Musim cuti sekolah hujung tahun bakal bermula lagi 3 minggu. Ibu ayah sudah ada rancangan mahu membawa anak-anak bercuti di mana? Saya cadangkan mariΒ bercuti di Bukit Merah Laketown Resort di Perak!
Bukit Merah Laketown Resort ini terletaknya lebih tepat di Semanggol, Perak. Dikatakan ia adalah antara hotel terawal di Malaysia yang mempunyai taman tema air (waterpark) sendiri. Berikut ialah alamat lengkap:
Alamat:
Bukit Merah Resort Sdn. Bhd.
(390047-M)
Jalan Bukit Merah,
34400 Semanggol, Perak Darul Ridzuan, Malaysia
Cara hubungi:
Tel: +605 890 8888 / Fax: +605 890 8108
Secara jujur, diakui Bukit Merah Laketown Resort ini kecil sahaja taman airnya kalau mahu dibandingkan dengan Sunway Lagoon mahu pun Tambun Waterpark. Tapi, bercuti di Bukit Merah Laketown Resort ini tak semestinya mengecewakan, terutama untuk anak-anak kita yang mahu berseronok. Sekurang-kurangnya, bila kawasan kecil ni, anak-anak lebih mudah dijaga dan dikawal.
Sempena cuti hujung minggu merangkap cuti Maulidur Rasul hari ini (9 Nov 2019), saya turut berkunjung ke sini bersama-sama keluarga kakak saya dan anak-anaknya.

Macam biasa, bila sampai, haruslah membeli tiket masuk. Saya difahamkan, tiket Dewasa berharga RM40 manakala kanak-kanak sekolah ialah RM30 seorang. Anda rasa berbaloi tak? Pendapat masing-masing lah ya, tapi untuk kegembiraan anak-anak sekali-sekala biasanya ibu ayah takkan nak berkira sangat kan π
Tapi harga tiket saya cumalah RM20. Adakah sebab saya telah diisalah erti oleh staf kaunter tiket bahawa saya masih pelajar sekolah? Haha, okay gurau T.T
Sebenarnya, harga tiket kami jadi separuh harga sebab kami guna baucer promosi School Attack.

Mana nak dapat baucer promosi macam ini? Terima kasihlah untuk anak saudara saya yang dapatkannya dari sekolahnya. Saya pun tak berapa pasti promosi yang lain, tapi apa-apa anda boleh search sahaja di internet berkaitan pakej promosi yang pihak Bukit Merah Laketown Resort tawarkan dari masa ke masa, okay?
Pengembaraan Air Bermula!
Masuk sahaja ke kawasan Waterpark, kita akan disambut oleh ini. Satu kawasan kecil pancur air. Bolehlah basahkan badan di sini sebagai permulaan.

Bagi yang mahu menyalin baju, boleh ke tandas atau bilik menyalin yang disediakan. Boleh juga sewa locker di sini untuk menyimpan barang-barang berharga anda. Jangan risau, ada kunci locker disediakan tapi bila seronok mandi tu jangan hilangkan kunci pula ya, tak ke haru nanti!
Selepas pancuran air mini atau shower ini, di sebelah kirinya ada water splash yang agak besar. Ada satu ‘baldi’ besar berbentuk kelapa di udara yang akan diisi air. Bila air penuh, kelapa tadi akan dituang untuk melimpahkan airnya ke bawah. Seronok tau masa ni!

Teringat masa saya kecil-kecil dulu di sekolah rendah, sekolah saya iaitu SK Kampung Selamat adalah sekolah angkat pemilik Bukit Merah Laketown Resort ini, iaitu Tan Sri Mustapha Kamal. Jadinya, kami sebagai murid-murid sekolah angkat ini memang selalulah dapat kesempatan untuk masuk mandi-manda ke sini secara percuma! Haha, tapi itulah.. zaman kecil-kecil bolehlah ber’kubang’ sakan. Sekarang sudah besar, kita tengok sajalah anak-anak kecil kita bermain air, hehehe..
Tapi nak bagitahunya, masa zaman dulu-dulu tu, bahagian baldi melimpahkan air inilah yang kami tunggu-tunggu. Mesti berkumpul ramai-ramai dengan kawan di tempat biasanya air tumpah. Sebabnya nak rasa feel air bah menimpa badan, hahaha!

Di sebelah kiri dan belakang water splash ini pula kawasan yang dikhaskan untuk kanak-kanak di bawah usia 6 tahun. Airnya lebih cetek dan selesa untuk ibu ayah memantau. Satu pesanan untuk semua, pantaulah anak-anak dengan baik ya walaupun suasana kurang ramai orang, supaya dapat mengelakkan perkara yang idak diingini berlaku seperti lemas dan kecederaan.Β Well, malang tidak berbau, sentiasalah beringat sebelum kena.

Kalau di sebelah kanan bertentangan dengan water splash, ada pula satu belon besar. Di sisinya ada tali-tali besar yang boleh digunakan untuk memanjat, sambil air mengalir di atas belon. Kira satu cabaranlah sebab nak memanjat agak licin. Ini pun saya tak lepaskan peluang masa kecil-kecil dulu, hehe. Panjat sajalah macam anak jantan. Well, dulu kan tak berapa cakna sangat bab malu lagi, budak-budaklah katakan..Β Β π
Lain-lain Kemudahan Bercuti Di Bukit Merah Laketown Resort
Makanan dari luar memang tidak boleh dibawa masuk ke dalam Waterpark. Tapi jangan risau, kalau anda lapar, memang ada cafe untuk beli air dan makanan. Harganya standard sahaja, nak kata mahal tidaklah, just nice dan berpatutan untuk rate tempat percutian begini.

Selain itu, tandas dan tempat salin baju yabg disediakan adalah selesa.
Macam saya beritahu sebelum ini, anda boleh sewa locker untuk menyimpan barangan berharga. Boleh juga sewa pelampung di kainter berhampiran.

Dan untuk yang Muslim, jangan risau memang ada surau yang disediakan untuk kita solat bila masuk waktunya. Seronok-seronok juga, tapi solat janganlah tinggal ya. Bak kata Aliff Satar, nanti esok mati Dia tak tanya, dah habis ke tengok Iron Man series. Kalau versi kita sekarang ni, Dia tak tanya juga, dah habis ke explore waterpark Bukit Merah tu..? Haha.. okay, bab solat yang bakal DIA tanya lepas mati nanti okay. Jadi, sama-samalah kita saling mengingatkan.
Sedar tak sedar, masa pun sudah menginjak waktu Zohor. Saya dan keluarga pun tak mahu berlama-lama lagi di sini. Budak-budak pun habis kecut jari sebab lama sangat berendam air, maka kami siap-siap dan bergerak balik lebih kurang pukul 3.30 petang. Datang tadi pun sudah 11 pagi lebih, jadi agak lama juga kan, kira puas jugalah budak-budak bermain air.

Ada yang plan nak bercuti di Bukit Merah Laketown Resort ini? Marilah, ia simple yet fun. Kawasannya kecil tapi tetap menghiburkan.
Info Tambahan
Ada 2 laluan nak ke Bukit Merah Laketown Resort ini. Yang pertama ialah apabila keluar sahaja highway PLUS tol Bukit Merah, anda belok sahaja kenderaan ke sebelah kanan. Laluan masuk ke Laketown betul-betul bersebelahan sahaja dengan tol. Laluan ini adalah berbukit, jadi kena sedikit berhati-hati memandu.
Satu lagi laluan masuk ialah melalui Jalan Kg Selamat. Mungkin orang luar kurang tahu laluan ini, tapi bagi orang setempat macam saya, kami memang sudah biasa. Jalan kedua ini lebih mudah sebab ia tidak berbukit, ia antaranya akan melalui SMKA Kerian, Kolej Jururawat Bukit Merah, Suria Apartment dan Laketown Clubhouse (restoren Ais Gunung).
Yang belum pernah datang ke sini, marilah! Bercuti di Bukit Merah Laketown Resort bersama keluarga. Satu pengalaman baru anda dan anak-anak patut rasai!

Oh ya, selain Waterpark, di sini ada juga tarikan lain seperti Ecopark, Pulau Orang Utan dan lain-lain. Maklumat lanjut boleh semak sahaja di laman web mereka. Sekian!
Baca: Cara Meningkatkan Keimunan Seisi Keluarga dengan Immune Booster
tak pernah sampai BMLR ni.jauh sangat.hehe
tapi bila baca artikel rasa macam nak pergi je hehe
Ha datanglah Amni, tentu tak mengecewakan π
Setakat ni belum sampai ke perak
Tapi memang minat ke tempat-tempat sebegini. Terima kasih atas perkongsian. Lepas ni ke perak dah tahu nk kene sini! β¨π
Sama-sama Rin.. π
Menarik!!!!!!! I havenβt been to Bukit Merah. Only read some peopleβs travelogues about it. Reading your post makes me wanna visit there. Thank you for sharing.
You are welcome. Come here, you and family will enjoy it!
Secara jujur tak pernah lagi masuk kat Bukit Merah Laketown ni hehehe hanya lalu sahaja dan tengok dari luar. Rupanya kat dalam ni not bad banyak yang menarik untuk bawa anak-anak pergi bercuti sekolah nanti kan ok juga…
Rugilah tak singgah Maha..hehe. Lain kali kalau lalu sini lagi, kena singgah okay π
menarik tak pernah pergi lagi, nanti bolehlah plan dengan family ke sini cuti sekolah nanti. menarik sangat suka mandi manda he he
Ha sesuailah untuk bawa anak-anak bercuti ke sini Bonde. Have a nice trip π
Never of heard of it! But this post probably will help a lot if im planning to go there somewhere in future. Great share π
Thank you Jasmean π
Keluarga saya dah beberapa kali dah ke Bukit Merah Laketown Resort ni. Saya pulak tak pernah lagi, sebab masa family pergi tu saya stay dekat asrama. Memang tak dapat nk pergi. In shaa Allah nanit nk pergi sendiri je haha.
oh iya ka..haha. Okay silakan datang and enjoy dengan kawan-kawan ya π
bestnyaa..rasa macam cuti sekolah ni nak pergilah sana main air …memang rasa dah lama sangat tak pi taman tema air…best duduk atas pelampung pastu rilekk jerrr….harap nanti ada diskaun lah sebab anak ramai ni haaa…
Bab diskaun ni, kena rajin-rajin cari offer tau hehehe
Menarik ni, dah lama Mat Drat teringin bawak anak anak Bercuti ke Bukit Merah Lake Town Resort ni. Cuti sekolah ni boleh la pergi
Marilah Mat. Haha..budak-budak mesti suka ni..
thanks info ni sis. boleh jadi panduan jika nak ke bukit merah nanti
RAIHANAH AHMAD recently posted…Tips Untuk Perbaiki Insulin Resistance
Sama-sama π
bestnya mandi dekat waterpark! Iza sejujurnya tak pernah pergi bukit merah lake town ni. ok one day kena jugak pergi sini bawak anak. anak iza memang suka mandi manda ni.
Datanglah Iza bawa anak-anak, sure diorang suka!
Cuti sek ni pening gak pikir nak bawak anak gi mana. Dah lah musim hujan je skrg ni..kang kemana mana rugi je kalau dok dlm bilik. Tmpt ni rasanya ok gak kan..kalau hujan apa kisah sb mmg dah basah pun..janji jgn ada ribut petir cukup le..
Betul tu Hanny. π€
Sudah lama Naim tak pergi Bukit Merah, jelas banyak perubahan yang terjadi di sana. Kelak Naim nak pergi sekali lagi~ hehe
Oh banyak perubahan ya? Hihi tak perasan pula.. π
bukit merah memang salah satu lokasi percutian idaman. lagi lagi bila ada taman tema air. boleh mandi sepuas hati. gelongsor pun banyak ni.. heheh
nikkhazami recently posted…Sinopsis Setelah Ku Dimiliki
Dah lma x bercuti kat sini. Tapi tempat ni memang best terutama yg datang dengan famili. Macam aktiviti yg boleh kita lakukan
Setuju.. ππ
Long time I didn’t go lwot d… I think now is time to plan this again to visit there with family. Wahh… Excited now !!!!
Really? Have fun ya! π
Looks fun!
But gotta wait for my daughter to grow elder only got chance to go!
She is 2 years old now, I believe this place will make her go happy!
Thanks for sharing!
Pernah dah sampai Bukit Merah Laketown Resort ni. Hanya anak2 belum pernah. Asyik pi Sunway Lagoon je haha. Thanks sharing info tentang Bukit Merah Laketown resort! One day boleh datang.
Wan Syahida recently posted…Kenapa Semua Orang Perlu Detox?
sama-sama wan π