cara menghilangkan muka berminyak

5 Cara Hilangkan Muka Berminyak | Rimas Sebab Nampak Berkilat dan Jerawat Mudah Naik?

Kulit Berminyak Ni Bagus Ke Tak?

Kulit berminyak? Biasalah tu kalau kadang-kadang kita terlebih aktif beraktiviti sukan, kerja di bawah terik matahari dan sebagainya. Tapi kalau dalam situasi biasa pun kulit jadi berminyak semacam, eh ini dah jadi masalah minyak muka berlebihan ni! Bawa-bawalah ikhtiar untuk cari dan amal cara hilangkan muka berminyak tu okay.

Satu persoalan. Minyak pada kulit ni bagus ke tidak sebenarnya?

Jawapannya ialah minyak kulit atau dipanggil juga sebum adalah komponen yang penting untuk mengekalkan kelembapan kulit tau. Makanya kulit kita memang perlukan sebum ni, tapi bukanlah yang berlebihan ya. Kalau berlebihan, itu yang jadi masalah kulit berminyak – kulit jadi berkilat, pori tersumbat malah mudah menyebabkan jerawat timbul!

Tanda-tanda Kulit Jenis Berminyak Berlebihan

Ada beberapa tanda yang menunjukkan kulit anda mungkin di bawah kategori kulit berminyak yang berlebihan ini. Sila semak ya:

  • Permukaan kulit nampak berkilat.
  • Pori pada kulit kelihatan besar dan ketara.
  • Kulit kelihatan kasar.
  • Timbul jerawat sekali-sekala tapi berterusan.
  • Pori tersumbat yang menyebabkan hadirnya balckhead dan whitehead.

Bagaimana, ada tanda-tanda ni? Kalau ada, nah saya kongsikan pula 6 cara hilangkan muka berminyak melampau ini, supaya wajah boleh kembali lembap sihat dan lebih berseri.

5 Cara Hilangkan Muka Berminyak

  1. Basuh Muka dengan Pencuci Yang Sesuai

Ada pencuci muka yang selepas kita cuci, akan rasa tegang je pada kulit – perasan tak? Kalau jenis yang ini sebenarnya ia dah buang semua kelembapan pada kulit wajah kita. Percaya atau tak, permukaan kulit yang kering akan buatkan kelenjar minyak pada kulit kita merembeskan sebum yang lebih banyak ke permukaan kulit.

cara hilangkan muka berminyak
Contoh Pencuci Muka Yang Sesuai Untuk Muka Berminyak

Jadi berhati-hatilah memilih pencuci muka yang takkan mengeringkan kulit selepas penggunaan ya.

  1. Usah Abaikan Toner

cara hilangkan muka berminyak
Contoh Toner

Lepas cuci muka, jangan lupa pakai Toner pula. Peranan Toner ialah membersihkan sisa pencuci muka dan menanggalkan sel kulit mati. Selain itu, ia juga menghidrat kulit dengan membekalkan kandungan air pada kulit. Paling penting, Toner dapat menutup kembali saiz pori yang membesar semasa kita mencuci muka, jadi rembesem sebum dapat dikurangkan.

  1. Gunakan Pelembap

cara hilangkan muka berminyak
Contoh Moisturizer

Kulit berminyak lagi nak guna pelembap? Ya mesti guna. Alasannya ialah sebum berlebihan pada kulit ialah tanda kandungan air pada kulit kita tak seimbang. Guna moisturizer supaya kandungan air dikekalkan pada kulit, jadi sebum akan bekerjasama dibebaskan dengan kuantiti berpatutan sesuai dengan tujuannya untuk memastikan kelembapan kulit.

Mungkin ada yang ragu-ragu bila guna Moisturizer ni muka tak jadi lagi berkilat ke? Untuk bab ini, kena pilih Moisturizer jenis yang oil free okay.

  1. Blotting Paper

cara hilangkan muka berminyak
Pelbagai blotting paper di pasaran

Jadikan blotting paper sebagai teman! Pergi ke mana-mana tentu susah nak membasuh muka dengan air biasa bila muka berminyak kan? Siap sedialah blotting paper dalam beg tangan. Blotting paper boleh membantu menyerap minyak berlebihan pada kulit. Lekapkan dengan lembut pada permukaan kulit, jangan kasar-kasar ya. Tujuannya supaya dapat menghilangkan minyak yang berlebihan sahaja, bukan untuk mengeringkan kulit terus.

  1. Gunakan Facial Mask

cara hilangkan muka berminyak
Facial Mask membantu kurangkan minyak pada muka

Rutin menampal Facial Mask dapat merawat kulit yang berminyak berlebihan. Cara hilangkan kulit berminyak pada kulit dengan amalan Facial Mask ialah terletak pada kandungan mask itu sendiri. Beberapa bahan yang membantu ialah:

  1. Tanah liat – mask dengan kandungan tanah liat / clay mempunyai mineral seperti smectite atau bentonite yang boleh menyerap minyak dan mengurangkan kulit berkilat tanpa merengsa kulit.
  2. Madu – berdasarkan kajian, madu asli mempunyai kebaikan anti-bakteria dan anti-septik. 10 minit menggunakan mask madu akan membantu mengurangkan jerawat dan kulit berminyak, selain bonus kulit yang lebih lembap.
  3. Oatmeal – mask dengan campuran oatmeal membantu membersihkan kulit kerana sifat oat yang mempunyai pencuci lembut yang dipanggil saponin. Ia juga mengandungi anti-oksidan dan bahan anti-keradangan untuk menenangkan permukaan kulit.

Selamat mencuba semua!

 

Baca: Set Pencuci Muka Kulit Berminyak Yang Terbaik | 8 Testimoni Yang Berpuashati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge