Gout adalah penyakit radang sendi (arthritis) yang menyebabkan sendi menjadi bengkak dan sakit kerana berlaku keradangan. Sakitnya bukan biasa-biasa, memang derita amat! Saya kongsikan 5 petua hilangkan sakit gout yang boleh dilakukan sebelum dan semasa ia menyerang. Teruskan membaca untuk tips yang ringkas ini.
5 Petua Hilangkan Sakit Gout Yang Berkesan
1. Makan Ubat Mengikut Aturan
Kalau anda memang sah didiagnos sebagai pesakit gout, anda pasti akan dibekalkan dengan ubat-ubatan terutama ubat anti-radang. Makanlah ubat ikut peraturan, jangan sesekali skip dan mesti disiplin mengambilnya.
2. Ikut Pantang-Larang Makanan

Makanan yang kita makan adalah punca keradangan gout kalau kita tak betul-betul teliti. Orang yang ada gout kena elakkan makanan yang banyak kandungan purin seperti makanan laut. Kesian memang kesianlah sebab kena berpantang, tapi ingatlah ia amat penting supaya boleh elakkan serangan gout yang maha sakit tu.
Contoh makanan kaya purin yang patut dielakkan ialah:
- minuman beralkohol
- makanan laut seperti sesetengah ikan – ikan bilis dan sardin
- sesetengah daging
Baca: Makanan Yang Pesakit Gout Perlu Elakkan
3. Banyakkan Minum Air
Petua hilangkan sakit gout seterusnya ialah banyakkan meminum air. Kandungan tinggi air dalam badan boleh mengurangkan asid urik. Bila asid urik kurang, serangan gout pun akan jadi kurang. Mencegah akan sentiasa lebih baik dari merawat 🙂
4. Gunakan Pek Sejuk

Kalau gout dah menyerang bagaimana nak buat? Selain makan ubat yang doktor bekalkan, tuamkan pek sejuk pada bahagian sendi yang membengkak dan sakit tu. Tindakan ini boleh kurang atau hilangkan sakit pada sendi yang terkena serangan tersebut kerana mengurangkan radang.
5. Rehatkan Sendi

Letakkan anggota badan seperti kaki yang membengkak gout di atas permukaan lembut seperti bantal. Rehatkan ia dan jangan banyak bergerak sehingga kesakitan menghilang.
Petua hilangkan sakit gout (sumber) ini boleh anda amalkan dari rumah. Dengan ini, kejadian serangan gout dapat diminimakan. Semua petua ini perlu diambil perhatian ye, usah menderita sakit gout lagi!
Baca Lagi: Suplemen Untuk Gout Bantu Pesakit Ini Semakin Pulih dan Cergas
Leave a Reply