Cara Atasi Sembelit dan 3 Amalan Baik Yang Patut Anda Buat

Sembelit Itu Siksa!

cara atasi sembelit
Sembelit?

Kalau anda pernah sembelit, mesti anda tahu betapa siksanya! Berperuk di dalam tandas berjam lama sampai cramp kaki jadinya. Aduhai.. Belum kira betapa sakit nak meneran membuang sebab najis keras. Belum kira lagi betapa tak selesanya perut bila sebab tak puas membuang air selain berhari-hari (atau berminggu) tak ke tandas? Jadi, jangan abaikan cara atasi sembelit yang anda baca di sini ya.

Sembelit adalah masalah kesukaran semasa hendak membuang air besar. Biasanya najis mengeras di dalam usus besar dan sukar untuk otot usus meneran keluar najis. Ia terjadi kerana najis terlalu lama di dalam usus kita, membuatkan dinding usus menyerap air dari najis. Kurang serat adalah antara masalah utama mengapa najis stuck pada usus terlalu lama.

4 Cara Atasi Sembelit Yang Boleh Anda Buat

1. Dapatkan Rawatan Doktor dan Ubat

Pertama sekali, apabila anda sedar anda mengalami sembelit segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Kesihatan kita adalah tanggungjawab kita, jadi jangan abaikan isu sembelit yang datang. Dengar nasihat doktor, makan ubat / laksatif yang diberi dan sentiasa follow up untuk sebarang susulan.

2. Berpuasa

Salah satu hikmah berpuasa ialah dapat merehatkan sistem pencernaan dalam badan dari memproses makanan dan minuman. Ini memberi ruang untuk usus mencerna makanan dengan baik dan mengurangkan pengumpulan najis pada usus besar. Jadi, lebih mudah untuk membuang nanti.

Saya sendiri pernah amalkan petua ni sebagai cara atasi sembelit, Alhamdulillah berkesan 🙂

3. Kenalpasti Booster ‘Membuang’ Anda

Pernah dengar tak pasal booster membuang ni?

Kalau tak pernah, sekurang-kurangnya anda mungkin perasan ada jenis-jenis makanan yang perut kita tak tahan kalau makan. Lepas makan je jenis makanan tu, cepat aje nak memerut. Pernah tak?

Saya sendiri, saya perasan yang pagi-pagi kalau saya minum milo susu memang alamatnya ke tandaslah lepas tu. Ada beberapa lagi makanan yang buat saya nak membuang tu contohnya kalau makan sambal petai. Anda ada makanan booster untuk membuang? Cuba kenalpasti, ia boleh jadi cara atasi sembelit yang paling mudah anda buat!

4. Minuman Kultur

Arwah nenek saya pernah alami sembelit. Maklumlah orang tua kan, makan lalu juga tapi bab minum air tu memang kurang sangat. Nak paksa pun tak boleh juga.. Jadi sembelit ni pun selalulah.

Maksu saya belikan Yakult, jenis minuman kultur untuk nenek amalkan. Alhamdulillah berkesan rupanya. Cara atasi sembelit yang mudah sebab minuman kultur ni kan sedap aje kan, tak payah nak paksa minum pun.

Minuman kultur ada kandungan bakteria baik yang baik untuk sistem penghadaman dan usus kita. Secara tak langsung, ia akan membantu proses membuang air besar dengan mudah.

Vitamin Shaklee Untuk Atasi Sembelit

Cerita pasal sembelit ni, mesti ada yang teringat julap kan? Memang tak dinafikan, ada yang akan ke farmasi untuk membeli julap.

Mengikut portal myHealth, laksatif atau julap mempunyai sedikit kesan sampingan. Jadi, bagi yang memgambil laksatif dengarlah konsultasi ahli farmasi dan doktor dengan patuh ya.

Di Shaklee, sebenarnya ada satu jenis suplemen yang boleh membantu masalah sembelit. Bukan saja ia bertindak melembutkan najis (bersifat laksatif) tetapi ia juga suplemen yang bagus untuk memelihara kesihatan usus yang berpanjangan apabila diamalkan. Suplemen ini namanya HerbLax.

Fungsi HerbLax

Ramuan asas HerbLax terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi iaitu: Alfalfa, Senna, Anise Seed, Blue Malva Flower, Bukhorn Bark, Locorice Root, Rhubarb Root, Fennel Seed dan Culver’s Root. Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

cara atasi sembelit
RM 57.50 sebotol
  • Membersihkan najis yang tersekat.
  • Merangsang usus untum mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
  • Membantu masalah sembelit.
  • Mengempiskan perut.

Set Sembelit Shaklee

Selain HerbLax, ada juga beberapa suplemen tambahan untuk mereka yang mencari cara atasi sembelit dengan pengambilan suplemen semulajadi daripada Shaklee.

Set Sembelit Shaklee terdiri daripada HerbLax, OsteMatrix dan Lecithin.

cara atasi sembelit
RM 183.75 termasuk Postage ke seluruh Malaysia

Fungsi setiap suplemen:

  1. HerbLax – bertindak sebagai laksatif, menyihatkan usus dan membersihkan usus dari toksin
  2. OsteMatrix – kandungan Magnesium di dalam OsteMatrix membantu penguatan otot usus. Pergerakan najis lebih efektif dan otot kekal kuat semasa meneran najis.
  3. Lecithin – meringankan sembelit dengan cara melembut najis dengan berkesan, melembapkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.

Testimoni Cara Atasi Sembelit dengan Suplemen Shaklee

cara atasi sembelit

cara atasi sembelit

cara atasi sembelit
OsteMatrix yang sesuai untuk masalah sembelit ibu hamil dan berpantang

Bagi yang ingin mendapatkan salah satu atau set penuh sembelit Shaklee ini, bolehlah isi borang tempahan di bawah ya. Dan ikuti arahan pembayaran yang perlu dibuat. InsyaAllah, tempahan anda akan saya proses secepatnya 🙂

cara atasi sembelit
Klik Untuk Ke Borang Tempahan

3 Amalan Baik untuk Elak Sembelit Berulang

Saya kongsikan tips yang baik ini dari laman komuniti perubatan MayoClinic. Semoga bermanfaat untuk semua 🙂

1. Banyakkan Makan Serat

Serat sangat membantu untuk melawaskan pembuangan air besar. Banyakkan memakan makanan mengandungi serat seperti sayur, buah, bijirin dan kekacang. Selain sumber sumber, ia adalah sumber vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan badan kita.

2. Cukup Minum Air

Satu lagi faktor untuk mudah membuang ialah badan kekal terhidrat. Minum air secukupnya setiap hari. Ada panduan yang mencadangkan keperluan air kosonh seharian ialah 1 liter untum setiap 25 kg berat seseorang. Jadi, jika anda mempunyai berat 50 kg, anda perlu minum air 2 liter sehari. Jika berat anda ialah 75 kg, makan anda kena minum 3 liter air sehari dan begitulah seterusnya.

3. Jangan Abaikan Signal ‘Membuang’

Ini mungkin berlaku pada kita semasa kita sedang sibuk dan mengejar masa. Kita abaikan signal ‘membuang’ mungkin juga kerana mahu mengelak gunakan tandas awam yang kotor.

Jangan lakukan ini lagi. Terus ke tandas jika ada signal ‘membuang’. Mengelak untuk membuang air sedangkan masanya sudah tiba adalah satu tindakan yang tak betul sebab boleh buatkan najis terkumpul dalam usus besar untuk tempoh lebih lama yang tidak sepatutnya.

 

Baca Selanjutnya: Senarai Vitamin Shaklee Beserta Harga dan Fungsinya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge