makanan penyebab jerawat

5 Jenis Makanan Penyebab Jerawat Yang Wajib Anda Hindari

Makanan Penyebab Jerawat?

Jerawat terjadi apabila liang pori kulit kita tersumbat oleh sama ada kekotoran, minyak atau adanya jangkitan bakteria. Orang dengan kulit wajah jenis berminyak lebih cenderung mempunyai masalah jerawat andaikata tidak menjaga kebersihan kulit dengan baik. Penghasilan minyak yang tidak terkawal sangat menggalakkan jerawat berlaku. Oleh kerana penghasilan minyak atau dipanggil sebum kulit ini dikawal oleh hormone dalam badan kita, ada beberapa jenis makanan penyebab jerawat yang perlu kita ketahui.

Makanan, jika mengikut ulasan Dr Hasseenah di blog beliau bukanlah penyebab utama jerawat. Cuma ia boleh jadi mencetus jerawat akibat reaksi badan kita yang tidak serasi dengan sesuatu makanan tu.

Ia dikatakan sebagai jenis makanan penyebab jerawat sebab ada makanan yang boleh menggalakkan penghasilan minyak yang melampau pada kulit kita. Bila kulit kita galak berminyak, maka jerawat sangatlah cenderung untuk berlaku sebab liang pori mudah tersumbat.

5 Jenis Makanan Penyebab Jerawat

makanan penyebab jerawat

Bagi anda yang mengalami masalah kulit berjerawat, sangat digalakkan untuk perhatikan jenis makanan apa yang  membuatkan jerawat anda tumbuh. Selepas itu, anda akan lebih mudah elakkan ia.

Di sini, ada beberapa panduan tentang jenis makanan penyebab jerawat yang dikongsikan oleh Dr Hasseenah yang cukup banyak pengalaman tentang isu jerawat ni.

1. Makanan berlemak dan bergoreng – meningkatkan kandungan glukosa (gula) dalam darah dari kabohidrat dan lemak.

2. Makanan dari produk tenusu – kandungan lemak dan hormon yang tinggi dalam susu lembu  boleh menyebabkan alahan

3. Makanan dari karbohidrat yang diproses – kandungan gula yang diproses tinggi.

4. Minuman berkafein dan berkarbonat – menyebabkan kelenjar adrenalin merembeskan hormon penyebab stress dan juga boleh mengganggu tidur anda. Minuman berkabonat juga mengandungi kandungan gula yang tinggi iaitu lebih kurang 7 sudu teh gula untuk setiap tin minuman. Kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan kulit berminyak.

5. Makanan yang diproses atau ditinkan – mana-mana makanan bukan dari sumber asli dianggap tidak sihat untuk dimakan

Kaitan Makanan dan Jerawat

Kalau anda perasan, 5 makanan penyebab jerawat yang diulas oleh Dr Hasseenah adalah dari jenis tinggi kandungan gula dari kumpulan karbohidrat. Ada juga jenis makanan yang berlemak dan berminyak.

Sugar Spike

Makanan jenis ini sebenarnya boleh meningkatkan kadar gula dalam darah dengan cepat. Pendek kata, ia jenis makanan dengan indeks glisemik yang tinggi – gula cepat dibebaskan dalam darah secara serentak. Disebabkan ini, badan kita melepaskan satu hormone yang dipanggil insulin supaya dapat menukar gula tersebut kepada tenaga segera atau simpanan.

Sebagai kesan sampingan, insulin yang banyak dalam darah akan menggalakkan kelenjar sebum pada kulit menghasilkan lebih minyak pada permukaan kulit. Oleh itu, jerawat mudah terjadi.

Tidak Serasi

Selain sugar spike dalam darah, ada juga jenis makanan yang menyebabkan badan kita bereaksi. Ini menyebabkan keradangan kerana badan melawan bahan makanan tertentu yang tidak serasi dengan badan kita tersebut.

Kesimpulan

Diharap perkongsian ini dapat membantu anda untuk mengatasi masalah jerawat yang mungkin menghantui keyakinan diri  dan penampilan anda selama ini melalui tabiat pemakanan yang betul. Semoga bermanfaat!

 

Rujukan: Healthline

>> Baca Selanjutnya: Fungsi Collagen Powder Shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *