kekurangan vitamin c

5 Tanda Kekurangan Vitamin C Pada Kulit

Vitamin C adalah vitamin yang sangat sinonim dengan kesihatan kulit. Walaupun fungsi utama vitamin C adalah untuk meningkatkan kekebalan tubuh daripada penyakit, khasiatnya terhadap kulit juga amat besar. Oleh itu, terdapat tanda kekurangan vitamin C pada kulit sekiranya seseorang itu tidak mendapat zat yang mencukupi.

Tanda-tanda Kekurangan Vitamin C

  1. Kulit Kering dan Berkedut

    kekurangan vitamin c
    Kulit kering tidak dapat diatasi melalui losyen pelembap semata-mata.

Vitamin C adalah antioksida dan sebahagian sumber pembentukan kolagen pada kulit. Kekurangan vitamin C menyebabkan kurang kolagen terbentuk. Perlindungan kepada radikel bebas juga terhad. Kulit mudah diserang yang merosakkan kandungan sebum dan proteinnya. Akibatnya kulit menjadi kering, tidak bermaya dan berkedut.

  1. Kulit Kasar dan Berkutil Halus

Pernah melihat kulit ayam yang sudah dibuang bulu?

Ada satu keadaan kulit yang kelihatan penampilannya seperti kulit ayam tersebut. Ia dipanggil Keratosis Pilaris. Biasanya ia terbentuk pada kulit di bahagian lengan, peha dan punggung.

kekurangan vitamin C
Keratosis Pilaris (Foto Kredit: DermNet NZ)

Keratosis Pilaris berlaku kerana kekurangan vitamin C kerana kurangnya kolagen terbentuk pada kulit.

Kekurangan kolagen juga menyebabkan permukaan kulit menjadi kasar dan tidak berseri.

  1. Luka Lambat Sembuh

kekurangan vitamin c

Apabila terluka atau cedera, kandungan vitamin C dalam darah dan tisu badan akan berkurang. Walhal, vitamin C sangat diperlukan untuk membentuk kolagen , iaitu sejenis protein yang memperbaiki struktur kulit yang cedera itu. Vitamin C juga membantu sel darah putih untuk melawan jangkitan kuman apabila cedera. Kekurangan vitamin C akan melambatkan proses luka sembuh. Jadi, bagus sekiranya jika kita boleh meningkatkan pengambilan vitamin C apabila mahu sembuh cepat daripada luka dan kecederaan.

  1. Gusi Berdarah

kekurangan vitamin c

Adakah terdapat tompokan darah ketika anda meludah semasa memberus gigi? Ini tanda kekurangan vitamin C. Walaupun menggosok gigi dengan sederhana, gusi akan berdarah. Dan jika makan apa-apa yang sedikit keras seperti buah, gusi akan berdarah. Jika begini jelas sekali anda mengalami kekurangan vitamin C. Mengubah ubat gigi tidak akan membantu.

  1. Kulit Mudah Lebam

kekurangan vitamin c
Bukan digigit hantu! (Foto Kredit: MajalahSains)

Vitamin C memelihara salur darah yang sihat. Sebaliknya, orang yang badannya kekurangan vitamin C mudah mendapat kecederaan salur darah dalaman. Apabila terjatuh atau terhantuk, salur darah di bahagian tersebut boleh pecah dan menyebabkan lebam-lebam. Tanpa vitamin C yang cukup, kekuatan salur darah menjadi kurang sehingga lebam mudah terjadi dan lambat pula mahu pulih.

Adakah anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas? Jika ya, jangan lupa tingkatkan pengambilan vitamin C harian anda melalui pemakanan mahu pun suplemen!

Rujukan: WebMD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge