cara jaga kulit muka

Cara Jaga Kulit Muka | 8 Kriteria Yang Perlu Tahu Untuk Nilai Kesihatan Kulit Anda

Semua Orang Nak Kulit Cantik

Semua orang nak cantik, setuju? Sebab tu ramai yang titikberatkan cara jaga kulit muka. Jangankan yang perempuan, lelaki pun sama juga mahu tampil kacak dan sihat. Sudah lumrah, jadi memang tak salah langsung. Tapi tahu ke kita semua sebelum dapat kulit yang cantik tu, kulit kenalah sihat terlebih dulu. Nak amal cara jaga kulit muka pun wajib tahu tentang 8 kriteria kulit sihat ini dulu ya!

Skin Analysis Untuk Nilai Kesihatan Kulit

Kalau kita pernah dengar pasal ujian darah, ujian buah pinggang dan lain-lain jadi jangan terkejut ya ada juga ujian kesihatan kulit. Saya bertuah pada 22 September lepas sebab berpeluang buat skin analysis di cawangan Shaklee Ipoh. Sambil-sambil beli vitamin Shaklee tu memang saya tak lepaskan peluang untuk buat skin analysis hehe.

cara jaga kulit muka
Masa saya sampai ni, dalam 11 pagi macam tu, orang belum ramai pun. Tapi macam biasa, Shaklee branch sentiasa meriah πŸ™‚

Skin analysis ni sebenarnya mudah je dibuat. Ada suatu alat yang perlu kita masukkan muka ke dalamnya supaya mesin tu boleh analisa kulit kita. Saya rasa dalam seminit dua macam tu saja tempohnya kita masukkan muka. Masa mesin mengimbas kulit kita, pastikan kita tutup mata ya. Memang prosedurnya begitu sebab cahaya yang terang dari mesin tu nanti boleh jejaskan mata.

cara jaga kulit muka
Di depan saya tu adalah mesin analisa kulit yang saya sebut sebelum ni. Kelepek tudung betul-betul dan masukkan muka dalam tu ye..

Lepas ujian dengan mesin, nutritionist ada sentuhkan satu alat pada dahi dan pipi saya. Alat ini tujuannya untuk analisa kelembapan / sebum kulit pula. Lepas tu, analisis pun dah siap!

Memang sekejap sangat. Waktu saya hadir ke branch Shaklee hari tu memang saya tak pakai apa-apa mekap pada muka, kecuali tepek SPF50 Youth aje. Gila kau kalau tak pakai sunscreen di siang hari…hihi

Keputusan Skin Analysis Saya

Lepas beli vitamin, saya menunggu sekejap untuk sembang dengan nutritionist Shaklee, Kate pasal ujian kulit yang saya buat tadi. Keputusannya? Tada…!

cara jaga kulit muka
Saya dapat skor 40% je, kah! Result drop habis disebabkan ‘Skin Tone’ hehe

Kalau ikutkan result saya ini, yang paling baik ialah keanjalan kulit dan pigmentasi. Saya dapat skor 4 untuk kedua-dua kriteria ini (skor paling baik ialah 5). Suka!

Dan result paling teruk ialah bab tona tidak sekata. Iye mengaku sebab banyak parut jerawat belum betul-betul clear hehe. Dan juga ada masalah mata panda.. sob sobs. Ada satu lagi iaitu bahagian U-zone muka pula kering dengan sebum.

cara jaga kulit muka
Skin Analysis Result yang lebih jelas..

Nutritionist ada pesan, at least biar result skin analysis ialah 60% ke atas, barulah dikira kulit dalam keadaan yang sihat. Haa..

Okay serius lepas ni saya tak ponteng togok ESP dah hehe :mrgreen:

Cara Jaga Kulit Muka – Ketahui 8 Kriteria Penting

cara jaga kulit muka
Bersama Kate, Nutritionist Shaklee yang menerangkan kepada saya tentang hasil analisa kulit saya πŸ™‚

Di sini, saya kongsikan pengetahuan yang saya dapat hasil analisa kulit saya okay. Mudahan jadi panduan untuk semua.

Ada 8 kriteria yang diukur dalam ujian tersebut, iaitu:

  1. Kelembapan (Moisture)

Kelembapan kulit ada kaitan dengan kandungan air pada kulit. Hampir sama dengan kriteria sebum, kandungan air kena seimbang barulah kulit akan kelihatan glowing dan tak kusam.

Paling basic untuk kekalkan kelembapan kulit mestilah dengan banyak meminum air putih yang mencukupi okay.

  1. Sebum

Kulit yang sihat perlu seimbang antara kandungan air dan sebum (minyak) padanya. Paling ringkas, mesti kedua-dua komponen ada sekali. Kalau tak seimbang, alamatnya itu yang ada masalah dengan kejadian kulit kering atau kulit berminyak.

Ada 2 bahagian muka yang akan disemak kandungan sebumnya iaitu:

(a) T zone

cara jaga kulit muka

(b) U zone

cara jaga kulit muka

Kalau dapat skor “Adequate” tu maksudnya memang kulit kita sihat dari segi kandungan sebum yang berpatutan.

Boleh amalkan Omega Guard atau GLA Complex atau Vitamin E untuk tujuan mendapatkan sebum kulit yang seimbang.

  1. Saiz Pori (Pores)

Saiz pori yang besar lebih terdedah kepada kotoran untuk hinggap pada kulit. Jadi lebih mudah risiko pigmentasi seperti blackhead dan whitehead berlaku. Ada beberapa faktor kenapa saiz pori menjadi besar ni.

Memang ada orang yang memiliki saiz pori yang besar ialah kerana faktor genetik, tapi ia boleh juga terjadi kerana penjagaan kulit yang kurang teliti. Contohnya jika muka tidak dicuci bersih, kotoran boleh menyebabkan pori tersumbat dan kesannya saiz pori membesar supaya ia tetap boleh merembes sebum yang diperlukan kulit kita.

Jadi bagaimana nak kecilkan saiz pori? Caranya ialah sentiasa jaga kebersihan kulit kita dengan cara menggunakan skincare yang sesuai ya.

Semestinya saiz pori yang kecil akan pastikan kulit wajah kita nampak lebih halus dan bebas risiko pencemaran.

  1. Kedutan (Wrinkles)

Kedutan akan muncul bila usia seseorang semakin tua dan juga kerana kesan kekurangan kolagen kulit. 2 nutrisi yang membentuk kolagen ialah protein dan vitamin C, sebab tu antara cadangan Shaklee untuk mengatasi masalah kekurangan kolagen ialah dengan pengambilan Collagen Powder, ESP dan SR Vita C Plus πŸ˜‰

  1. Keanjalan (Elastisity)

Anjal bermaksud lembut dan kenyal. Bila kita mencubit pipi contohnya, kesan yang dirasa ialah kenyal sahaja. Ini bermaksud kulit yang amat sihat.

Kulit yang anjal datang dari kolagen kulit yang banyak. Jadi pastikan untuk dapat kulit yang anjal kita mendapat khasiat protein dan vitamin C yang mencukupi setiap hari, sama macam keperluan untuk kes Wrinkles tadi..

  1. Tona Kulit

Memiliki tona kulit yang sekata memang wajah akan kelihatan bersih dan mulus. IniΒ  dikira dengan melihat tompok perang pada kulit seperti kesan parut. Ia termasuk juga tona tidak sekata jika sekeliling mata yang sembap dan kesan sunburn.

Atasilah tona kulit tak sekata dengan cara menggunakan pelindung UV, amalkan vitamin pemudar parut sperti ESP, dan krim mata.

  1. Pigmentasi

Contoh-contoh pigmentasi ialah seperti jeragat, blackhead, whitehead dan lain-lain. Pigmentasi ni biasanya wujud oleh kerana faktor penuaan. Semakin seseorang berusia, maka semakin banyak juga pigmentasi yang akan muncul pada kulit.

Pigmentasi boleh sebabkan wajah kita nampak tak bersih. Lagi satu hal memang ia melambangkan kulit yang tidak sihat kerana telah tercemar dengan serangan pigmentasi.

Untuk atasi masalah pigmentasi, ia melibatkan banyak faktor iaitu bab membersih muka, krim pelindung UV dan skincare yang tepat dan sesuai.

Kalau anda masih keliru nak pilih skincare terbaik untuk kulit, saya cadangkan Youth Skincare. Bukan saja bertindak sebagai skincare anti-penuaan tetapi Youth juga boleh mengatasi masalah pigmentasi kulit. Ada banyak testimoni yang telah membuktikan hal ini.

Baca: Testimoni Pengguna Youth Skincare

  1. Phorphyrin (Rembesan Bakteria Jerawat)

Bakteria P. Acne adalah penyebab jerawat yang kerap dan akan memburukkan keadaan jerawat sedia ada, sebab ia akan menyerang kawasan jerawat dan buatkan bengkak dan bernanah. Bahagian ini agak susah nak dijaga, sebab bakteria adalah organism seni yang kita tak nampak.

Masalah bacteria biasanya diselesaikan dengan antibiotik, tapi confirmlah takkan pula kita nak ambil antibiotik dari klinik kan sebagai maintenance harian. Sebagai alternatif untuk setel masalah bakteria jerawat ni boleh saja amalkan Garlic Complex Shaklee yang merupakan antibiotik semulajadi.

 

Jadi, bagi sesiapa yang concern pasal kesihatan kulit muka tu bolehlah pergi buat skin analysis macam yang saya buat ni okay. InsyaAllah, saya sendiri pun akan repeat lagi test ni pada masa-masa akan datang untuk tengok improvement pada kulit, lagi-lagi bab skin tone tu hehehe.

Saya sudah! Anda bila lagi? Kalau sudah tu, dare to share the results tak?? hihi

 

Cara Jaga Kulit Muka Dengan Shaklee

Yang bagusnya bila buat skin analysis ni ialah kita boleh nilai sendiri kekurangan pada kulit kita. Jadi, bolehlah ambil langkah-langkah tertentu untuk mengatasi kekurangan tersebut. Salah satunya mungkin dengan pengambilan vitaminΒ  Shaklee:

cara jaga kulit muka
Sila Klik Gambar untuk WhatsApp saya bagi sebarang pertanyaan atau belian

Set Jerawat: Garlic Complex, SR Vita C Plus, Omega Guard, B Complex (RM358.75)

Tujuan: Untuk mengatasi masalah jerawat yang selalu berulang, membersih darah dari toksin iaitu salah satu punca jerawat, mengurangkan keradangan kulit dan memelihara kulit dari serangan radikel bebas.

Set Kulit Cantik: Collagen Powder, ESP dan SR Vita C Plus (RM566.75)

Tujuan: Untuk penghasilan kolagen kulit (kurangkan kedutan), cerahkan kulit, melembapkan dan mendapatkan tekstur kulit yang lembut dan anjal, juga untuk pudarkan parut.

Set Pencuci Muka: Youth Skincare (RM850.00)

Tujuan: Membersih wajah yang bebas bahan kimia berbahaya, iai sesuai untuk semua jenis kulit, bertindak sebagai anti-aging, ramuan dilengkapi dengan semua nutrisi yang bagus untuk kulit supaya boleh menjaga kesihatan kulit dari dalaman dan luaran secara serentak.

Set Awet Muda: Vivix Twin Pack (RM950.00)

Tujuan: membekalkan antioksidan dari jenis polifenol dan resveratrol tumbuhan yang tinggi untuk memelihara kesihatan sel kulit supaya sentiasa awet muda, bebas pigmentasi dan kurang kesan penuaan.

 

**Nota: Set-set di atas boleh dibeli melalui saya sebagai Wakil Pengedar Shaklee anda (Zaleha, ID: 1227002). Hubungi saya (Call / sms / WhatsApp: 01136198300) untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

 

OFFER ISTIMEWA!!!

Mahu lebih penjimatan @ diskaun 15-25% untuk mana-mana set di atas? Ini caranya.

Walk in ke mana-mana branch Shaklee dan buat belian dengan menggunakan ID Shaklee saya seperti di bawah:

Zaleha Binti Mohamad Saidin

Shaklee ID: 1227002

Dan, selepas belian jangan lupa untuk hubungi saya supaya saya boleh beri panduan untuk anda mengamalkan vitamin dengan berkesan πŸ˜‰

 

OFFER LEBIH ISTIMEWA !!!

Ini ada tawaran yang lebih istimewa untuk semua pembaca vitaminmerah.com

Tahukah, anda boleh dapat keahlian PERCUMA dengan mana-mana belian set di atas? Keahlian biasa ialah bernilai RM65, tetapi ia PERCUMA bilamana anda membuat pembelian yang cukup syaratnya.

Menjadi ahli Shaklee tidak bermakna anda dapat kelebihan harga vitamin yang lebih murah untuk masa-masa akan datang tetapi anda juga akan dapat cashback setiap bulan bergantung pada kelayakan bulan tersebut. Untung kan? Sudahlah pendaftaran ahli FREE, dapat pula beli vitamin dengan harga diskaun malah dapat CASHBACK pula setiap bulan!

Jadi, saya berbesar hati menjemput anda untuk mendaftar sebagai Ahli Shaklee bagi menerima semua kelebihan-kelebihan yang ada.

Buat keputusan untuk membeli mana-mana set dan klik button di bawah untuk terima tawaran saya sekarang juga!

cara jaga kulit muka

 

Baca Lagi: Kelebihan Youth Skincare Shaklee | Mengapa Saya Beli Walau Orang Kata Mahal Harganya?

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge