cara melicinkan kulit, petua melicinkan kulit, tips melicinkan kulit,

3 Cara Melicinkan Kulit Muka Biar Seperti Telur Dikupas! Apa Nasihat Dari Dermatologist?

Bila tengok drama atau scroll News Feed di Facebook, korang pernah tak rasa jealous bila nampak kulit wajah kawan-kawan atau pelakon drama tu halus mulus je? Haa kulit licin bagai dikupas telur orang kata. Kalau saya mesti la jealous, haha. Dan selalu terfikir juga bagaimana cara melicinkan kulit yang diorang praktikkan ye.

Penampilan kulit licin ni kalau di media massa atau socmed nie mungkin fake, mungkin betul disebabkan teknologi editing betul tak. Tapi seriously ada ke cara melicinkan kulit muka yang betul-betul berkesan? Maksudnya jangan dalam gambar saja kita nampak flawless tapi biarlah realitinya pun sama ek.

3 Cara Melicinkan Kulit Muka

Cara yang bakal korang baca ni saya cedok dari pendapat ahli dermatologi bernama Dr. David Horowitz ye. Klik pada nama beliau kalau nak baca artikel asal.

Baiklah, jadi apa 3 cara melicinkan kulit yang beliau cadangkan?

Yang pertama, kata beliau kita kena perbaiki kulit dari dalam. Memang selalu kita dengar kecantikan luaran sebenarnya adalah pancaran dari badan yang sihat betul tak. Banyakkan makan buahan beri dan kurangkan makan bergula. Makanan bergula ni sebenarnya tak bagus sebab boleh mempercepatkan penuaan kulit, menggalakkan kehilangan kolagen, serta risiko kepada kanser dan penyakit-penyakit lain.

cara melicinkin kulit
Pemakanan akan mempengaruhi struktur kulit kita. Foto Kredit: medianita.com

Beliau galakkan mengambil minyak ikan yang kaya dengan Omega 3 supaya membantu kulit menjadi licin dan berseri!

Selain itu, banyakkan juga meminum air dengan tujuan membuang toksin yang ada dalam badan kita. Logiklah badan kalau banyak toksin ni banyak penyakit yang nak menyinggah, kulit pun akan jadi kusam dan tampak tak bermaya.

Cara melicinkan kulit yang kedua ialah ubah gaya hidup kita kepada lebih baik. Dua perkara yang beliau sentuh dalam hal ini ialah soal tidur yang cukup dan senaman kerap.

Tidur yang cukup iaitu 7 ke 8 jam setiap malam adalah penting supaya menyegarkan semula badan dan kulit kita. Ha padanlah kalau kita tak cukup tidur bukan mata je yang sembap tapi kulit pun ikut nampak tak bermaya.

cara melicinkan kulit
Bersenam baik untuk kecantikan kulit dan kesihatan seluruh badan. Foto Kredit: cetaphil.co.id

Senaman kerap pula beri faedah tersendiri untuk kebaikan kulit kita. Senaman dapat mengurangkan keradangan pada kulit (penyebab jerawat biasanya), menstabilkan hormon berkaitan kesihatan kulit dan mengelakkan kerosakan sel kulit daripada radikel bebas. Jadi bagi sesiapa yang nak licinkan kulit tu rajin-rajinlah bersenam jom!

Tips melicinkan kulit yang terakhir ialah nilai semula rutin pembersihan muka kita. Nak tahu mengapa? Satu perkara kadang kita ni obses sangat nak jaga muka bukan main tonyoh je masa cuci muka betul tak. Salah tu.. menggosok muka kena lembut je ye. Bukan saja boleh elak breakouts baru tapi sangatlah penting supaya kulit tak rosak dan jadi kasar. Kalau dah kasar nanti macam mana nak dapat kulit selicin telur dikupas ye tak hehe

cara melicinkan kulit
Jangan ‘over’ belek muka tau! Foto Kredit: www.wanista.com

Kalau nak exfoliate pun jangan berlebihan juga, cukup 1 ke 2 kali saja seminggu. Tujuan pengelupasan kulit atau rutin exfoliate ni tujuannya untuk buang sel kulit mati, membaiki peredaran darah pada muka dan menggalakkan kolagen untuk menyokong kulit yang lembut serta licin.

Oh ya bercakap pasal exfoliate ni, korang boleh cuba krim YOUTH Radiance C+E atau homemade masker vitamin C ye. Dalam video di bawah saya tunjukkan cara mudah membuat masker vitamin C, semoga berguna okay.

Kalau yang pakai mekap tu pula even compact powder sekali pun, Dr. David galakkan untuk mencuci span mekap setiap minggu tau. Hal ni boleh elak pertumbuhan bakteria pada span / berus dan elak breakouts.

Jadi, amacam? 3 cara melicinkan kulit muka sudah pun dikongsi oleh doktor pakar kulit kita. Nak praktik atau tidak terpulang pada kita semua okay. Nak kulit halus mulus licin bagai telur dikupas? Jom praktik semua tips di atas  😉

16 comments

  1. hahaha i dah pernah buat masker dengan vita c shaklee.. well I totally love it bila sapu pada wajah dia macam lembut.. i kisar kot vitamin c tapi kalau boleh kalau nak guna ambil 1 tablet je.. tak leh kisar lepas tu nak simpan untuk penggunaan lain.. i rasa cam tak efektif dah sebab masuk angin ahahahaa thanks for sharing !

  2. Bagus tips ni, nak kena start amalkan la untuk jaga kulit wajah. Part makan buah tu memang kena buat. Kulit muka terjaga, kesihatan pun terjaga. Cuma part pencuci muka tu susah sikit, tak tau brand apa yang paling sesuai. Guna juga, tapi asyik tukar je, hehe. Tak baik kan? Okey, pasni kena pilih yang betul betul dah

  3. Penjagaan kulit muka ni sangat penting sebenarnya. Lelagi bila kulit muka break out time tu juga la rasa menyesal bila tak jaga elok-elok. Time kulit muka elok, jagalah dengan seeloknya terutama tidur yang cukup dan cara penjagaan kulit muka yang betul

  4. Sis jeles tengok muka orang2 korea..licin gila..diorg memang betul2 jaga kulit wajah. Kalau dapat kulit wajah cam diorg memang satu bonus.
    Sis pun ada ambil vit c, minum banyak air dan lakukan senaman..risau gak kalau tumbuh jerawat n jeragat kalau tak jaga awal2

  5. Yes I pon utamakan skincare. Kalau amal gaya hidup sihat, maka kecantikan kulit pon terserlah. Tidur pon kena cukup. Klu tak, mata ni sembab.. I suka minum air manis tapi pastikan banyak minum air masak. Tak guna pakai produk mahal tapi rutin basic kita abaikan. Kecantikan mula dari dalam.

  6. Ada kawan kita kulit dia memang cantik gila.. Tanya rahsia dia.. Nak kulit cantik kena rajin.. Kena rajib buat routine skincare… Kena rajin itu.. Kena rajin ini..
    Kalau tak rajin jadiklah mcm akak ni.. Muka pun berkerak😭😭😭

  7. hahaha i never know got such idiom, kulit licin seperti telur dikupas! haha but it’s a good description, i can tell how soft and smooth it is. thanks for the tips anyway, yes exercise also very important!

  8. Ouhhh begitu rupanya. Nampak sungguh mudah. Kulit yg licin memang sungguh didambakan oleh setiap insan. Begitu juga sy. Nanti sy cuba lah aplikasikan teknik utk utk dapatkan kulit yg licin

Leave a Reply to Penaberkala Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge