produk untuk melicinkan kulit muka

Kami Tahu Cara Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Berkesan Kerana Kami Sudah Melakukannya!

Masalah jerawat sudah lama tiada, tapi kesan parutnya masih ada? Ini sememangnya tidak menyenangkan hati memandangkan parut jerawat tu jelas kelihatan di wajah. Jadi kita semua perlu cara menghilangkan parut jerawat dengan berkesan, betul tak?

Saya mahu kongsikan 3 cerita dari 3 gadis berbeza yang berjaya menghilangkan parut jerawat mereka dengan cukup berkesan. Teruja!

Cerita Pertama

cara menghilangkan parut jerawat
Foto Kredit: Facebook Liyana Redz

Tengoklah gambar sebelah kiri tu kalau nak banding sebelah kanan.. amboi flawlessnya! Bukan tu aje, kulit pun nampak lebih halus dan berseri ye.

Parut jerawat rupanya tak mustahil pun untuk hilang  😆

Cerita Kedua

cara menghilangkan parut jerawat
Foto Kredit: Facebook Bintu Bukhari

Kisah gadis kedua ni lebih menginspirasikan, sebabnya lihatlah perubahan yang cukup besar untuk masalah parut beliau. Wajah ‘selepas’ tu macam tak percaya pula pernah ada masalah parut dan kulit muka sebelum ni.

Cerita Ketiga

cara menghilangkan parut jerawat
Foto Kredit: Facebook Page Shaklee by syidaaziz

Gadis ini pun ada masalah jerawat dan parut juga. Tapi hasil akhir memang mengagumkan, muka semakin flawless dan cerah berseri nampaknya. Bestnya bila parut semakin hilang!

Rahsia di Sebalik Cara Menghilangkan Parut Jerawat Yang Berkesan

produk untuk melicinkan kulit muka

Pertama-tamanya, cuba bayangkan kalau wajah kita ni flawless tanpa sikit pun parut jerawat? Huii mesti  gembira yang amat kan hehe.

Tapi as we all know, tak mudah sebenarnya nak hilangkan parut jerawat ni.. jadi 3 kisah benar di atas sangat menginspirasikan.

Anyway, biar betul?

Apa rahsia mereka ni?

Parut Jerawat Dan Kata Kunci Untuk Menghilangkannya

Penting untuk tahu tentang kejadian parut jerawat ni dan baru boleh faham macam mana ia dapat dihilangkan tau. Ada beberapa kata kunci yang perlu difahami:

(1) Punca Parut

Healthline menyatakan, semakin besar atau teruk sesuatu jerawat tu terjadi maka parut yang terhasil pun teruk juga. Dan of course susah nak hilang.

Jadi cepat atau lambat masa untuk menghilangkan parut jerawat tu sebenarnya bergantung kepada jenis jerawat lah. Makna kata kalau parut tu disebabkan jerawat kecil dan biasa-biasa je, ia akan lebih cepat hilang berbanding kesan parut akibat jerawat batu. 

Alahai banyak bersabar ya kalau nak hilangkan parut jerawat degil tu.

(2) Penghasilan Kolagen

Bila kulit breakouts, ia akan merosakkan sel-sel kulit di sekitarnya. Akan ada jaringan protein dibina pada bahagian ni untuk membaiki semula struktur kulit yang terbuka dan rosak tu. Tujuannya supaya tiada jangkitan bakteria yang boleh menyerang badan melalui struktur kulit yang terdedah tadi. Jaringan protein ni membeku dan akhirnya jadilah keruping. Bila keruping tertanggal, itu yang meninggalkan kesan parut pada kulit.

Semasa proses pemulihan struktur kulit tadi, kolagen sangat memainkan peranan sebenarnya. Dengan adanya kolagen, pemulihan kulit jadi cepat. Bila pemulihan kulit cepat, ia akan meninggalkan parut yang kurang ketara berbanding struktur kulit di sekitarnya. Tapi andainya badan kita kurang menghasilkan kolagen semasa penyembuhan ini, masa sembuh lebih lama dan parut yang terhasil akan kelihatan ketara.

(3) Pendedahan pada Cahaya Matahari

Nak elak parut jerawat menjadi hitam? Ini taboonya – cahaya matahari!

Pendedahan parut sedia ada pada cahaya matahari boleh buatkan ia jadi hitam tau. Kalau dah hitam ni alamatnya memang tona tak sekata dan parut memang lagi susahlah nak pudar.

So, make sure mesti pakai pelindung suria masa keluar rumah kalau anda taknak parut jerawat sedia ada tu jadi hitam okay.

Vitamin Untuk Parut Jerawat

Jadi biar saya perkenalkan vitamin untuk menghilangkan parut jerawat yang ada dalam rangkaian produk Shaklee. Nak harapkan pemakanan hari-hari memang boleh you all tapi kesan mungkin lebih lambat sebab kita tak tahu kuantiti yang perlu diambil selain susah nak konsisten nanti.

cara menghilangkan parut jerawat

Cara menghilangkan parut jerawat dengan amalkan vitamin Shaklee ni memang akan berkesan macam kisah 3 gadis di atas kalau korang konsisten dan amalkan dengan cara yang betul tau insyaAllah. Dah Ada bukti pun kan..

Okay ini dia vitamin untuk hilangkan parut dari suplemen Shaklee ye.

1. Collagen Powder

Ini sumber kolagen yang cepat. Kulit kita memang perlu kolagen supaya boleh pudarkan parut jerawat dengan cepat. Nak hasil yang cepat untuk pudarkan parut kita tu? Collagen Powder ni item wajib ambil!

Tips: Masalah parut jerawat berlubang paling digalakkan untuk amal Collagen Powder Shaklee ni supaya struktur kulit akan rata dan menutup lubang-lubang parut dengan berkesan dan cepat.

Boleh tengok testimoni pengguna Collagen Powder di sini.

2. ESP

ESP adalah minuman protein dari soya. Selain rendah lemak dan kurang kolesterol, ESP juga menjadi sumber tenaga yang berpanjangan untuk badan kerana nilai indeks glisemiknya yang rendah.

Untuk hal cara hilangkan parut jerawat pula, ESP memberi bekalan protein mencukupi untuk kulit menggantikan sel kulit lama yang berparut tadi dengan sel kulit baru yang muda dan cantik. Sebab tu pengambilan ESP yang konsisten akan berjaya bantu hilangkan parut.

3. Sustained Released Vita C Plus

Vitamin C memang tidak asing lagi untuk kecantikan kulit. Untuk tujuan menghilangkan parut, vitamin C bertindak mencerahkan kulit supaya kulit nampak bermaya dan naik seri (glowing). Kebaikan apabila kulit menjadi cerah ni ialah parut jerawat pun turut sama pudar. Tona kulit jadi makin sekata.

4. Vita-E Complex

Vitamin E pula membantu dalam mengurangkan kesan parut. Selain tinggi dengan anti-oksida yang memelihara kesihatan kulit termasuk mencegah dari bakteria, viitamin E akan melembutkan parut supaya mudah untuk pudar. Penampilan kulit juga lebih lembab dan berseri dengan pengambilan vitamin ini.

Harga pakej semua vitamin dan suplemen untuk hilangkan parut jerawat ini ialah RM723 termasuk postage ke seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

u/p: Korang boleh dapatkan harga promosi yang lebih jimat dan berbaloi untuk set ini dengan menghubungi saya. Saya akan bagitau anda caranya!

Amacam, dah tengok bukti cara menghilangkan parut jerawat dengan vitamin Shaklee kan? Haa kalau korang memang ada masalah parut, boleh lah cuba vitamin-vitamin yang saya bagitau ni.

Wajah bebas parut jerawat? Itu memang idaman semua!

Segera hubungi saya (011-3619 8300) untuk belian sekarang. Ingat, fast action fast result. Lagi cepat korang bertindak, lagi cepat parut tu pergi, yahoo! 🤗

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge