Cara Menghilangkan Pedih Ulu Hati Yang Kerap Berulang

Kerap sendawa, mulut rasa penuh seperti kenyang, sakit di bawah tulang dada serta rasa terbakar dan kepanasan di dalam tekak adalah antara gejala pedih ulu hati. Mengikut portal MyHealth KKM, ia adalah normal. Namun, andai kejadian pedih ulu hati tersebut berlaku secara berulang-ulang, awas! Ia boleh menjadi petanda kepada masalah GERD, iaitu berlaku refluks asid dari perut menuju ke saluran esofagus.

cara menghilangkan pedih ulu hati
Pedih ulu hati jika kerap berulang menjadi petanda awal kepada penyakit GERD

Dalam artikel kali ini, kami ingin berkongsi cara menghilangkan pedih ulu hati yang berulang. Ia sesuai untuk bacaan mereka yang kerap mengalami pedih ulu hati terutama selepas mengambil makanan berat.

Ada beberapa penyebab berlaku pedih ulu hati (Rujukan: Gaviscon), iaitu:

  1. Tabiat makan seperti makan dengan kuantiti yang banyak, tidur atau berbaring sejurus selepas makan dan makan dengan keadaan tergesa-gesa.
  2. Memakan makanan tertentu yang menggalakkan kejadian pedih ulu hati iaitu yang berasid, berlemak dan pedas.
  3. Meminum minuman berkafein, berkarbonat dan beralkohol yang meningkatkan tekanan dalam perut seterusnya menggalakkan refluks asid.
  4. Faktor-faktor lain seperti ketidakseimbangan hormon semasa hamil bagi wanita, kesan pengambilan ubatan tertentu dan stres.

Oleh kerana refluks asid adalah punca kepada masalah pedih ulu hati, anda boleh melakukan beberapa perkara ini untuk mengurangkan masalah pedih ulu hati tersebut.

  • Tidak makan tergesa-gesa dan dalam kuantiti yang banyak dan melampau sekaligus.
  • Elakkan makanan yang berlemak, pedas dan berasid.
  • Berhenti minum alkohol, minuman berkarbonat dan berkafein.
  • Membanyakkan makanan yang kaya zat kalsium dan magnesium untuk meneutralkan asid perut yang naik ke esofagus.
  • Memilih karbohidrat kompleks dan makanan yang mempunyai indeks glisemik rendah sebagai rutin harian. Ia dapat membantu menstabil dan mengurangkan rembesan asid yang banyak dalam perut yang membawa kepada refluks.

Makanan Tambahan Sebagai Pelengkap Cara Menghilangkan Pedih Ulu Hati

Makanan tambahan adalah suatu alternatif yang baik untuk mendapatkan nutrisi tertentu secara terus dan berkesan. Oleh itu, kami ingin mencadangkan makanan tambahan yang bagus untuk diamalkan sebagai cara menghilangkan pedih ulu hati.

cara menghilangkan pedih ulu hati

Kebaikan 2 item makanan tambahan ini iaitu ESP dan OsteMatrix  dalam masalah pedih ulu hati ialah:

  • Membekalkan sumber kalsium dan magnesium
  • Membekalkan protein yang rendah indeks glisemik
  • Sebagai antasid semulajadi untuk meneutralkan refluks asid
  • Memberi rasa kenyang yang lebih lama supaya perut tidak kosong
  • Melegakan keadaan perut yang sebu akibat angin

Benarkah makanan tambahan ini dapat membantu? Sama-sama kita baca pengalaman-pengalaman mereka yang sudah mencubanya di bawah ini.

Pengguna 1:

“Tiap-tiap tahun suami saya bila tibanya bulan puasa akan mengalami pedih ulu hati. Tapi tahun ini, Alhamdulillah tiada masalah pedih ulu hati. Hari raya pun boleh makan macam-macam..”

Puan Nurulazim Zulkarnain

cara menghilangkan pedih ulu hati

Pengguna 2:

“Sebelum ini saya tak boleh makan pedas-pedas sebab mesti akan pedih ulu hati dan terpaksa ambil Gaviscon. Sejak amalkan ESP, masalah pedih ulu hati sudah tiada lagi.”

Puan Siti Shahura

Pengguna 3:

“Alhamdulillah, Kak Ros dapat rasa perubahan yang sangat ketara. Kak Ros rasa sangat selesa, dah tiada kembung perut dan kurang rasa pedih ulu hati. Tapi Kak Ros masih berpantang makan.

Mengikut sejarahnya, masalah pedih ulu hati (Gerd) ni dah setahun Kak Ros hadapi sehingga jadi agak kronik sejak kebelakangan ni.. sebab itu Kak Ros buat rawatan dan makan ubat-ubat hospital.”

Kak Ros, 62 tahun

(Selain ESP dan OsteMatrix, Kak Ros juga menambah Vivix dan Peppermint Ginger Plus sebagai ikhtiar untuk masalah beliau)

cara menghilangkan pedih ulu hati

Bagi yang berminat untuk mendapatkan set makanan tambahan ini sebagai cara menghilangkan pedih ulu hati yang lebih berkesan dan cepat secara semulajadi, bolehlah hubungi kami di talian 011-3619 8300 (Zaleha) untuk sebarang pertanyaan dan belian.

Diharap perkongsian artikel kami kali ini dapat memberi serba-sedikit input dan tips kepada anda yang mengalami masalah pedih ulu hati. Harapan kami semoga anda berikhtiar secepat mungkin supaya sakit ulu hati anda tidak berlanjutan dan menjadi semakin serius.

Salam sihat-sihat selalu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge