5 Fungsi dan Kepentingan CoQ10 Dalam Meningkatkan Tenaga Badan

Pernahkah anda dengar tentang CoQ10? Ia adalah sejenis bahan yang diperlukan oleh mitokondria. Mitokondria pula ialah pusat janaan tenaga di dalam setiap sel-sel badan kita.

Sumber: The Mayfair Clinic

Fungsi CoQ10 adalah sebagai ‘spark plug’ kepada proses penghasilan tenaga oleh mitokondria. Dengan kata mudah, semakin banyak CoQ10 dalam sel badan seseorang itu, semakin banyak tenaga yang boleh dihasilkan oleh mitokondria.

Jantung adalah antara contoh organ yang terdiri daripada sel-sel yang sangat kaya dengan kandungan CoQ10.

Nak tahu kenapa kanak-kanak sangat bertenaga? Ini kerana sel badan mereka masih kaya dengan kandungan CoQ10 kerana ia dihasilkan oleh badan dengan aktif. Namun, apabila meningkat dewasa kandungan CoQ10 akan semakin merosot dan akibatnya menjadikan seseorang itu semakin kurang bertenaga.

kepentingan coq10

Salah satu cara untuk meningkatkan semula kandungan CoQ10 dalam badan kita ialah ialah dengan memakan makanan yang kaya dengan khasiat CoQ10 atau boleh juga mengambil suplemen.

5 Kebaikan CoQ10 Untuk Meningkatkan Tenaga Sel

Secara umum, fungsi utama CoQ10 ialah pemangkin kepada janaan tenaga di dalam sel. Di sini, kami kongsikan fungsi, kebaikan dan kepentingan CoQ10 dengan lebih mendalam.

1. Mengekalkan Tenaga Untuk Kecergasan Optimum

Mitokondria sebagai pusat janaan tenaga sel sahaja tidak mencukupi untuk menghasilkan tenaga kepada badan. Ia perlu kepada kehadiran CoQ10 untuk jadi pemangkin bagi menukar zat makanan kepada bentuk tenaga.

Oleh itu, semakin banyak kandungan CoQ10 dalam sel, maka tenaga badan yang dihasilkan juga akan meningkat. Seseorang itu akan menjadi aktif, bertenaga dan cergas.

Pernah tak suatu masa dahulu, anda mampu buat itu dan ini tanpa rasa mengah atau penat? Walhal jika mahu dibuat sekarang, terasa tidak mampu lagi secergas itu?

Ketahui, itu adalah petanda bahawa kandungan CoQ10 dalam badan sudah semakin merosot seiring dengan pertambahan usia.

Sebaliknya, kandungan CoQ10 yang cukup dalam badan akan,

  • Menyokong gaya hidup yang aktif.
  • Mengekalkan tenaga sepanjang hari.
  • Meningkatkan kekuatan otot.
  • Mempercepat proses pemulihan luka pada badan.

2. Memperbaiki peredaran darah

Jantung ada organ utama dalam sistem peredaran darah dalam badan manusia. Lain-lain organ yang turut terlibat ialah salur darah dan darah.

Jantung terdiri daripada sel-sel otot yang dipanggil sel kardiak. Sel ini sangat kaya dengan CoQ10 dan bilangan mitokondria yang banyak, sesuai dengan fungsinya untuk mengepam darah dengan kuat ke seluruh inci tubuh kita.

Tanpa CoQ10 yang mencukupi jantung boleh kekurangan tenaga untuk mengepam darah dengan sempurna. Risiko penyakit jantung juga dikatakan meningkat terhadap seseorang itu.

3. Menambahbaik tahap kesuburan

Bagi lelaki, CoQ10 membantu pergerakan sperma semasa proses persenyawaan.

Di bawah ialah gambar sel pembiakan lelaki iaitu sperma.

Sumber: invitra.com

Perhatikan bahagian leher sperma adalah bahagian yang menggerakkan sperma untuk bertemu ovum. Bahagian ini saya kaya dengan mitokondria beserta CoQ10. Dengan tenaga sperma yang mencukupi, ia dapat bersenyawa dengan ovum, maka ia meningkatkan peluang kehamilan.

Bagi wanita pula, sel pembiakan wanita iaitu ovum tidak bergerak seperti sperma tetapi ia juga memerlukan cukup tenaga untuk berkembang selepas persenyawaan berlaku.

Ini bermakna, CoQ10 sangat penting untuk memelihara kualiti dan membekalkan tenaga bagi kedua-dua sel pembiakan lelaki dan wanita. Secara langsung, CoQ10 sememangnya sangat penting dalam hal kesuburan suami isteri bagi mendapatkan zuriat.

4. Menganjal dan menyerikan kulit

CoQ10 turut bertindak untuk memberi tenaga kepada kulit. Penampilan kulit akan nampak bermaya dan berseri-seri, tidak lesu dan kusam sahaja.

Selain itu, CoQ10 juga meneutralkan sinaran UV yang berbahaya kepada kulit. Serupa macam kita memakai sunblock pada kulit, begitulah CoQ10 bertindak dari dalam untuk melindungi kulit daripada kerosakan UV.

kepentingan coq10

5. Memelihara ketajaman minda

Antara kepentingan CoQ10 untuk kesihatan otak ialah,

  • Memelihara fungsi otak.
  • Menyokong daya ingatan.
  • Menjana fungsi otak yang sihat.
  • Meningkatkan fokus dan fungsi otak.

Apabila semakin lanjut usia, kita akan dapat perhatikan ibubapa dan kalangan warga emas akan mengalami masalah kurang ingatan, nyanyuk, pelupa dan sebagainya. Ini sememangnya ada kaitan dengan kandungan CoQ10 yang semakin merosot.

Sebab itu, sangat bagus sekiranya warga tua dapat mengamalkan suplemen CoQ10 pada usia emas mereka. Ini akan membantu untuk,

  • Lebih fokus dan peka.
  • Mengurangkan risiko penyakit berkaitan fungsi otak seperti Alzheimer dan Parkinson.
  • Meningkatkan daya ingatan.
  • Meningkatkan keupayaan pembelajaran bagi mereka yang suka menyertai kelas-kelas agama.

Sebagai kesimpulan, mungkin pembaca boleh nilai semula sama ada badan sendiri mempunyai cukup CoQ10 atau tidak. Jika anda ada masalah kelesuan dan cepat letih, mungkin sekali anda mengalami kekurangan zat CoQ10.

Ambillah langkah-langkah untuk meningkatkan semula tenaga badan anda. Makan makanan yang kaya dengan khasiat CoQ10 atau ambil suplemen.

Untuk yang bercadang mengambil suplemen, kami cadangkan suplemen CoQ Trol Plus daripada jenama Shaklee.

Semoga info ini berguna kepada semua pembaca.

 

Rujukan: Laman Web Nutrisi healthline.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge