cara hilangkan senggugut

7 Cara Hilangkan Senggugut Teruk Ketika Haid Yang Mengganggu Rutin Anda

Saya percaya, rata-rata ramai antara kita yang pernah alami sakit senggugut ketika tempoh datang bulan. Ada ketikanya senggugut menyerang 1 ke 2 hari sebelum haid bermula dan ada ketikanya berlaku semasa tempoh-tempoh awal haid. Kalau senggugut menyerang, you ladies buat apa ye? Agak-agak ada ke cara hilangkan senggugut yang berkesan?

Pengalaman saya sendiri waktu bekerja pejabat 8-5 dahulu (kira-kira 4 tahun yang lepas), setiap bulan mesti akan hadapi masalah senggugut ni. Ada bulan yang teruk dan ada bulan yang biasa-biasa saja sakitnya. Tapi kalau yang teruk tu alamatnya minta MC sajalah hehe. Lepas tu bila ke pejabat, confirm bawa minyak angin atau balm bersama untuk legakan senggugut. Adui nak buat macam mana, senggugut ni memang mengganggu rutin harian dan kerja pun.

cara hilangkan senggugut
Foto Kredit: lyssasecret.com

Jadi untuk manfaat bersama, jom saya kongsikan 7 cara hilangkan senggugut yang anda boleh praktikkan. Tips-tips ini saya blogkan supaya boleh jadi rujukan saya juga di kemudian hari 🙂

Tips dan Cara Hilangkan Senggugut Teruk

1. Tuaman Panas

Elok kalau ada hot pack. Tapi kalau tiada pun mungkin kita boleh reka sendiri, ala-ala macam bertungku orang bersalinlah. Tak pun kalau boleh je ambil botol, isikan dengan air suam kemudian tuam pada bahagian abdomen yang sakit tu.

Lagi satu cara paling mudah gunakan saja balm yang jenis panas sikit macam balm halia tu. Sapu pada bahagian pinggang dan bawah abdomen untuk bantu kurangkan kesakitan senggugut.

2. Diet Tinggi Sayur-sayuran

Diet tinggi sayuran dan buahan dipanggil juga sebagai diet vegetarian. Memakan banyak buah dan sayuran memberikan sumber serat, mineral zink, beta karotena dan vitamin E untuk mengurangkan kejadian senggugut. Serat contohnya dapat membantu keseimbangan hormon estrogen semasa tempoh haid.

3. Banyak Makan Ikan

Punca senggugut ialah kerana otot uterus (rahim) wanita yang sedang contraction akibat prostaglandin yang berlebihan. Khasiat Omega 3 dalam ikan sangatlah baik untuk membantu dari dalam kerana bersifat anti-radang. Jadi, banyakkan makan daging ikan sebelum dan ketika hari-hari terawal kitar haid.

4. Urutan

Ini memang selalu kita buat. Bila rasa sakit senggugut tu datang, kita boleh urut-urut bahagian abdomen untuk kurangkan rasa sakit tu.

Urutan membantu untuk lancarkan peredaran darah supaya proses peluruhan tisu darah kotor pada dinding uterus menjadi lancar dan kurang menyakitkan.

5. Elak Stress

Stress memang antara simptom PMS, dan sebab itulah wanita mudah mood swing sebelum dan semasa haid. Ia juga boleh menyebabkan sakit senggugut yang lebih teruk, jadi kena berusaha untuk elakkan stress semasa tempoh ini.

Antara cara mengelakkan dan mengawal stress ialah dengan beriadah, bersenam, memakan makanan kaya vitamin B dan mengamalkan teknik pengurusan stress yang baik.

6. Painkiller

Seboleh-bolehnya memang kita nak elak dsri mengambil painkiller macam panadol kan? Tapi kalau sakit senggugut teruk sangat, painkiller adalah cara menghilangkan senggugut yang berkesan.

7. Pil Perancang

Walaupun namanya pil perancang dan biasa digunakan untuk mengawal kesuburan, ia boleh juga digunakan sebagai cara hilangkan senggugut yang teruk.

Selamat mencuba!

Oh ya, tapi andai kata gejala senggugut yang anda alami adalah sangat teruk hampir setiap bulan saya cadangkan anda segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Ini kerana mungkin ada yang tidak normal tentang kesihatan tubuh kita. Dapatkan rawatan supaya dapat mencegah perkara yang tidak terduga 🙂

Akhir kata, saya tinggalkan anda dengan video berdurasi 2 minit 43 saat ini tentang kisah seorang wanita yang menghilangkan senggugut beliau dengan pengambilan suplemen Shaklee. Selamat menonton!

 

Rujukan:

[1] https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/menstrual-cramps/diagnosis-treatment/drc-20374944

[2] https://www.webmd.com/women/guide/menstrual-pain#3

[3] https://www.betternutrition.com/conditions-and-wellness/menstrual-cramps-diet

[4] Sirap Limau

 

Baca Lagi: Wanita Ini Lega dari Derita Senggugut dengan Ikhtiar Yang Simple Sahaja

20 comments

  1. Painkiller adalah pil yang paling saya elakkan kalau sengugut kecuali kalau tak tahan sangat-sangat. Tuam tu tak rajin sangat. Hehe. Tapi bagus ada supplemen yang boleh hilangkan sengugut kan. Thanks for sharing 🙂

  2. good sharing. betul tu skrg ni mcm dh biasa je kn bila dgr ramai yg kena senggugut masa period huhu..betul tu antara punca2 utamanya sbb pemakanan, stress etc. qeela just jaga pemakanan & minom air mineral secukupnya je selain tuam & urut tu heheh.

  3. Owh baru tahu pil perancang pun boleh bantu atasi masalah senggugut. Thanks for sharing. Info yang bagus dan berguna untu huda yang memang setiap bulan hadapi masalah ni

    1. Betul pil perancang boleh membantu tapi kalau selagi boleh tak guna, elakkanlah kan. Semoga Huda kurang masalah senggugut lepas ni ye!

  4. ooo baru tahu, biasanya elakkan stress dan makan pain killer…..tips ni memang berguna dan harap lebih ramai lagi yang dapat tahu terutamanya kepada anak2 remaja …saya akan kongsikan tips ni dengan anak2 saya…tq admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge