beli shaklee di shopee

Beli Shaklee di Shopee Lebih Murah dan Jimat, Tapi.. 4 Risiko Menanti!

Saya pernah menerima beberapa pelanggan yang meminta khidmat konsultasi produk Shaklee tapi bukan asalnya membeli dari saya. Alahai, tapi mereka beli Shaklee di Shopee!

Tapi mohon maaf lah ya kerana, saya tak dapat berikan konsultasi seperti yang diharapkan.. sebab? Sebabnya jelas. Kalau anda beli barang di kedai lain, tapi minta khidmat lepas jualan daripada kedai lain, eh logik ke? Tak logik kan.. macam tu lah juga kami sebagai Pengedar Shaklee ni..

Kalau nak saya konsultasi juga, terpaksalah beli at least satu tambahan produk Shaklee daripada saya dahulu..hehehe.

Anda nak tahu? Perkara macam ni selalu terjadi. Kawan-kawan saya yang sama-sama SID Shaklee pun selalu terima pelanggan macam ni.

Nak tahu kenapa? Satu perkara yang jelas apabila anda beli Shaklee di Shopee, anda TAK DAPAT KONSULTASI terbaik! Dan lebih malang dari tu, sebarang konsultasi pun tak ada!

Saya senaraikan 4 risiko yang menanti anda bila anda beli Shaklee di Shoppee.

4 Risiko Beli Shaklee di Shopee

1. Ketulenan dan Kualiti Produk Yang Diragui

Kalau lihat di Shopee, harga produk dan vitamin Shaklee murah betul sampai melangkaui harga ahli. Untuk info, produk Shaklee di Malaysia hanya dijual pada 2 harga tau iaitu Harga Retail dan Harga Ahli. Harga Ahli adalah lebih jimat dan murah sehingga 15 ke 25 peratus diskaun berbanding Harga Retail.

Jadi, dari pembekal mana seller di Shoppee ni dapatkan Shaklee sampai boleh jual semula dengan harga tersangat murah? Lagi murah dari Harga Ahli pula tu. Sangat tak logik!

Ya, memang ada kemungkinan Shaklee ada membuat promosi pukal untuk masa-masa tertentu dan mungkin seller tersebut membeli ketika itu. Tapi harus diingat, setiap suplemen Shaklee mempunyai tarikh luput yang tidak begitu lama kerana sifatnya dari sumber semulajadi.

Kemungkinan yang berlaku ialah seller tersebut mungkin membeli stok yang banyak tetapi tidak terjual, sehingga memaksa mereka menurunkan harga yang betul-betul tidak masuk akal. Ini bermakna, suplemen anda sudah hampir nak expired pun!

Dan itu pun kalau produk Shaklee tersebut memang ori lah..

Bagaimana kalau produk tersebut ialah tiruan pula? Botol boleh di label dan kandungan dapat diolah supaya nampak serupa yang asal tapi dengan kos yang rendah, jadi logik lah kalau harga jualan mereka pun murah-murah belaka kan? Aduh..

2. Tiada Jaminan Shaklee

Shaklee telah mengeluarkan pekeliling bahawa tidak akan menjamin produk Shaklee yang dijual di laman e-dagang seperti Shoppee, Lazada dan lain-lain. Jaminan Shaklee hanya ekslusif untuk produk Shaklee yang didapatkan daripada cawangan Shaklee dan pengedar Shaklee yang sah sahaja.

beli shaklee di shopee

Kalau barang tak sampai, anda boleh refer ke Shaklee dan pengedar.

Kalau barang rosak atau expired, anda boleh minta tukar dari Shaklee atau pengedar.

Kalau anda ada komplikasi dan masalah akibat pengambilan produk, anda boleh rujuk ke nutritionist Shaklee dan tanya pengedar.

Itu kalau anda beli produk Shaklee dengan cara yang sah lah.

Tapi, kalau anda beli shaklee di Shopee, alamatnya anda tak boleh komplen apa-apa. Tak ke naya?

3. Tiada konsultasi

Ada sebabnya Shaklee Malaysia tegas dengan aktiviti jualan yang hanya boleh dilakukan oleh SID yang sah. Ini kerana suplemen Shaklee berkait dengan ilmu nutrisi dan kesihatan pengguna.

Di Shaklee, kami sebagai SID dilatih untuk memberi konsultasi kepada pelanggan dengan ilmu yang betul. Sebab itulah diadakan bengkel-bengkel nutrisi setiap bulan oleh ahli nutrisi bertauliah. Dari situ, selain pembacaan kami sebagai SID dapat memberi konsultasi terbaik kepada pelanggan. Kalau ada keraguan, kami akan refer pula kepada nutritionist jadi tak adalah nak memandai-mandai sebarang cakap untuk guide customer kami.

Hei, ini produk yang melibatkan kesihatan okay, memang perlu kepada konsultasi yang betul dan tepat apa!

4. Tidak berkesan

Beli Shaklee di Shopee, kalau berkesan Alhamdulillah.

Tapi kalau cara makan pun tak tahu, logik lah kesan pun susah nak nampak betul tak?

Itu pun kalau terbeli yang ori lah, tapi kalau ori pun mungkin juga kualiti dan downgrade dah hampir expired. Isy tak berbaloi kan?

Jadinya, belilah Shaklee dari SID sah atau terus je ke cawangan berdekatan.. kan selamat macam tu.

Cara Beli Shaklee Jimat Yang Sah

Nak beli Shaklee dengan harga murah dan jimat?

Abaikan pasaran haram macam Shopee, Lazada dan seangkatan tu, hehe.

Saya jemput anda untuk daftar sebagai ahli Shaklee RM65 yuran seumur hidup untuk kelebihan membeli Shaklee dengan harga jauh lebih jimat dan berbaloi 😉

Bagi yang berminat untuk daftar pantas menjadi Ahli Shaklee, hanya klik >>> Borang <<< untuk isi maklumat anda. Saya akan uruskan hal seterusnya di Shaklee.

Nak beli Shaklee murah? Jom daftar ahli!

Dan selamat menikmati diskaun Shaklee.. yang sah! hehe

 

Baca: Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge