cara menyimpan suplemen

Ketahui Cara Menyimpan Suplemen Anda Dengan Baik Supaya Kualitinya Kekal

Kepentingan Menyimpan Suplemen Dengan Baik

Cara menyimpan suplemen sebenarnya akan mempengaruhi kualiti dan keberkesanan yang kita makan tau. Sebab tu kalau anda seorang yang amalkan suplemen, please ambil berat tentang cara menyimpan suplemen dengan betul ya. Kalau tidak alamatnya bukan je suplemen kita rosak dan tak tahan lama, malah tak berkesan pula. Buat rugi aje kita makan hari-hari kan πŸ™‚

cara menyimpan suplemen

Cara Menyimpan Suplemen Yang Betul

Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana cara menyimpan suplemen dengan betul? Nak masuk dalam peti aiskah atau biar sahaja di luar kan? Kali ini saya kongsikan kepada anda cara menyimpan suplemen yang betul supaya kualiti suplemen anda lebih terjamin.

1. Baca Label

Yang ini penting. Biasanya suplemen ada label padanya tentang cara menyimpan yang betul dan sesuai. Sebab tu bila beli suplemen dan vitamin, pastikan kita baca labelnya. Ada suplemen yang patut simpan pada suhu bilik, ada yang patut simpan di dalam peti sejuk dan lain-lain. Baca label ya.

Contoh suplemen dari Shaklee yang namanya Vivix, memang perlu disimpan sejuk. Jadi bila dah buka untuk makan, mesti simpan ia di dalam peti ais untuk kekalkan kesegaran dan khasiatnya. Tapi bagaimana kalau nak travel yang memerlukan kita bawa Vivix ke mana-mana kan? Untuk tujuan ini, Shaklee ada keluarkan satu Cooler Bag yang boleh menyimpan Vivix semasa mahu travel. Trendy kan  😎

2. Lindungi daripada Cahaya dan Kelembapan

Untuk kebaikan yang optimum, cara menyimpan suplemen Shaklee adalah simpan di bawah suhu 30 C dan lindungi ia dari haba dan kelembapan yang tinggi. Senang kata, biar keadaan sedang-sedang saja.

Menyimpan suplemen atau vitamin di tempat yang terlalu panas ataus berkelembapan tinggi boleh mengurangakan jangka hayat dan keberkesanan produk tersebut. Rugilah kan!

  • Kekal Kering

Antara tempat yang sesuai menyimpan suplemen ialah di bilik tidur kita. Suasana di dalam bilik tidur tidak terlalu panas dan lembap. Walaupun di bilik tidur, pastikan untuk meletak suplemen jauh daripada tingkap supaya tidak terdedah kepada pancaram matahari.

  • Elak Kelembapan Tinggi

Untuk penyimpanan suplemen jangka panjang, boleh saja masukkan ia ke dalam peti ais. Tapi hati-hati jika masukkan ke dalam peti ais kerana jika botol suplemen tidak ditutup rapat, ia boleh mengumpul lembapan kerana berlakunya kondensasi dalam suhu sejuk. Ketatkan penutup botol suplemen anda ya.

  • Elak Suhu Tinggi

Satu perkara yang jelas, elakkan suplemen kita terkena pancaran matahari. Elakkan juga meletak botol suplemen dekat dengan sumber haba, seperti di kawasan dapur atau berdekatan oven. Menyimpan suplemen di dalam kereta juga tidak bagus kerana suhu dalam kereta boleh mencecah sehingga 70 C. Ia akan mengurangkan kualiti suplemen kita dengan sangat pantas.

  • Guna Bekas Kedap Udara

Botol atau packaging suplemen biasanya sudah direka supaya kedap udara untuk memastikan suplemen terpelihara dari lembapan. Oleh itu tugas kita ialah sentiasa pastikan kita menutup botol dengan baik dan ketat. Jangan pindah suplemen kita ke dalam bekas lain sekiranya tidak perlu. Kalau perlu pindahkan pun, pastikan pilih bekas yang kedap udara juga.

  • Guna Bekas Berasingan

Kalau suplemen cecair macam Vivix ada Cooler Bag untuk dibawa travel, suplemen jenis tablet atau kapsul pun perlu ada bekasnya yang sesuai. Untuk tujuan travel, biasanya kita akan guna pill box sebab mudah boleh masukkan beberapa jenis suplemen sekaligus dalam bekas yang sama.

Untuk pill box, pastikan kita pilih pill box yang kedap udara. Pilih yang ada banyak compartment juga kalau kita mengambil pelbagai jenis suplemen yang berlainan. Elak mencampur tablet dan kapsul yang berlainan jenis sebab interaksi kimia antara suplemen boleh berlaku.

Cadangan Cara Menyimpan Suplemen Shaklee

Untuk pelanggan suplemen Shaklee, anda bertuah kerana Shaklee ada menjual item merchandise yang sesuai sebagai cara menyimpan suplemen dengan baik. Bekas untuk penyediaan suplemen pun ada juga seperti tumbler dan shaker.

  1. Cooler Bag
  2. Pill Box
  3. Multi Stack Dispenser
  4. Clipfresh Pill Box with Keychain
  5. Shaklee Shaker
  6. Multi Function Tumbler

cara menyimpan suplemen

cara menyimpan suplemen

Merchandise Shaklee Yang Eksklusif Untuk Ahli

Bagi anda yang ingin mendapatkan item merchandise daripada Shaklee, bolehlah hubungi saya untuk tempahan ya. Tiada syarat Purchase With Purchase (PWP) untuk semua item di atas, tetapi item ini hanya khas untuk AHLI SHAKLEE sahaja.

Anda mahu juga? Tapi bukan ahli Shaklee? Jemputlah jadi ahli dulu, mari saya bantu anda πŸ˜‰

 

Baca Selanjutnya: Cara Daftar Ahli Shaklee Secara Online

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge