Cara Hilangkan Jeragat dengan Bahan Semulajadi di Sekitar Kita & Sains di Sebaliknya

Anda sudah cuba pelbagai petua dan cara hilangkan jeragat di wajah tapi tak juga berkesan? Ha mesti kecewa kan.

Biar saya kongsi 5 cara hilangkan jeragat ini pula dan logik sains di sebaliknya. Mudah-mudahan petua ini berkesan untuk anda cuba!

Fahami Jeragat

Jeragat ni tak timbul macam tahi lalat. Ia rata sahaja mengikut permukaan kulit, cuma ia berwarna perang atau bertompok hitam. Ia tak berbahaya, tetapi memberi penampilan yang kurang cantik untuk pemiliknya. Dan kalau tak dijaga, jeragat di wajah boleh menjadi semakin banyak, aduhaii…

cara hilangkan jeragat
Foto Kredit: stylecraze.com

5 Cara Hilangkan Jeragat dengan Bahan Semulajadi

Petua ini saya kongsikan semula dari laman stylecraze.com. Yang menariknya ada logik sains di sebalik setiap petua. Semoga bermanfaat ye 🙂

1. Aloe Vera atau Lidah Buaya

cara hilangkan jeragat
Foto Kredit: bodybuilding.com

Cara-cara: Ambil lendir pada daun aloe vera yang masih segar. Sapukan pada jeragat dan urut 2 ke 3 minit. Biarkan selama 10 minit kemudian bilaslah dengan air. Lakukan setiap hari.

Fakta sains [1]: Aloe vera membantu untuk mengurangkan pigmentasi seperti tanda hitam dan jeragat pada kulit. Ia mengandungi ‘aloesin’ yang menghalang proses pigmentasi daripada berlaku.

2. Kulit Pisang

cara hilangkan jeragat

Cara-cara: Lepas makan pisang jangan buang terus kulitnya. Gosokkan kulit sebelah dalam yang berwarna putih ke bahagian kulit wajah yang ada jeragat. Gosok perlahan-lahan seminit dua. Biar khasiat kulit pisang meresap pada kulit beberapa minit kemudian bolehlah dibilas. Lakukan sekali setiap hari.

Fakta sains [2]: Di dalam kulit pisang ada satu sebatian bernama ‘gluconolactone’ dengan kebaikan dapat mencerahkan kulit dan bersifat anti-penuaan. Kulit yang lebih cerah bermaksud jeragat akan memudar. Boleh juga sapukan seluruh wajah dengan kulit pisang untuk kesan menegang kulit!

3. Kiwi dan Strawberi

cara hilangkan jeragat

Cara-cara: Lumatkan kiwi dengan sebiji dua strawberi. Kemudian lulurkan pada wajah yang ada jeragat. Biar selama 15 ke 20 minit. Bilaskan dengan air. Lakukan ini 2 ke 3 kali setiap minggu.

Fakta sains [3]: Anti-oksidan dalam buah kiwi melindungi kulit daripada pigmentasi manakala kandungan enzim dan vitamin C dalam buah strawberi bertindak sebagai pengelupas semulajadi untuk memudarkan jeragat. Wajah akan bebas cela dan kelihatan lebih muda dengan amalan ini. So rajin-rajinlah ya!

4. Jus Tomato

cara hilangkan jeragat
Foto Kredit: amazon.com

Cara-cara: Ambil sebiji kecil tomata dan hancurkan menjadi puree. Letakkan puree tomato pada kulit yang bermasalah jeragat dan biar ia selama 15 minit. Bilas dengan air sejuk. Buat cara hilangkan jeragat ini sekali setiap hari.

Fakta sains [4]: Kandungan vitamin C yang tinggi dalam buah tomato akan mencerahkan kulit dan mengurangkan aktiviti tyrosinase. Ia juga mengurangkan tompok gelap, kedutan dan menghindarkan cela.

Apa itu tyrosinase? Tyrosinase ialah enzim pada kulit yang bertindak untuk menghasilkan pigmen jeragat.

Baca Juga: Kebaikan krim Vitamin C dan E untuk Pudarkan Jeragat

5. Yogurt

cara hilangkan jeragat

Suka makan yogurt? Selain enak dimakan, jom manfaatkan yogurt sebagai cara hilangkan jeragat pada wajah juga!

Cara-cara: Ambil kira-kira 1/4 cawan yogurt asli. Masukkan 1 sudu teh jus lemon dan kacau rata. Sapu campuran tersebut pada kulit yang berjeragat. Biar selama 10 ke 15 minit. Kemudian, bilaskan dengan air suam.

Fakta sains [5]: Ada kandungan asid laktik di dalam yogurt. Ia mengelupas kulit dan menghilangkan sel kulit yang gelap, jadi menggantikan dengan sel kulit yang lebih cerah dan normal pada bahagian bawah. Selain itu, ia menjadikan tona kulit sekata dan merapatkan laing pori.

5 cara hilangkan jeragat ni nampak mudah dan boleh buat di rumah aje kan, lengkap dengan fakta sains lagi. Jemputlah cuba!

Psst.. kalau menjadi sudi-sudilah kongsi pengalaman anda di bahagian komen ye. Oh ya satu je nak ingatkan, petua semulajadi biasanya mengambil masa yang agak lama untuk menampakkan kesan jadi cepat berputus asa ye. Keep consistent dan banyakkan bersabar untuk kesan yang terbaik. Selamat mencuba 🙂

 

Rujukan:

[1] https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2769151/

[2] https://books.google.co.in/books?id=oP3TBwAAQBAJ&pg=PA107&dq=banana+peel+for+skin+pigmentation&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwjDs7La_fXSAhUMM48KHVorCysQ6AEIMTAE#v=onepage&q=banana%20peel%20for%20skin%20pigmentation&f=false

[3] https://books.google.co.in/books?id=SDdKAgAAQBAJ&pg=PA59&dq=kiwi+fruit+scrub+for+oily+skin&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwi-sf-ZyrHQAhXDp48KHbzkBuUQ6AEIMzAA#v=onepage&q=kiwi%20fruit%20scrub%20for%20oily%20skin&f=false

[4] https://books.google.co.in/books?id=c0OBCwAAQBAJ&pg=PA147&dq=tomato+pulp+skin+lightening&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwi127Lt7oHOAhUZTY8KHZFGChgQ6AEIKTAA#v=onepage&q=tomato%20pulp%20skin%20lightening&f=false

[5] https://books.google.co.in/books?id=8tlEAgAAQBAJ&pg=PA137&dq=yogurt+skin+benefits&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwjhwvW817nQAhWIuY8KHa5jATcQ6AEIKTAA#v=onepage&q=yogurt%20skin%20benefits&f=false

 

Baca Selanjutnya: Set Jeragat Shaklee | Merawat Dari Dalam Dengan Berkesan


Posted

in

by

Tags:

Comments

30 responses to “Cara Hilangkan Jeragat dengan Bahan Semulajadi di Sekitar Kita & Sains di Sebaliknya”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *