Mata Panda? Ketahui Punca Terjadinya Lingkaran Gelap Bawah Mata

Lingkaran gelap bawah mata atau kadang-kadang disatira sebagai mata panda bukanlah isu yang berbahaya kepada kesihatan pun. Namun, ia akan mengganggu penampilan wajah seseorang.

Lingkaran gelap bawah mata secara ringkas ialah penampilan kulit yang kusam dan berlainan tona di bawah pelupuk mata. Kawasan ini mungkin ditemani oleh eyebags juga. Betullah, wajah jadi kurang cantik bila ada lingkaran gelap bawah mata ini; penampilan jadi lebih tua dan tidak bermaya. Oh tidak!


Kali ini kami kongsikan punca-punca terjadinya lingkaran gelap bawah mata.

Punca-punca Lingkaran Gelap Bawah Mata

1. Keletihan

Terlebih tidur, terkurang tidur, tidur atau ataupun keletihan melampau boleh menggalakkan terjadinya lingkaran gelap. Waktu tidur yang tidak menentu mudah menyebabkan penampilan kulit seseorang kadi pucat dan kusam. Ini membenarkan tisu gelap dan salur darah menjadi lebih ketara di bawah kulit. Dan oleh kerana kulit di bawah mata lebih nipis, lingkaran gelap jelas kelihatan di bahagian tersebut.

Jaga-jaga jika kurang tidur pula. Akibat kurang tidur, pengumpulan cecair di bawah mata akan menyebabkan eyebags pula.

Oleh itu pastikan dapat rehat dan tidur yang cukup setiap hari. Amalkan untuk tidur dan bangun pada waktu yang konsisten supaya badan sentiasa bertenaga. Masalah lingkaran gelap juga akan dapat diatasi dalam suatu tempoh masa.

2. Penuaan

Semakin berusia, kulit seseorang semakin nipis. Kehilangan lemak dan kolagen pada kulit akan mengurangkan keanjalan kulit. Maka, salur darah di bawah kulit akan semakin jelas kelihatan di bawah kulit, lebih-lebih lagi di bahagian bawah mata membentuk mata panda.

Penuaan berlaku kepada sesiapa sahaja, memang tidak dapat mengelak. Tetapi jika anda perasan lingkaran gelap berlaku kerana anda semakin berusia, kolagen adalah jawapannya. Mungkin anda perlu dapatkan suplemen untuk mengatasi masalah kekurangan kolagen pada kulit.

3. Ketegangan Pada Mata

Kerap melihat skrin komputer, telefon pintar atau televisyen dalam jangka masa panjang boleh menegang dan meletihkan mata. Lebih banyak aliran darah akan dibawa ke struktur mata untuk menyokong proses penglihatan tersebut. Ini menggalakkan salur darah berdekatan mengembang. Hasilnya, lingkaran gelap akan terbentuk di sekitar mata.

Untuk mengelakkan hal ini pastikan rehatkan mata semasa menghada gajet. Usah terus-terusan merenung skrin. Selain mengelakkan kewujudan lingkaran gelap, amalan ini sangatlah baik untuk menjaga kesihatan mata itu sendiri.

4. Alahan / Alergi

Ha jangan tidak tahu, alergi dan masalah mata kering boleh juga sebabkan lingkaran gelap ini terjadi.

Semasa alergi, badan akan membebaskan anti-histamin sebagai tindakbalas melawan keradangan yang berlaku. Ketika ini, simptom lain yang mungkin berlaku ialah mata merah dan gatal-gatal. Salur darah sekitar mata akan mengembang untuk menyokong pemulihan sel daripada serangan alergi. Salur darah kelihatan lebih jelas di bawah pelupuk mata dan mewujudkan mata panda.

Jika anda ada alergi tertentu, tidak hairanlah jika ada mata panda!

5. Dehidrat

Badan manusia terdiri daripada 70% komponen air yang tersembunyi dalam cecair darah, limfa dan lain-lain. Maka air adalah komponen yang sangat penting untuk metabolisme badan seseorang.

Dehidrat atau kekurangan air dalam badan akan menyebabkan badan lesu dan tidak bermaya. Bukan itu sahaja, pembentukan lingkaran gelap mudah berlaku kerana kulit tidak mendapat cukup kelembapan. Kulit wajah akan kelihatan kusam dan kering. Bahagian mata pula kelihatan ‘tenggelam’ dan tidak segah.

Nah, pastikan cukup air setiap hari. Minum air yang mencukupi dan pakai losyen pelembap pada kulit jika perlu.

Jika mahu fokus untuk mengatasi masalah mata panda, boleh aplikasikan krim mata yang bersesuaian. Krim mata sangat membantu untuk melembapkan dan menyihatkan bahagian kulit sekitar mata.

Kesimpulan

Lingkaran gelap di bawah mata mungkin adalah masalah penampilan semata-mata. Ramai orang yang mengalaminya kerana punca keletihan dan faktor usia. Namun, jika masalah ini berlaku terus-terusan dengan simptom yang merisaukan seperti bengkak dan kemerahan, takut juga jika ia bukan perkara yang normal. Jika hal ini berlaku, digalakkan segera merujuk ahli dermatologi.

 

Rujukan: healthline.com


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *