cara hilangkan jeragat

Cara Hilangkan Jeragat dengan Bahan Semulajadi di Sekitar Kita & Sains di Sebaliknya

Anda sudah cuba pelbagai petua dan cara hilangkan jeragat di wajah tapi tak juga berkesan? Ha mesti kecewa kan.

Biar saya kongsi 5 cara hilangkan jeragat ini pula dan logik sains di sebaliknya. Mudah-mudahan petua ini berkesan untuk anda cuba!

Fahami Jeragat

Jeragat ni tak timbul macam tahi lalat. Ia rata sahaja mengikut permukaan kulit, cuma ia berwarna perang atau bertompok hitam. Ia tak berbahaya, tetapi memberi penampilan yang kurang cantik untuk pemiliknya. Dan kalau tak dijaga, jeragat di wajah boleh menjadi semakin banyak, aduhaii…

cara hilangkan jeragat
Foto Kredit: stylecraze.com

5 Cara Hilangkan Jeragat dengan Bahan Semulajadi

Petua ini saya kongsikan semula dari laman stylecraze.com. Yang menariknya ada logik sains di sebalik setiap petua. Semoga bermanfaat ye 🙂

1. Aloe Vera atau Lidah Buaya

cara hilangkan jeragat
Foto Kredit: bodybuilding.com

Cara-cara: Ambil lendir pada daun aloe vera yang masih segar. Sapukan pada jeragat dan urut 2 ke 3 minit. Biarkan selama 10 minit kemudian bilaslah dengan air. Lakukan setiap hari.

Fakta sains [1]: Aloe vera membantu untuk mengurangkan pigmentasi seperti tanda hitam dan jeragat pada kulit. Ia mengandungi ‘aloesin’ yang menghalang proses pigmentasi daripada berlaku.

2. Kulit Pisang

cara hilangkan jeragat

Cara-cara: Lepas makan pisang jangan buang terus kulitnya. Gosokkan kulit sebelah dalam yang berwarna putih ke bahagian kulit wajah yang ada jeragat. Gosok perlahan-lahan seminit dua. Biar khasiat kulit pisang meresap pada kulit beberapa minit kemudian bolehlah dibilas. Lakukan sekali setiap hari.

Fakta sains [2]: Di dalam kulit pisang ada satu sebatian bernama ‘gluconolactone’ dengan kebaikan dapat mencerahkan kulit dan bersifat anti-penuaan. Kulit yang lebih cerah bermaksud jeragat akan memudar. Boleh juga sapukan seluruh wajah dengan kulit pisang untuk kesan menegang kulit!

3. Kiwi dan Strawberi

cara hilangkan jeragat

Cara-cara: Lumatkan kiwi dengan sebiji dua strawberi. Kemudian lulurkan pada wajah yang ada jeragat. Biar selama 15 ke 20 minit. Bilaskan dengan air. Lakukan ini 2 ke 3 kali setiap minggu.

Fakta sains [3]: Anti-oksidan dalam buah kiwi melindungi kulit daripada pigmentasi manakala kandungan enzim dan vitamin C dalam buah strawberi bertindak sebagai pengelupas semulajadi untuk memudarkan jeragat. Wajah akan bebas cela dan kelihatan lebih muda dengan amalan ini. So rajin-rajinlah ya!

4. Jus Tomato

cara hilangkan jeragat
Foto Kredit: amazon.com

Cara-cara: Ambil sebiji kecil tomata dan hancurkan menjadi puree. Letakkan puree tomato pada kulit yang bermasalah jeragat dan biar ia selama 15 minit. Bilas dengan air sejuk. Buat cara hilangkan jeragat ini sekali setiap hari.

Fakta sains [4]: Kandungan vitamin C yang tinggi dalam buah tomato akan mencerahkan kulit dan mengurangkan aktiviti tyrosinase. Ia juga mengurangkan tompok gelap, kedutan dan menghindarkan cela.

Apa itu tyrosinase? Tyrosinase ialah enzim pada kulit yang bertindak untuk menghasilkan pigmen jeragat.

Baca Juga: Kebaikan krim Vitamin C dan E untuk Pudarkan Jeragat

5. Yogurt

cara hilangkan jeragat

Suka makan yogurt? Selain enak dimakan, jom manfaatkan yogurt sebagai cara hilangkan jeragat pada wajah juga!

Cara-cara: Ambil kira-kira 1/4 cawan yogurt asli. Masukkan 1 sudu teh jus lemon dan kacau rata. Sapu campuran tersebut pada kulit yang berjeragat. Biar selama 10 ke 15 minit. Kemudian, bilaskan dengan air suam.

Fakta sains [5]: Ada kandungan asid laktik di dalam yogurt. Ia mengelupas kulit dan menghilangkan sel kulit yang gelap, jadi menggantikan dengan sel kulit yang lebih cerah dan normal pada bahagian bawah. Selain itu, ia menjadikan tona kulit sekata dan merapatkan laing pori.

5 cara hilangkan jeragat ni nampak mudah dan boleh buat di rumah aje kan, lengkap dengan fakta sains lagi. Jemputlah cuba!

Psst.. kalau menjadi sudi-sudilah kongsi pengalaman anda di bahagian komen ye. Oh ya satu je nak ingatkan, petua semulajadi biasanya mengambil masa yang agak lama untuk menampakkan kesan jadi cepat berputus asa ye. Keep consistent dan banyakkan bersabar untuk kesan yang terbaik. Selamat mencuba 🙂

 

Rujukan:

[1] https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2769151/

[2] https://books.google.co.in/books?id=oP3TBwAAQBAJ&pg=PA107&dq=banana+peel+for+skin+pigmentation&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwjDs7La_fXSAhUMM48KHVorCysQ6AEIMTAE#v=onepage&q=banana%20peel%20for%20skin%20pigmentation&f=false

[3] https://books.google.co.in/books?id=SDdKAgAAQBAJ&pg=PA59&dq=kiwi+fruit+scrub+for+oily+skin&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwi-sf-ZyrHQAhXDp48KHbzkBuUQ6AEIMzAA#v=onepage&q=kiwi%20fruit%20scrub%20for%20oily%20skin&f=false

[4] https://books.google.co.in/books?id=c0OBCwAAQBAJ&pg=PA147&dq=tomato+pulp+skin+lightening&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwi127Lt7oHOAhUZTY8KHZFGChgQ6AEIKTAA#v=onepage&q=tomato%20pulp%20skin%20lightening&f=false

[5] https://books.google.co.in/books?id=8tlEAgAAQBAJ&pg=PA137&dq=yogurt+skin+benefits&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwjhwvW817nQAhWIuY8KHa5jATcQ6AEIKTAA#v=onepage&q=yogurt%20skin%20benefits&f=false

 

Baca Selanjutnya: Set Jeragat Shaklee | Merawat Dari Dalam Dengan Berkesan

30 comments

  1. airah tak ada jeragat lagi tapi mama airah ada memang banyak kalau tak jaga dari muda ni.nak hilangkan pun ambil masa dan kadang tak boleh hilang totally jadi dari awal memang kena jaga.airah memang suka bab jaga kecantikan kulit ni haha

    1. Memang jerawat ni susah nak hilang Airah, setuju tu. Therefore, prevention is better than cure. Moh le kita tepek sunblock setiaphari tanpa gagal..hehehe

  2. Wahhh thank u sebab share tips2 menarik ni. boleh la try buat nanti. tinggal rajin ke tak je la. hahaha tapi nak cantik kan mesti la kena rajin. huhu. nak buat cane, sejak2 beranak2 ni, susah betul nak dapat me time nak manjakan diri sendiri huhu

  3. Yang alovera tu memang kita pernah guna untuk rawat jeragat kat muka masa muda-muda dulu hehehe kita ni memang banyak jerawat zaman sekolah dulu kalau nak banding dengan sekarang hehehe. Bagus lah semua tips ini sangat membantu…

    1. Iyaka Maha.. tapi aloe vera memang bagus untuk kecantikan kulit pun. Saya pun pernah guna dulu, nak bagi jerawat cepat kecut hihi

  4. Jeragat memang kalau ada dekat muka, rasa down je, sebab dia hitam-hitam kan..nice tips, oleh cuba ni ..hehee..kita pun kena la rajin buat tradisional ni kan..nak lagi mudah pakai produk kecantikan yang ad dekt pasaran

  5. Bagusnya tips ni. Kite memang dh start ad tanda2 nak tumbuh jeragat kt pipi ni. Mungkin keturunan sebab mak pun dh bnyk jeragat naik semakin meningkt umur kt muka beliau. Boleh share dengan mak tips ni. Btw produk aloe vera mmg kite suke pakai. Best dan bnyk kebaikan untuk muka. huhuhu

  6. Woww kulit pisang pon bole guna untuk pudarkan jeragat ye. Tu paling senang nak dapat n bau die pon sedap.hehe. ena pon ada cuma tak ketara. Tapi stress jugak sebab jeragat ada akar susah nak hilang. Kdg2 tu kurang yakin berhadapan dgn orang.

    1. Betul Ena..jeragat ni jenis berakar, sebab tu ia susah nak hilang. Memang perlu kesabaran bila amal petua2 ni semua, hatta guna produk sekalipun. Lepas ni kalau makan pisang jangan lupa tenyeh kulit dia kat kawasan jeragat tu ye hihi. Semoga berhasil!

  7. Mudah dan senang rupanya nak rawat masalah jeragat tanpa sebarang bahan kimia. Bahan-bahan tu pun semua senang nak dapat in fact ada di sekitar kita je. Tp betullah, akan amik masa utk elok tp mana2 pun kena konsisten utk hasil yang terbaik kan.

  8. Takut kalau jeragat dah mula naik dimuka. Macam kita jeragat takde. Tapi tetap juga kena berjaga jaga kan. Then stanby petua atau cara untuk mengatasinya.
    Good sharing ni. 🙂

  9. wah terima kasih dengan informasi yang dikongsikan..masalah jeragat memang stresskan…tapi bila tengok solusi yang disyorkan..rupanya kita ada alternatif nak merawat masalah jeragat..janji kena konsisten jagalah kan

    1. Sama-sama Ayu 🙂 Petua memang dah ada, fakta sains pun dah support tapi berapa lama ambil masa tu taktau lagi hehe. Kene trial n error lah ya

  10. Kadang ramai fikir tak pakai skincare yang baik akan terkeluar jeragat. Sedangkan yang ada jeragat yang pakai skincare maha hebat. Sebenarnya mak kita sekarang ada jeragat sebab mereka tak pakai satu produk. Iaitu sunscreen. Sunscreen ni la yang jaga kulit dari terdedah dari cahaya UV dan UVB. Kemudian barulah kita kena jaga diet pemakanan. Pengambilan nutrisi-nutrisi penting untuk kulit seperti vitamin, mineral, dan pelbagai jenis antioksida untuk mengekalkan kulit yang sihat dan tanpa cela. Zaman sekarang, memang majorities remaja banyak membeli makanan dan produk kecantikan. Sebab dah banyak pendedahan dan ilmu kecantikan dari Google. Lagi satu ada juga keturunan/genetik melasma. Don’t worry makeup ada. Hehe

    1. Bab sunscreen tu memang betul, kita memang kena konsisten tau insyaAllah jeragat susah nak jadi. Faktor lain macam genetik dan hormon pun menyumbang sama..huu

      Mekap ye, ha good idea hehe

  11. Banyak petua yang bagus dan murah untuk jaga kulit muka tapi kadang-kadang bila da sibuk memang tak ingat la nak jadikan petua-petua ni sebagai rutin harian, padahal ada je bahan-bahan ni dekat rumah. Thanks ye sebab share petua ni.

  12. Jeragat salah satu musuh wanita selain jerawat. Memang kalau ada jeragat akan membuat kulit nampak kusam dan hilang keyakinan diri. Memang kena rawat dan hindarkan kulit dari jeragat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge