cara melicinkan kulit, petua melicinkan kulit, tips melicinkan kulit,

Muka Macam Kulit Limau? Ini Cara Kecilkan Pori Supaya Kulit Nampak Halus Je

cara kecilkan pori
Pori besar vs Pori Kecil

Bandingkan gambar sebelah kanan dan gambar sebelah kiri. Walaupun kedua-duanya wajah bebas dari pigmentasi, tapi jelasnya yang sebelah kanan tu lebih cantik dipandang hihi. Rahsia, porinya lebih halus! Nak tahu cara kecilkan pori supaya kulit kelihatan halus? Teruskanlah membaca.

Punca Pori Menjadi Besar

Kalau baca info di laman dermatologist, mereka akan sebut yang masalah pori besar disebabkan oleh genetik sebenarnya. Kalau ada antara ahli keluarga macam ibubapa atau datuk nenek yang memang kulit dengan pori besar, sahlah itu kerana genetik.

Tapi selain genetik yang tak mampu kita buat apa-apa, ada beberapa lagi faktor yang buatkan pori wajah membesar. Yang ini yang kena kita ambil perhatian ye, sebabnya orang yang tiada genetik pori besar pun boleh dapat masalah kalau tak ambil berat perkara ni.

3 faktor saiz pori boleh menjadi besar:

1) Kurang Kolagen Kulit

Jaringan kolagen memegang sesama struktur kulit dan pori. Bila kurang kolagen pada kulit, saiz pori menjadi besar sebab kurangnya kolagen yang memegang dan mengetatkan pori.

2) Sinaran UV

Sinar UV yang berbahaya dalam cahaya matahari bukan sahaja jadi risiko kepada masalah pigmentasi macam jeragat, tapi ia juga penyebab pori besar. Semakin banyak terdedah kepada UV, kolagen kulit semakin banyak akan dimusnahkan.

3) Pengaruh Hormon Wanita

Saat wanita mengalami tempoh subur iaitu sekitar hari ke-13 hingga 15 dalam tempoh haid, saiz pori membesar kerana pengaruh hormon. Bila melepasi tempoh ini, saiz pori akan kembali kecut dan mengecil.

Jadi tak hairanlah semasa tempoh ini, muka wanita juga mudah nak naik jerawat hehe, maklumlah bila pori membesar maksudnya rembesan sebum lebih banyak dan akan memerangkap kotoran pada kulit muka dengan mudah,maka bakteria jerawat pun mudah menyerang.

4 Cara Kecilkan Pori

Tanpa buang masa lagi, saya kongsikan 3 cara kecilkan pori yang boleh kita lakukan, biar penampilan kulit muka lebih halus dan menawan 😉

1. Cuci Wajah

Guna pencuci muka yang sesuai dengan kulit, cuci muka sekurangnya 2 kali sehari supaya kulit bebas dari kotoran, sisa mekap dan sel kulit mati. Masa mencuci jangan terlalu kasar menekan kulit. Cuci secara memutar dengan tekanan 2 jari je, dan jangan terlalu lama mencuci. Bilas dengan air sehingga betul-betul bersih ya.

Kulit muka yang bersih ni penting dikekalkan sebab kehadiran kotoran, sebum dan kulit mati pada liang pori tu yang menyebabkan pori kelihatan besar. Fungsi pori ialah hasilkan sebum pada kulit, jadi kalau ia tersumbat dengan kotoran saiz pori akan membesar supaya boleh beri laluan pada sebum tadi.

Cara kecilkan pertama, mesti kekalkan kulit wajah yang bersih okay.

2. Jangan Over Mencuci Muka

Kalau tadi pastikan untuk sentiasa cuci dan jaga bersih muka, cara kecilkan pori kedua ini ialah jangan pula over waktu mencuci muka. Mentang-mentang la nak jaga bersih kulit amboi bila tonyoh tu tak beringat ye hehe. Eh jangan tau!

Mencuci muka memang untuk bersihkan kulit tapi kalau kalau dah over menonyoh tu atau sehari sampai berkali-kali mencuci muka, awas kulit akan jadi terlampau kering. Untuk normalkan balik kesihatan kulit, badan kita akan hasilkan lebih banyak sebum dan buatkan saiz pori membesar sebagai laluannya.

Jadi, berpada-pada lah ya.

3. Pakai SPF

Lebih banyak kulit terdedah dengan cahaya matahari, UV akan merosakkan kolagen kulit dan menyebabkan ia hilang elastik. Kehilangan kolagen dan kesan elastik di sekitar pori itu sebenarnya yang membuatkan saiz pori menjadi semakin besar.

Nak kecilkan pori? Wajib elak cahaya matahari seboleh mungkin ya. Pakailah pelindung UV (spf) bila nak keluar rumah. Gunakan payung, topi atau pakaian yang bersesuaian supaya dapat melindung kulit kita dengan baik.

4. Galakkan Kolagen

Kolagen pada kulit bukan je bantu untuk dapat kulit yang lembut dan tak berkedut je tapi kolagen juga cara kecilkan pori yang berkesan okay.

Bila kolagen kulit banyak, kulit akan tenggelam ke dalam, menyebabkan penampilan pori menjadi kecil.

Cara Nak Tingkatkan Kolagen Kulit

Kolagen kulit merosot seiring usia. Paling banyak kolagen tentulah bayi sebab boleh nampak kulit mereka yang halus mulus, tegang dan lembut tu. Bila meningkat usia, penghasilan kolagen pun akan makin berkurang. Jadi macam mana nak tingkatkan kolagen ni semula, supaya boleh bantu masalah pori besar?

Cara paling cepat dan efektif ialah, ambil suplemen kolagen.

Saya cadangkan Collagen Powder Shaklee!

cara kecilkan pori
1 kotak = RM 298 / 4 kotak = RM 952 (jimat RM240)

Sudah banyak testimoni yang kata Collagen Powder Shaklee sangat berkesan. Antaranya komen-komen mereka di bawah ni:

cara kecilkan pori
FotoKredit: ummikhairani.com
cara kecilkan pori
Foto Kredit: jarimenulis.com

cara kecilkan pori

Untuk dapatkan kesan optimum, saya cadangkan untuk beli 4 kotak sekaligus bagi kegunaan 2 bulan. Sebabnya mengikut kajian klinikal yang Shaklee lakukan dalam penyelidikan mereka menghasilkan produk kolagen ini, kesan berikut dapat dilihat selepas 8 minggu (2 bulan) kegunaan. Terbaik!

cara kecilkan pori
Terbukti BERKESAN oleh kajian klinikal yang dijalankan oleh Shaklee – awesome!

Jadi, dapatkanlah Collagen Powder untuk bantu tingkatkan kolagen kulit untuk hasil kulit yang lebih lembut, lembap, halus (saiz pori mengecil) dan awet muda!

 

Nak cuba Collagen Powder Shaklee? Klik gambar di bawah untuk buat tempahan dengan saya sekarang juga!

pengedar shaklee taiping cod shaklee taiping 2
Klik Pada Gambar untuk Menghubungi Saya Melalui WhatsApp

 

Baca Lagi:  Fungsi Collagen Powder Shaklee – Bonus Awet Muda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge