Migrain Teruk Sampai Hantuk Kepala
Migrain, bukan sakit kepala biasa-biasa. Sakit boleh berlanjutan sehingga berjam atau berhari lamanya jika dibiar tanpa makan ubat. Jadi ada ke cara hilangkan migrain yang lebih baik dari hanya bergantung pada panadol dan ponstan?
Mari saya kongsikan.
5 Cara Hilangkan Migrain
1. Habbatus Sauda
Habbatus sauda atau jintan hitam ada pelbagai khasiat untuk kesihatan. Kalau dalam petua Islam, habbatus sauda disebut sebagai penawar pelbagai penyakit kecuali as-Sam (maut).

Cara menghilangkan migrain dengan habbatus sauda ialah:
1) Sapukan minyak biji jintan hitam ini di dahi, belakang telinga dan bahagian belakang leher semasa diserang migrain.
2) Sekiranya selalu diserang migrain, boleh amalkan suplemen habbatus sauda beserta madu sebagai amalan harian.
2. Lemon

Lemon bukan saja baik untuk tujuan kuruskan badan dan makanan detoks tetapi ia juga dapat melawan dab membunuh kuman bakteria.
Untuk hilangkan migrain dengan lemon, campurkan pati lemon ke dalam air teh panas tanpa susu. Jadikan ia minuman setiap hari. Amalan yang konsisten dikatakan dapat menyembuhkan sakit kepala.
3. Garam
Untuk cara menghilangkan migrain menggunakan garam, pastikan garam yang diguna ialah garam semulajadi ya bukannya garam buatan yang biasa terdapat dalam pasaran. Garam semulajadi boleh ditemui dalam 4 bentuk iaitu:
- Garam batu
- Garam hitam
- Garam laut
- Garam tasik

Caranya, letakkan secubit garam semulajadi pada lidah untuk beberapa minit. Kemudian, minum segelas air sejuk.
Petua ini sebenarnya mengingatkan saya kepada petua Nabi yang menggalakkan kita mencelupkan jari kelingking ke dalam garam dan memakan garam yang lekat apabila kita musafir berubah tempat. Tindakan ini dapat meneutralkan komposisi elektrolit dalam badan untuk tujuan kesihatan.
Secara peribadi, pendapat saya minuman isotonik yang ada kandungan garam mengadaptasi petua ini 😉
4. Lobak Merah, Ubi Bit dan Timun

Lobak merah dapat membantu mempertahankan paras asid dan alkali yang tepat untuk tubuh kita. Ubi bit pula kaya dengan zat Besi dan mineral. Timun pula selain untuk kecantikan kerana boleh melembapkan wajah, ia akan menyejukkan badan.
Untuk cara hilangkan migrain, minum campuran jus lobak merah, ubi bit dan timun. Sakit kepala akan berkurangan.
5. Set Migrain Shaklee
Bagi yang merasa sedikit sukar untuk konsisten menyediakan bahan-bahan buatan sendiri untuk cara hilangkan migrain tu seperti membuat jus dan sebagainya boleh je gunakan alternatif yang lebih mudah dan cepat iaitu Set Vitamin Migrain daripada jenama Shaklee.
Untuk info, semua suplemen Shaklee diperbuat daripada bahan semulajadi dan bukannya sintetik, maka ia lebih berkesan tanpa kesan sampingan dadah dan bahan kimia buatan.
Tonton video ini untuk mengenali 2 item Set Migrain Shaklee.
Ini pula beberapa feedback pengguna migrain yang mendapat kesan baik apabila mengamalkan vitamin ini.
Leave a Reply