula, menderma darah ni bukan saja bagus untuk kesihatan tetapi memberi penanda aras yang seseorang penderma tu adalah sihat tubuh badan. Ha bagus kan?
Bagi anda yang belum pernah menderma darah, jomlah ikut sama menderma. Kalau anda menepati semua syarat-syarat penderma, mengapa tidak kan. Alah, saya yang penakut jarum dan abang kakak beruniform putih (nurse) ni pun boleh menderma tau, korang sure lagi boleh punya 😉 InsyaAllah mudahan usaha kecil kita ini dapat membantu orang-orang sakit yang memerlukan darah. Just ingat, 1 pain darah yang kita dermakan tu boleh menyelamatkan 3 nyawa tau!
Sebab tu ada orang cakap, penderma darah ni adalah hero masyarakat. Yay, saya pun dah jadi herolah ya sekarang ni haha 😎

Psst.. Yang pernah menderma darah juga tu, sudi-sudilah kongsi pengalaman korang pula di bahagian komen tau. Hihi
Baca Selanjutnya: Aktiviti Riadah di Bukit Larut dan Taman Tasik Taiping
Leave a Reply