Cara Cepat Sembuhkan Tulang Patah – Usah Berlengah!

Tulang patah? Ngeri mendengarnya. Tapi, masalah tulang patah ini bukanlah sengaja diminta-diminta kan. Kemalangan kalau nak berlaku cuma sekelip mata saja. Tahu-tahu sudah patah riuk tulang jadinya. Ada juga yang cuma terjatuh dalam rumah, tapi doktor sahkan ada tulang yang retak dan patah. Jadi, bagaimana cara cepat untuk sembuhkan tulang patah? Orang yang pernah mengalami sahaja yang tahu betapa seksa bergerak ke sana-sini dengan tangan atau kaki yang berbalut simen., tapi perlu kerap ke hospital untuk rawatan susulan pula.

Dalam artikel kali ini, kami bawakan kisah benar tentang seorang adik ini yang mengalami masalah tulang patah yang agak serius. Tapi Alhamdulillah,  tulang patah beliau cepat sekali sembuh. Ikuti kisahnya, dan apa yang beliau lakukan dalam usaha untuk cepat sembuhkan tulang patah tersebut.

Saya terlibat dalam kemalangan jalan raya awal bulan 3 tahun ni (2015). Semasa tu saya menunggang motosikal. Badan saya tercampak dalam gaung setelah saya cuba mengelak daripada sebuah kereta yang ‘makan’ jalan laluan saya. (Masa tu rasa macam superman plak badan melayang terbang). Akibatnya saya mengalami patah tulang belakang dan juga patah tulang di atas telapak kaki saya.
Doktor cakap akan ambil masa untuk sembuh dan akan baik dengan sendiri sebab usia saya masih muda lagi baru 23 tahun. Tapi, ambil masa tu berapa lama? Doktor pun tak dapat nak pastikan dan saya pula takkan nak menunggu sahaja tanpa usaha apa-apa..
Sampai bila saya nak berkerusi roda dan terbaring atas katil sahaja tunggu tanpa buat apa-apa. Perlukan usaha juga kan sebab doktor hanya bagi ubat tahan sakit sahaja. Takkan boleh sembuh dengan ubat tu ja..Jadi, saya meminta kakak saya yang kebetulan pengedar Shaklee memberi cadangan supplemen yang mana boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan tulang saya ni.
Jadi, kakak saya cadangkan ESP, Zinc, Ostematrix dan AJHT. Alhamdulillah setelah mengamalkan supplemen tersebut dengan konsisten selama sebulan tanpa culas, tulang patah yang dialami oleh saya sudah bercantum semula!!. Dengan izinNya jua. Alhamdulillah…Menakjubkan!!
Doktor pun berkali-kali tengok xray macam tak percaya. Siap tanya dah berapa lama accident ni sehinggakan doktor tu pun panggil doktor yang dari pemerhatian saya lebih senior dari dia untuk mengesahkannya. Jadi balutan simen di kaki doktor terus buka dan menyuruh saya menggunakan tongkat pula sebab katanya tulang baru bercantum dan tak mau bagi tekanan yang kuat sangat ke atas kaki saya..
cara cepat sembuhkan tulang patah
Lagi pula untuk menampung tulang belakang saya sebab doktor minta untuk teruskan pakai bengkung keras tu sekurangnya selama 6 bulan untuk memastikan tulang tu betul-betul kukuh dan bercantum dengan baik sebab melibatkan tulang belakang takut menekan saraf yang akan beri kesan buruk pada badan saya nanti.
Bulan ke -3 iaitu temujanji ketiga saya dengan doktor, doktor kata bengkung keras yang membalut badan saya tu dah boleh dibuka. Katanya tulang saya dah bercantum elok cuma dalam masa setahun ni saya tidak dibenarkan untuk angkat benda-benda yang berat dan juga menunggang motor.
 
Alhamdulillah gembira lah saya. Saya dah boleh bergerak dengan bebas tanpa perlu rasa seperti “Iron Man” lagi!! Saya juga tak perlu jumpa dengan doktor lagi dan hanya diberikan ‘open appoinment’ sekiranya terjadi apa-apa seperti rasa sakit dan sebagainya.
Alhamdulillah!!Sekarang ni saya masih konsisten mengamalkan Ostematrix dan juga ESP sahaja. Saya perlu mengambil bekalan kalsium secukupnya untuk pastikan tulang saya betul-betul kuat.
Syukur Alhamdulillah. Terima Kasih.

Khasiat Mencukupi Rahsia Cepat Sembuhkan Tulang Patah

Alhamdulillah, cepat betul tulang adik Faiz ni sembuh ya? Apa rahsianya?
Rahsia beliau sebenarnya adalah dengan mencukupkan zat makanan tertentu yang memang diperlukan dalam penyembuhan tulang yang cepat. Tiada rahsia besar pun!
Ini benar. Mengikut portal MyHealth KKM, tulang yang patah memerlukan zat-zat tertentu yang berikut untuk membantu penyembuhan yang cepat;
  • Kalsium – diperlukan untuk pembentukan tulang yang kuat
  • Vitamin D – diperlukan untuk membantu penyerapan zat kalsium
  • Protein dan asid amino – membina kolagen iaitu komponen dalam tulang

Jadi, sekiranya mahu cepat sembuhkan tulang patah, pesakit perlulah beri perhatian yang lebih kepada pengambilan berkhasiat yang kaya dengan zat-zat ini.

Usaha adik Faiz sememangnya tepat, kerana suplemen yang diambilnya menepati zat-zat yang diperlukan supaya tulang patahnya cepat sembuh dan bercantum.

Suplemen Tambahan Untuk Masalah Tulang Patah

Bagi yang mengalami masalah tulang patah, apa kata anda cuba tingkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan zat kalsium, fosfat, protein dan asid amino seprti yang dicadangkan oleh KKM.

Pembaca boleh semak senarai makanan yang kaya dengan zat-zat ini di laman internet dan buku nutrisi.

Selain itu, antara ikhtiar lain ialah pembaca boleh dapatkan suplemen tambahan seperti yang diambil oleh adik Faiz dalam kisah benar di atas. Beliau mengambil sejumlah suplemen yan sangat-sangat membantu untuk beliau mendapat zat secukupnya, jadi dapat sembuh dengan cepat sekali.

cara cepat sembuhkan tulang patah 1

Fungsi Set Suplemen Tulang Patah

  1. OsteMatrix
    • membekalkan zat kalsium yang bagus untuk pembentukan semula tulang
    • membekalkan vitamin D untuk membantu penyerapan zat kalsium dengan optimum
  2. ESP
    • membekalkan protein dan asid amino untuk membentuk kolagen pada tulang dengan cepat
    • membantu mempercepat penyembuhan luka sekiranya ada
    • mempercepat pertumbuhan sel-sel tulang yang baru
    • memberi tenaga dari seumber protein dan kerana lengkap dengan vitamin-vitamin lain

Bagi yang berminat untuk mendapatkan suplemen tambahan untuk tulang patah ini, bolehlah hubungi saya, cik Zaleha (011-36198300) untuk sebarang pertanyaan. InsyaAllah manusia berusaha, Allah jua yang menyembuhkan.

Salam sihat selalu dari kami di VitaminMerah dot Com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge