cara-mengawal-gula-dalam-darah-4

Cara Mengawal Gula Dalam Darah dengan Vivix

cara mengawal gula dalam darah

Mengawal gula dalam darah untuk sesiapa yang menghidap kencing manis adalah sangat-sangat penting. Hal ini kerana kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan kerosakan mata, ginjal, saraf dan salur darah. Sebab itulah, selain mengambil ubat yang diberikan oleh doctor, pesakit kencing manis juga dinasihatkan untuk sentiasa menjaga portion makan, memilih makanan yang kurang gula dan karbohidrat dan mengawal pengambilannya.

Selepas makan, biasanya paras gula dalam darah kita akan meningkat. Organ pancreas akan merembeskan insulin untuk menukarkan gula tersebut (glukosa) menjadi tenaga. Akan tetapi, jika orang tersebut mengalami masalah kencing manis di mana ada masalah dari segi penghasilan insulin dalam badan, paras gula yang tinggi tidak dapat menjadi normal. Akibatnya, ia boleh memberi komplikasi diabetes seperti berikut:

  • Buah pinggang rosak
  • Serang jantung / strok
  • Rabun / buta
  • Kerosakan saraf dan risiko lumpuh
  • Sex disfunction
  • Kematian

Bagaimana cara mengawal gula dalam darah?

cara mengawal gula dalam darah1. Konsisten mengambil ubat doktor

Pengambilan ubat doktor mesti diutamakan dalam hal ini. Ubat yang diberi doctor sudah mengambil kira keperluan badan daripada terkena komplikasi diabetes dan menyembuhkan sakit yang dialami.

2. Suntikan insulin

Apabila keadaan agak serius, suntikan insulin akan diberi. Ini membantu untuk menormalkan kembali paras gula yang tinggi di dalam darah selepas seseorang itu makan kerana bekalan insulin yang mencukupi untuk melakukan fungsinya.

3. Lakukan aktiviti fizikal

Aktiviti fizikal yang cergas seperti berbasikal, jogging, bermain badminton, menari zumba dan lain-lain sebenarnya memang bagus untuk diamalkan. Selain badan menjadi cergas dan sihat, ia juga dapat membantu mengawal gula dalam darah.

Apabila bersenam, sel badan kita merangsang rembesan insulin dengan lebih banyak. Oleh itu, insulin dapat menukar gula dalam darah menjadi tenaga semasa aktiviti tersebut.

4. Kawal pemakanan

Semasa dirawat pihak klinik atau hospital, dietition selalunya akan consult pesakit dan keluarga pesakit berkaitan hal ini. Pemakanan yang digalakkan adalah makanan yang rendah kandungan gula dan karbohidrat. Pesakit juga digalakkan untuk menukar kepada makanan yang rendah nilai indeks glisemiknya seperti menukar beras putih kepada beras perang. Indeks glisemik adalah ukuran kenaikan paras gula dalam darah selepas kita memakannya. Semakin rendah indeks glisemik, maka semakin rendah juga paras gula meningkat di dalam darah, maka ia lebih selamat untuk orang yang ada kencing manis bagi mengawal gula dalam darah mereka pada tahap normal.

Vivix – Cara Mudah Mengawal Gula dalam Darah

Apa itu Vivix?

cara mengawal gula dalam darah

Vivix adalah suatu minuman kesihatan yang diilhamkan oleh syarikat suplemen semulajadi nombor 1 Shaklee. Ia adalah campuran botani yang menggabungkan 4 jenis tumbuhan yang sangat hebat dengan kandungan antioksidannya yang tinggi. Sumber antioksidan dalam minuman Vivix ialah polifenol dan resveratrol, yakni kedua-duanya memiliki kuasa antioksidan yang cukup-cukup tinggi.

Kebaikan Antioksidan dalam Vivix

Antioksidan secara umumnya dapat melindungi sel-sel tubuh kita daripada serangan radikel bebas yang merbahaya. Serangan radikel bebas biasanya akan menyebabkan kerosakan sel dan badan menjadi kurang sihat. Dengan kandungan antioksidan yang tinggi di dalam Vivix, maka ia adalah minuman kesihatan yang sangat bagus untuk memelihara kesihatan seseorang.

Cara Mengawal Gula dalam Darah dengan Vivix

Di sini ada 5 cara bagaimana amalan meminum Vivix boleh membantu mengawal gula dalam darah seseorang.

Di dalam Vivix ada kandungan antioksidan yang diberi nama resveratrol. Mengikut suatu kajian, ada 5 kebaikan resveratrol yang boleh membantu mengawal gula dalam darah.

  1. Memperbaiki homestasis glukosa

Homeostasis bermaksud kawal atur. Vivix dengan kandungan resveratrolnya dapat membaiki keseimbangan kawalatur glukosa dalam darah. Paras gula dalam darah yang tinggi mungkin juga disebabkan oleh system homeostasis yang terganggu, maka resveratrol mempunyao khasiat untuk memperbaiki kawalatur glukosa ini.

  1. Merendahkan rintangan insulin

Rintangan insulin yang tinggi menyebabkan gula dalam darah tidak dapat ditukar menjadi tenaga atau direndahkan ke paras normal kerana keupayaan tindakan insulin yang terbatas. Resveratrol berupaya merendahkan rintangan insulin. Insulin lebih cekap dan dapat mengawal paras gula dalam darah ke tahap normal.

  1. Melindungi sel B pancreas

Sel B pada organ pancreas adalah tempat di mana insulin dirembeskan. Resveratrol mengurangkan keradangan pada sel tersebut seterusnya melindungi selnya supaya hormone insulin dapat berfungsi dengan baik semula.

  1. Memperbaiki rembesan insulin

Bagi kencing manis type II, rembesan insulin dalam badan mereka sama ada kurang atau tidak cekap dalam mengawal paras gula dalam darah. Rembesan insulin yang kurang ini dapat dibaiki dengan pengambilan Vivix dengan kandungan resveratrolnya.

  1. Melancarkan proses metabolisme dalam badan

 

Vivix bukanlah ubat, tetapi ia adalah minuman kesihatan yang menyihatkan. Pengambilannya sama juga dengan makanan berkhasiat anda yang lain Cuma ia lebih tertumpu kepada khasiat polifenol dan resveratrol yang dimilikinya. Oleh itu, segala kebaikan antioksidan yang memelihara kesihatan ini dapat anda nikmati dalam cuma sebotol Vivix.

cara mengawal gula dalam darah

cara mengawal gula dalam darah

cara mengawal gula dalam darah

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Vivix, boleh hubungi saya seperti maklumat berikut:

Nama: Zaleha @ Jaja

SID No.: 1227002

No Telefon / Whats App / Telegram: 011-3619 8300 (KLIK SEKARANG)

Facebook: Zaleha Mohamad Saidin

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge