Anda berkira-kira nak amalkan multivitamin? Well, ada ke tips atau cara memilih multivitamin yang paling terbaik untuk badan?
Baru-baru ini, saya mencuba suplemen Mealshakes daripada Shaklee. Mealshakes adalah suplemen jenis multi-vitamin dan multi-mineral. Tapi yang lebih istimewa, Mealshakes digabungkan dengan protein dan serat. Kalau biasanya suplemen multi-vitamin ni jarang begini. Ha, istimewa kan?
Bagi yang belum tahu, dalam produk suplemen Shaklee ada 2 jenis multi-vitamin iaitu VitaLea dan Mealshakes ini.

Sebelum ini, saya memang mengamalkan VitaLea. Kali ini teringin nak cuba Mealshakes pula, hehe.
Beza Multi-Vitamin VitaLea vs Mealshakes
Bagi yang sedang terfikir-fikir mahu beli multi-vitamin, anda kena baca artikel saya ini sehingga habis.
Ada banyak bezanya 2 jenis multi-vitamin ini. Antaranya:
-
Minuman dan Tablet
Mealshakes adalah suplemen jenis bancuh dan minum. Jadi, kalau siapa yang jenis rajin sikit tu boleh amalkan ini. Boleh bancuh βplainβ sahaja atau kisarkan sekali buah kesukaan anda, yummy dah jadi smoothie yang enak tau!
Berlainan dengan VitaLea, ia jenis tablet. Setiap tablet hijau VitaLea memang agak besar saiznya biarpun untuk orang dewasa. Tapi jangan risau tak ada masalah untuk menelan pun. Untuk kanak-kanak, boleh ambil VitaLea for Kids yang lebih friendly budak ye. Ianya boleh dikunyah, siap ditambah perisa lagi supaya lebih digemari anak-anak.
-
Kandungan Nutrisi
Suplemen berbeza, mestilah kandungan berbeza kan.
Saya tunjukkan anda label VitaLea dan label Mealshakes di bawah. Cuba bandingkan.


Seperti yang saya beritahu di atas, Mealshakes ada kandungan protein dan serat. Keistimewaan Mealshakes ialah seperti berikut:
- Sebagai sumber protein dan kalsium
- Tinggi serat
- Rendah lemak dan kolesterol
- Sesuai dijadikan makanan pantas (instant meals) yang penuh berkhasiat
Bagi VitaLea pula, ia mengandungi 28 multi-vitamin dan multi-mineral yang memang lengkap. Bahkan diperkaya pula dengan zat Besi. Ini betul-betul memenuhi keperluan zat vitamin dan mineral yang badan kita perlukan. Tapi tidak ada protein, karbohidrat dan serat lah seperti Mealshakes ya.
Bagaimana Cara Memilih MultiVitamin Yang Terbaik?
Bagaimana cara nak memilih multi-vitamin yang sesuai dengan keperluan badan anda? Pendapat saya begini:
-
Lihat gaya pemakanan anda
Anda kerap makan sayur dan buah tak? Anda juga tak mengabaikan pengambilan susu untuk menjaga kesihatan tulang? Anda juga mengamalkan memakan makanan yang seimbang dan tepat waktu?
Kalau semua soalan di atas anda jawab ya, bermakna anda bebas memilih VitaLea atau Mealshakes sebagai suplemen tambahan. No harm at all. Kedua-duanya akan beri manfaat terbaik untuk anda nanti.
Tapi sebaliknya adakah anda seorang yang sibuk dan selalu mengabaikan pemakananan yang teratur lagi seimbang? Walau makan buah dan sayur, anda ikut mood pula. Kalau sempat makan, kalau tak sempat tak makan?
Ini agak bahaya. Anda berisiko mengalami masalah kekurangan zat nanti. Bukan sahaja boleh kekurangan vitamin dan mineral, tetapi mungkin juga kalsium, protein dan karbohidrat. Jadi, saya cadangkan anda boleh amalkan Mealshakes.
Ada ke yang punya masalah sembelit? Nah, Mealshakes sesuai untuk orang sembelit tau! Bukan sekadar untuk orang dewasa, kanak-kanak atas usia 1 tahun pun boleh minum Mealshakes ni untuk tujuan masalah sembelit dan kurang nutrisi.
Ini hanya beberapa contoh cara pemakanan sahaja. Tapi poinnya ialah anda perlu pilih multi-vitamin yang paling menyokong gaya makan anda okay.
2. Faktor kesihatan semasa
Cara memilih multivitamin terbaik perlu juga melihat faktor yang ini.
Kalau anda ada alahan atau masalah kesihatan tertentu, pun tak boleh ambil suplemen sembarangan ya. Bagi 2 vitamin ini pun sama. Ada beberapa kategori orang yang tidak sesuai mengamalkannya.
Bagaimana nak tahu jika suplement ini sesuai untuk anda? Jawapannya jangan lupa bertanya pada agen Shaklee anda masing-masing.
Saya tidak beritahu di sini tetapi bagi sesiapa yang berminat untuk membeli Mealshakes atau VitaLea, boleh sahaja minta penjelasan saya di Whatsapp okay? π
Saya akan jelaskan lebih lanjut kepada anda nanti.
3. Tujuan Amal Suplemen
Mula-mula saya amalkan VitaLea tempoh hari adalah kerana saya mengalami masalah anemia (kekurangan darah merah). Ketika itu saya pun tidak pasti sama ada saya ada masalah penyerapan zat oleh usus atau badan saya memang kekurangan zat Besi dan vitamin B. Pengambilan VitaLea ternyata tepat untuk masalah saya kerana selepas pengambilan saya sudah kurang penat dan tak nampak pucat lagi. Alhamdulillah..
Klik Untuk Baca: Cara Menaikkan HB Darah Untuk Masalah Anemia
Golongan ibu-ibu pula ramai yang membancuh Mealshakes untuk sarapan anak-anak mereka yang picky eater. Bila bancuh segelas Mealshakes ni kira sangat membantulah sebab anak-anak tak menolak minuman berperisa Vanila yang sedap creamy ini. yang bagusnya dalam setiap minuman, anak-anak akan dapat pelbagai zat seperti protein, kalsium, serat, vitamin dan mineral. Nak harap anak-anak makan buah dan sayur dengan konsisten? Memang agak sukar. Jadi, inilah antara pilihan bijak ibu-ibu.
Bagi mereka yang mengalami sembelit pula, memang akan memilih Mealshakes. Iyalah sebab ada serat kan. Untuk kanak-kanak yang sembelit pun boleh amal bersama,Β jadi satu tong Mealshakes dapat dinikmati seisi keluarga.
Bagi yang memang mementingkan kesihatan diri, selain jaga pemakanan mereka lebih memilih VitaLea. Ia adalah multi-vitamin support yang serba lengkap untuk menampung mana-mana zat yang kurang. Nak ambil pun mudah saja, cuma telan 1 ke 2 biji sehari.
Apa pula target kesihatan anda? Cuba fikirkan.
Jika anda masih ragu, boleh berbincang dengan saya juga. Saya akan beri cadangan salah satu dari 2 multi-vitamin yang terbaik ini yang boleh anda amalkan berdasarkan target kesihatan anda okay.
Baca Juga: Kebaikan dan Fungsi VitaLea Sebagai Multi-Vitamin Lengkap
Good information. It’s important to know our own needs before taking on all kinds of supplements. Get nutritionists or advice before choosing any supplements for oneself.
Betul tu setuju.. π
Info yang bagus. Boleh jadi panduan nak pilih supplement yang terbaik untuk topup apa yang kurang dari pemakanan setiap hari.
Hawa Hassan recently posted…Puas Hati Sungguh Dapat Servis Kereta Di Faieda Auto Tech !
Mudahan!
Good information to share. I am now taking Berroca vitamin. Thank you for sharing this. Have a good day.
I just heard about Berroca vitamin. Hope that you will always healthy beautifully sis!
Terima kasih atas perkongsian. Tak sangka ada banyak kelebihan produk shaklee ni. Semoga perniagaan makin maju.
Terima kasih atas galakan tuan π
Bagi yang memang nak direct cari supplement shaklee sangat la bagus. Buat sesiapa yang baru nak cari produk untuk makanan harian, elok rujuk doktor. Dapatkan ubat yang sepatutnya
Natural supplements tak sama dengan ubatan kimia, tapi merujuk doktor adalah saranan yang sangat baik, barulah yakin kan π
Thanks for sharing such an informative post!
I believe that a lot of people need to understand more about the vitamins / minerals they needed for their body. It’s good to understand about our body before taking vitamins.
U’re welcome Veronica. This is one reason I like to write and share about nutrition info. I really hope people will become alert and aware about their body needs for a healthy living π
Banyaknya orng cerita pasl kebaikan produk shaklee ni..bagusla..ramai yang ambil shaklee..nad pernh ambil masa pregnant, ok juga la..
Well, good product talks itself kan sis. That’s why ramai yang suka share π
wahhh banyak sungguh kebaikan produk shaklee nie. tak pernah cuba lagi. nanti boleh cubalah. harap2 berkesanlah macam yang dicakapkan.
Silakan cuba Zharif. Boleh hubungi saya kalau nak cuba apa-apa vitamin ya π
Produk Shaklee memang menghasilkan beberapa kebaikan kepada pengguna yang sesuai. Namun, tidak dinafikan ada pengguna yang tidak sesuai dgn produk ni. Apa pun, sebelum kosumsi elok rasanya ambil atas nasihat doktor
Saya setuju juga bab merujuk Doktor tu, memang logik. Since Shaklee adalah natural supplements hope that ia akan memberi banyak manfaat untuk pengguna, mudahan π
Shakelee seems like a really good product unfortunately I’ve not tried it yet, guess I really should do so someday
Try one, the most suitable for your health or beauty concern. I’m pretty sure you will love it! hehe
Betul tu sebelum amalkan apa apa supplimen dan vitamin kita kena tahu cara memilih dengan betul supaya kita takbtersalah memilih dan membeli. Sebab kita nak amalkan bukan sekali sahaja tapi berterusan. Shaklee memang lrosuk yang bagus.
Betul Mimi, indeed!
Tak pernah try mealshakes dengan vitalea tu. Qiss selalu minum esp je. Tapi best juga kalau try kan.ehehe vitalea selalu habis stok. Geram juga. Sekarang dah mudah nak dapat stok kan.
Iya ka..ESP pun best kan? hehe. Ya sekarang dah mudah kalau nak dapatkan Shaklee, just hubungi mana-mana pengedar termasuk saya okay π
Thank you share tips pilih vitamin yang sesuai untuk badan. Boleh jadikan panduan kalau nak cari vitamin nanti
Sama-sama π Semoga bermanfaat yer!
Terima kasih atas perkongsian. Memang betul kita kena ambil vitamin atau suplemen ikut keprluan badan kita dn ikut nasihat doc, sis pun ambil vitamin/suplemen yg sis amalkan lama dh
Setuju dengan sis, asalkan kita tahu tentang apa yang kita ambil memang sangat membantu tambahbaik kesihatan kita kan π
Airah sekarang ni makan vitamin C shaklee je. Tak sempat nak restock esp
It’s okay Airah, nanti bila-bila boleh topup vitamin lagi yer π
Mek baru ambik pynocare untuk skin. Terima kasih ye untuk perkongsian yang bermanfaat. Elok ambik vitamin untuk cukupkan nutrisi dalam badan.
betul tu Mek. Tak kisahlah jenama apa janji kita tahu apa yang sesuai untuk badan kita π
perkongsian yg baik. memang kena tau dulu tips dia sebelum nak beli
Betul tu π