cara menaikkan hb darah

Cara Menaikkan HB Darah | Tambah Darah Dengan Cara Semulajadi

Cara menaikkan HB darah | Kulit pucat, selalu keletihan dan denyutan jantung kadangkala laju tak menentu – awas, ini petanda hemoglobin dalam darah yang rendah, atau ringkasnya anemia. Untuk lebih kepastian, buatlah ujian darah di klinik dan rujuk doktor masing-masing ya.

Masalah HB rendah ni memang normal terjadi kepada ibu-ibu hamil, sebabnya darah mereka dikongsi dan dibekal untuk kegunaan anak dalam kandungan juga. Tetapi, HB rendah pun boleh berlaku kepada sesiapa, lelaki dan perempuan yang tak hamil sekalipun.

Mengapa Terjadinya Hemoglobin (HB) Rendah?

Ini 3 sebab mengapa seseorang tu boleh alami HB rendah ni:

1. Kurangnya sel darah merah dihasilkan dalam badan atas faktor kekurangan nutrisi atau sumsum tulang.

2. Sel darah merah mengalami pemusnahan lebih cepat dari ia dihasilkan seperti keadaan sel sabit dan thalassemia.

3. Kehilangan darah melalui kecederaan, haid melampau atau penyakit tertentu seperti buasir atau terdapat pendarahan dalaman.

Bahaya dan Risiko HB Rendah

Kalau berlaku kepada ibu hamil, dibimbangi akan berlaku komplikasi ketika melahirkan seperti memerlukan pemindahan darah, nyawa bayi terancam dan begitu juga keselamatan si ibu.

Bagi orang yang tidak hamil, akan berlaku gejala-gejala berikut yang akan mempengaruhi kualiti hidup mereka seperti:

  • Merasa cepat letih lebih dari biasa
  • Merasa mudah marah
  • Pening kepala
  • Sukar menumpukan perhatian/berfikir

4 Cara Menaikkan HB Darah Melalui Pemakanan

Ada cara menaikkan HB darah yang boleh dilakukan sekiranya kita didapati ada masalah HB rendah ni.

Di sini saya kongsikan 5 cara menaikkan HB darah secara semulajadi, iaitu melalui pemakanan harian kita.

1. Zat Besi

Zat besi ialah mineral penting yang diperlukan untuk menghasilkan hemoglobin itu sendiri. Jadi tentu kita faham yang masalah HB rendah memang akan berlaku apabila badan kita tak cukup dengan zat Besi.

Antara makanan kaya zat Besi yang boleh diambil ialah daging merah dan hasil tenusu, sayuran hijau seperti bayam dan kale, buahan kering seperti kismis dan aprikot, kekacang, makanan laut serta bijirin.

Baca: 10 Tanda Badan Kekurangan Zat Besi

2. Folat

Satu lagi komponen hemoglobin adalah dari zat Folat, iaitu sejenis vitamin B. Sama penting macam zat Besi, kekurangan Folat akan buatkan penghasilan hemoglobin darah berkurang. Jadi selain makanan kaya zat Besi, kena makan banyak makanan kaya Folat juga seperti daging, bayam, avocado, salad, nasi, peanut dan kacang merah.

3. Vitamin B12

Orang yang kekurangan vitamin B12 pula biasanya kelihatan pucat kerana vitamin ini juga terlibat dalam pembebasan sel darah merah yang dihasilkan oleh sumsum tulang untuk masuk ke dalam aliran darah.

Kurangnya vitamin B12 menyebabkan sel darah merah yang terhasil bersaiz besar dan rapuh. Jadi ia sukar dibebaskan ke dalam aliran darah sehingga membuatkan kulit seseorang itu menjadi pucat akibat kurangnya sel datah merah sampai ke kulit.

Makanan yang kaya dengan vitamin B12 ialah seperti daging, ikan, telur dan susu.

4. Vitamin C

Vitamin C membantu dalam penyerapan zat Besi dalam badan kita. Walaupun kita makan makanan yang kaya dengan zat Besi, itu belum cukup untuk pastikan badan mendapat penyerapan 100%. Vitamin C membantu penyerapan zat Besi yang lebih baik.

Suplemen Tambah Darah

Tak dinafikan suplemen dapat membantu untuk mengisi lompong nutrisi dalam pemakanan kita sehari-hari. Salah satu jenama suplemen semulajadi yang baik ialah Shaklee. Contohnya suplemen bernama VitaLea yang saya kenalkan dalam video di bawah. Klik untuk menonton.

Pengambilan suplemen bukanlah bermaksud kita boleh mengabaikan pemakanan yang sihat dan seimbang ya. Meski pun makan suplemen, pemakanan sihat tetap perlu dijaga.

Bagi yang mengalami masalah hb rendah dan ingin mendapatkan suplemen tambah darah VitaLea ini sebagai ikhtiar, bolehlah menghubungi saya di talian 011-3619 8300 😉

 

Baca Lagi: Vitamin Untuk Ibu Mengandung | 6 Sebab Si Ibu Perlu Dapatkan Bantuan Suplemen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge