cara mengecutkan fibroid

Cara Mengecutkan Fibroid, 5 Ikhtiar Sebelum Pembedahan

Risiko Fibroid

cara mengecutkan fibroid
Jenis-jenis Fibroid yang boleh terjadi

Cara Mengecutkan Fibroid | Fibroid adalah suatu yang ditakuti oleh semua wanita kerana ia boleh menjejaskan kesuburan. Jika ia berlaku ketika kehamilan pula, ada risiko untuk bayi dilahirkan tidak cukup umur atau bayi lemas di dalam rahim. Jika fibroid terus membesar pula, ia boleh menekan organ-organ lain di dalam badan seperti bladder yang memudaratkan organ tersebut nanti.

Fibroid mungkin dirawat secara pembedahan, tetapi ini bermakna rahim seseorang wanita perlu dibuang (kaedah hysterectomy). Ia pastinya sesuatu yang tidak menyenangkan buat seorang wanita.

Antara lain rawatan fibroid ialah embolization atau terapi hormon.

Mengapa Fibroid Semakin Membesar?

Punca fibroid tidak diketahui secara tepat, tetapi obes adalah salah satu risiko untuk terjadinya fibroid. Faktor yang lain ialah kerana kekurangan beberapa jenis nutrisi. Ada juga factor lain seperti keturunan di mana ada sejarah ahli keluarga yang pernah mengalami fibroid.

Sebab fibroid membesar pula dipercayai kerana ketidakseimbangan hormon estrogen dan progesterone dalam badan yang menggalakkan ketulan fibroid terus bertumbuh.

5 Cara Mengecutkan Fibroid

cara mengecutkan fibroid

Jika disahkan memiliki fibroid, adalah baik untuk diikhtiarkan cara mengecutkan fibroid sebelum doctor memaksa untuk melakukan pembedahan. Cuba 5 cara ini.

  1. Makan makanan yang sihat dan seimbang

Makan banyak sayur hijau, buahan segar, legume dan daging ikan. Ini dipanggil diet Mediterranean. Makanan jenis ini akan mengurangkan risiko fibroid. Sebaliknya, elakkan memakan daging merah dan lembu kerana ia meningkatkan risiko. Amalan pemakanan yang baik menjadi satu cara mengecutkan fibroid yang relevan kerana kita cuba mencukupkan nutrisi yang diperlukan badan dan mengelakkan makanan yang menggalakkan perkembangan fibroid itu sendiri.

  1. Seimbangkan hormon

Hormon yang dikaitkan dengan kejadian fibroid ialah paras estrogen yang tinggi. Antara yang boleh dilakukan untuk menyeimbangkan hormon supaya paras estrogen kekal normal untuk elakkan fibroid semakin membesar ialah:

  • Turunkan berat badan – sel lemak akan membuat lebih banyak estrogen, jadi kena kurangkan berat badan sekaligus lemak badan akan berkurang.
  • Elakkan bahan pengganggu hormon – ada bahan-bahan di sekitar kita yang boleh mengganggu keseimbangan hormone ini. Jadi, cuba elakkan daripada bahan-bahan tersebut iaitu seperti baja kimia, racun perosak, plastik seperti BPA, dye dan cat serta lain-lain.
  1. Kekalkan Tekanan Darah Yang Normal

Kajian menunjukkan kebanyakan wanita yang mempunyai fibroid juga mempunyai tekanan darah yang tinggi. Walaupun begitu, kajian lanjut masih perlu dijalankan. Tapi secara umum tekanan darah yang tinggi memanglah tidak baik untuk kesihatan kita bukan saja memberi risiko untuk fibroid semata.

Kekalkan tekanan darah yang normal sebagai cara mengecutkan fibroid dan elak risiko penyakit lain juga.

  • Kurangkan pengambilan garam
  • Kurangkan makanan diproses
  • Bersenam secara kerap
  • Berhenti merokok
  • Monitor tekanan darah
  • Makan ubat doktor dengan teratur jika anda seorang pesakit darah tinggi
  1. Pengambilan Vitamin D

Vitamin D boleh mengurangkan risiko fibroid sebanyak 32%. Ia biasanya boleh dihasilkan oleh badan kita apabila kulit terkena cahaya matahari pagi yang tidak terik. Ia boleh juga didapati daripada makanan yang kaya dengan sumber vitamin D seperti putih telur, hasil tenusu, produk bijirin, jus oren dan ikan seperti tuna dan salmon.

  1. Pengambilan Suplemen Mungkin Membantu

Nutrisi yang didapati daripada real food kita hari ini mungkin tidak lagi mencukupi kerana kesan kehilangan zat akibat penggunaan racun dan bahan kimia atau cara penyediaan makanan itu sendiri. Cara yang lebih konsisten untuk mendapatkan nutrisi yang cukup setiap hari mungkin ialah dengan pengambilan suplemen semulajadi yang sumbernya mestilah daripada real food yang bagus dan berkualiti juga.

Salah satu suplemen yang bagus ialah suplemen daripada jenama Shaklee yang telah mempelopori industry suplemen semulajadi selama 103 tahun.

Antara suplemen Shaklee yang boleh diamalkan untuk membantu mengecutkan fibroid ialah:

  1. Vivix – antioksidan yang bagus untuk memelihara kesihatan keseluruhan sel badan. Ia boleh menghalang perkembangan fibroid yang seterusnya berdasarkan khasiat polifenol di dalamnya.
  2. OsteMatrix – sumber Vitamin D yang bagus untuk mengurangkan risiko kejadian fibroid.
  3. GLA Complex – mempunyai khasiat Omega 3 dan Omega 6 yang bersifat anti-radang. Ia juga membantu untuk menyeimbangkan hormon estrogen dalam badan. Maka ia baik untuk mengecutkan fibroid tersebut.
cara mengecutkan fibroid
Klik Gambar untuk Info Lanjut

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang set vitamin Shaklee untuk fibroid ini boleh klik untuk membaca –> Vitamin Shaklee untuk Fibroid <–

Kesimpulan

Walaupun dikatakan fibroid akan mengecut sendiri apabila seseorang wanita itu memasuki fasa menapous, ikhtiar perlulah dilakukan lebih awal supaya tidak membawa kepada pembedahan atau membahayakan bayi di dalam kandungan. Lagipun takkan nak tunggu usia menopus baru nak berikhtiar kan?

Apabila pembedahan membuang fibroid dilakukan, ia masih boleh berulang selagi mana rahim tidak dibuang. Oleh itu, gaya hidup perlu diubah dan pemakanan sihat perlu dijaga untuk mengelakkan fibroid daripada berulang semula.

Pengambilan suplemen semestinya bukanlah ubat sebagai cara mengecutkan fibroid tetapi lebih kepada tambahan untuk menampung kekurangan nutrisi dalam badan seseorang supaya badan kekal sihat dan jauh dari risiko sakit seperti fibroid ini. Jika ingin mengamalkan suplemen, pastikan suplemen anda adalah dari sumber semulajadi ya seperti Set Kecutkan Fibroid Shaklee ini.

Diharap artikel ini membantu anda 🙂

 

Baca Selanjutnya: Vitamin Untuk Fibroid Daripada Shaklee Beserta Testimoni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge