Insomnia / Susah Tidur ialah Masalah Sleep Disorder
Susah tidur malam atau insomnia memang boleh mengganggu badan daripada mendapat rehat yang cukup. Sudahlah badan bekerja seharian di siang hari, mahu tidur malam pula terganggu akibat insomnia yang berpanjangan. Dapat anda bayangkan tak hidup yang huru-hara ini? Mulalah segala macam penyakit datang – lesu, mengantuk, tidak bertenaga, kurang fokus dan mungkin saja kemalangan! Cukup, cuba-cubalah cara mengatasi susah tidur anda tu 😉
Ada banyak cara mengatasi susah tidur dari pelbagai aspek. Salah satu kaedah yang boleh membantu ialah dengan mencukupkan zat-zat makanan tertentu dalam pemakanan kita. Jom cukupkan nutrisi badan supaya boleh elak pengambilan pil tidur.
Cara Mengatasi Susah Tidur / Insomnia
3 Jenis Zat Yang Berkesan
-
Vitamin B
Vitamin B adalah terbaik untuk mengelakkan masalah insomnia atau susah tidur malam. Berdasarkan kajian [1], kekurangan vitamin B6 akan menggalakkan gangguan stress yang akan menganggu tidur seseorang. Kekurangan B12 pula menyebabkan mudah terjaga dari tidur, jadi kualiti tidur menjadi teruk [2].
Vitamin B juga dikatakan sebagai vitamin anti-stress. Selain masalah kesihatan, susah tidur atau insomnia juga adalah kerana kesan kerisauan dan stress melampau dalam kehidupan harian kita. Stress yang terbawa-bawa sehingga menyebabkan kita sukar tidur di malam hari.
Amalkan pengambilan vitamin B yang cukup supaya boleh membantu mengurangkan stress, elak gangguan tidur dan mendapatkan tidur lena yang lebih lama masanya!
-
Magnesium
Mineral zat Magnesium adalah sejenis sedatif semulajadi. Orang insomnia yang teruk biasanya sampai mengambil ubat tidur yang sebenarnya ialah jenis sedatif kimia. Cukupkan pengambilan Magnesium supaya dapat mengelak kesukaran tidur dan masalah lain seperti sembelit, kejang otot, keresahan, dan sakit badan.
Magnesium membantu mudah tidur, elak cramp dan sakit-sakit sendi – tak adalah badan sakit badan selepas bangun dari tidur.
-
Zat Besi
Mineral zat Besi adalah zat yang penting untuk mengelak daripada terkena kaki kejang (cramps) semasa tidur [3]. Apabila seseorang yang insomnia terlena selepas bersusah-payah, mereka juga ada cabaran untuk mengekalkan tempoh tidur yang lena itu. Tapi tidur ini mungkin terganggu dengan kejadian kejang kaki dan menyebabkan mereka mudah terkejut dan terjaga dari tidur. Ini kerana kekurangan zat Besi dalam diet mereka.
Real Food – Sumber Zat Terbaik!
Masalah susah tidur atau insomnia merangkumi susah mahu mula terlena, asyik terjaga semasa tidur, terganggu di dalam tidur, tidur yang tidak berkualiti meskipun masa tidur yang lama dan paling teruk kerana ia tidak menghilangkan penat badan kita.
Bagaimana cara mengatasi susah tidur ini? Pertama-tama, boleh ikhtiar segera dengan cara mencukupkan 3 keperluan zat yang penting di atas. Bila badan cukup nutrisi, insomnia boleh dibantu dan dikurangkan sebenarnya.
Sumber terbaik mendapatkan 3 nutrisi di atas semestinya ialah daripada makanan yang kita makan. Pilih jenis makanan yang kaya dengan zat besi, magnesium dan vitamin B. Yang paling penting, mesti konsisten mendapat 3 zat ini setiap hari, bermakna jangan culas dengan kekurangan zat-zat ini dalam diet anda setiap hari. Ini cabaran yang agak sukar juga ya. Yelah, kita mungkin terkekang dengan kesibukan harian untuk menyedia makanan-makanan tersebut.
Namun begitu, ada cara yang lebih mudah untuk kekal konsisten mendapatkan 3 zat ini. Caranya ialah dengan mengamalkan set vitamin susah tidur daripada Shaklee. Ia adalah jenis vitamin semulajadi yang diekstrak daripada sumber real food juga, cuma diolah dalam bentuk tablet supaya mudah dimakan.

- OsteMatrix – tablet yang membekalkan sumber kalsium, magnesium dan vitamin D
- VitaLea – tablet yang mengandungi 28 multi vitamin dan multi mineral yang diperkaya dengan zat Besi
- B Complex – tablet yang membekalkan kesemua 8 spektrum vitamin B termasuk B6 dan B12
Sangat mudah begini, telan saja 3 jenis tablet setiap hari supaya anda mendapat zat besi, magnesium dan vitamin B yang cukup tanpa kompromi. Inilah caranya 🙂
Usah Abaikan
Cara mengatasi susah tidur / insomnia jangan diabaikan. Masalah tidur boleh membawa kepada kesan yang teruk akibat kurang rehat. Badan kita juga penat dan memerlukan tidur yang lena untuk mengembalikan semula tenaga. Bantulah badan kita mendapat rehat yang cukup, tidur yang lena dan kebaikannya kita mendapat fokus yang baik di siang hari.
Testimoni Berjaya Atasi Susah Tidur dengan Vitamin Yang Cukup
Adakah anda seorang penderita insomnia? Anda sendiri patut menilainya 😉 Jika ya, pastikan anda cukupkan keperluan 3 zat ini sebelum berikhtiar sedikit ekstrem dengan pil tidur. Boleh sahaja hubungi (Call / sms / whatsapp: 01136198300) dan dapatkan set vitamin susah tidur ini dengan saya. Semoga tidur anda lebih lena selepas ini, dan ucapkan selamat tinggal kepada insomnia!
Rujukan:
- Dr. Mercola
- [1] Baldewicz T, Goodkin K, Feaster DJ, Blaney NT, Kumar M, Kumar A, Shor-Posner G, Baum M. Plasma pyridoxine deficiency is related to increased psychological distress in recently bereaved homosexual men. Psychosom Med. 1998;60:297–308.
- [2] Okawa M, Mishima K, Nanami T, Shimizu T, Iijima S, Hishikawa Y, Takahashi K. Vitamin B-12 treatment for sleep-wake disorders. Sleep. 1990;13:15–23
- [3] Earley CJ, Allen RP, Beard JL, Connor JR. Insight into the pathophysiology of restless legs syndrome. J Neurosci Res. 2000;62:623–8.
baru tahu Shaklee boleh atasi masalah tidur..thanks for this info
Sama-sama 🙂