cara mengatasi kulit kusam

5 Cara Mengatasi Kulit Kusam Supaya Wajah Kembali Cerah Berseri

Masalah Kulit Kusam dan Puncanya

Mesti ramai yang tercari-cari cara mengatasi kulit kusam kan? Kulit kusam ni agak mengganggu penampilan wajah meskipun kulit wajah kita tiada apa-apa masalah kulit seperti jerawat dan jeragat. Rasa macam kulit tak sihat dan lesu je kalau melihat orang yang berkulit kusam ni kan. Sedih tu..

Kulit kusam ni terjadi kerana beberapa faktor:

1. Faktor penuaan kulit. Semakin kita meningkat usia, kulit kurang membaharu dan sel kulit tidak diganti dengan sempurna.

2. Terdedah kepada cahaya matahari. Sinaran cahaya matahari yang keterlaluan bukan saja menimbulkan masalah jeragat tetapi boleh buatkan kulit jadi kusam juga.

3. Persekitaran yang kering. Jika kulit kita asyik terdedah dengan suasana kering seperti selalu dalam bilik berhawa dingin, kulit boleh jadi kering dan hilang kelembapan. Kulit akan mudah kusan kerana terdehidrasi.

4. Tabiat merokok. Orang yang merokok lebih terdedah kepada masalah kulit kusam kerana terjadi bintik-bintik kuning pada kulit kesan merokok. Ia juga memusnahkan vitamin C dan E dalam badan yang sangat berguna untuk kesihatan kulit.

5. Stress. Percaya atau tidak stress tidak bagus untuk keserian kulit tau!

6. Salahguna / ter’over’ produk. Hati-hati dengan produk jagaan kulit yang menyebabkan kulit kita menjadi kering contohnya seperti sabun dan wangian. Terlebih guna juga tidak bagus.

cara mengatasi kulit kusam

5 Cara Mengatasi Kulit Kusam | Jom Ubah Tabiat

1. Minum Air Masak Secukupnya

Minum air masak yang cukup setiaphari akan mengekalkan kelembapan kulit kita. Kulit akan jadi berseri sebab nampak ‘segah’ dan bermaya. Guna nisbah 25 kg berat kepada 1 liter air masak sebagai panduan.

2. Lindungi Kulit daripada Sinaran Berbahaya Matahari

Bila ingin keluar rumah, pastikan guna sunblock, sekurang-kurang SPF30 untuk cuaca Malaysia yang panas dan kering.

Gunakan payung atau topi jika perlu supaya kulit sentiasa terlindung dari cahaya matahari yang berbahaya.

3. Bersenam

Bersenam bukan saja baik untul kesihatan badan, ia juga baik untuk keserian kulit. Badan jadi bertenaga, kulit kelihatan lebih segar dan bermaya.

Kelebihan bersenam termasuk juga mengeluarkan toksin dalam badan yang membawa risiko penyakit pada badan dan kesan kusam pada kulit kita.

4. Kekalkan kelembapan kulit

Ada beberapa amalan yang bagus untuk memelihara kelembapan kulit kita. Antaranya:

  • Gunakan pelembap kulit untuk wajah
  • Gunakan losyen untuk tangan dan kaki
  • Mandi dengan air dingin bukan air panas atau suam untuk mengekalkan kandungan lembapan kulit
  • Pasang humidifier di dalam rumah
  • Minum air dengan cukup
  • Jangan terlebih mencuci muka sehingga mengeringkan kulit
  • Pilih skincare sesuai yang tidak menyebabkan kulit kering
  • Hentikan tabiat merokok

5. Tambah Suplemen Yang Baik untuk Kulit

Vitamin C dan E sangat bagus kerana ia akan mencerahkan dan memberi kelempapan pada kulit. Ambil makanan, buah dan sayuran yang kaya dengan 2 jenis vitamin ini sebagai cara mengatasi kulit kusam anda untuk ikhtiar berpanjangan.Bagi yang risau takut-takut zat dari makanan tak memcukupi kerana faktor memilih makan, kesibukan, pencemaran dan lain-lain bolehlah tambahkan suplemen dalam diet. Tapi pastikan untuk pilih suplemen semulajadi yang organik kerana kesannya yang baik pada kesihatan selain selamat untuk kesan jangka masa panjang.

Selain itu, pastikan bekalan protein harian juga mencukupi kerana badan kita membuat kolagen kulit daripadanya. Kolagen pada kulit akan membuatkan kulit kekal lembap, nampak sihat dan pembaharuan sel berjalan baik. Barulah sel kulit mati yang membuat kulit nampak kusam itu akan dihapuskan.

cara mengatasi kulit kusam
RM415.00 beserta kos penghantaran (Kegunaan: Vitamin E – 4 bulan, ESP – 2 bulan, Vitamin C – 6 bulan)

Shaklee ada beberapa suplemen yang baik untuk mengatasi kulit kusam. Anda boleh dapatkan dari saya jika berminat. Klik pada gambar untuk terus membeli atau boleh hubungi saya di WhatsApp untuk rundingan harga mengikut bajet.

Beberapa testimoni pengguna yang berpuashati seperti berikut:

cara mengatasi kulit kusam

cara mengatasi kulit kusam

Tingkatkan Keyakinan Diri

Penampilan kulit kusam akan buatkan keyakinan diri merudum. Wajah kelihatan lebih tua dan badan seperti tidak sihat. Jadi pastikan ikut cara mengatasi kulit kusam ini dengan konsisten. Kulit yang berseri tanpa kulit kusam pasti akan membuatkan wajah kelihatan lebih muda dan meningkatkan keyakinan diri.

Jaga kelembapan kulit, ambil air masak yang cukup, bersenam dan amalkan nutrisi seimbang – semua ini pakej lengkap untuk atasi kulit kusam mudahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge