cara merawat penyakit kaki tangan dan mulut

Cara Merawat Penyakit Kaki Tangan dan Mulut (HFMD) Dari Rumah

Apa itu HFMD

HFMD atau penyakit kaki tangan dan mulut adalah satu penyakit akibat serangan virus jenis heterovirus, sama ada Coxsackievirus A16 atau enterovirus A71; iaitu jenis virus yang merebak melalui lendir dari saluran pernafasan dan pemakanan manusia. Jadi, ia biasa boleh dijangkiti apabila kulit secara langsung terdedah dengan cecair, air liur atau air bisa dari ruam orang yang telah dijangkiti. Cara merawat penyakit kaki tangan dan mulut pada masa ini ialah dengan segera merujuk doktor. Biasanya doktor akan beri krim sapuan untuk ruam. HFMD akan mengambil masa dan pulih dengan sendirinya selepas beberapa ketika.

cara merawat penyakit kaki tangan dan mulut

Sejauh Mana Bahayanya HFMD

Dipetik dari laman MMGazette:

Coxsackievirus A16 selalunya meyebabkan penyakit HFMD yang mudah untuk sembuh dengan sendirinya tanpa sebarang komplikasi. Manakala virus Enterovirus A71 selalunya akan menyebabkan kesan jangkitan yang agak teruk seperti demam yang lebih tinggi dan berlarutan serta keadaan badan yang lemah. Ia juga boleh menyebabkan kawasan ruam yang lebih luas dan banyak. Kuman ini juga boleh merebak kepada paru-paru, jantung dan otak yang mana akhirnya boleh membawa kepada kegagalan organ untuk berfungsi dengan baik. Ini seterusnya akan mengakibatkan kematian.

Petua Cara Merawat Penyakit Kaki Tangan dan Mulut

1. Jaga Kebersihan Rumah dan Persekitaran

Faktor kebersihan kena dititikberatkan oleh kerana tempat yang kotor mudah menjadi tempat membiaknya bakteria dan virus.

Ada banyak produk antiseptik di pasaran yang boleh diamalkan contohnya seperti pencuci tangan membasmi kuman seperti Dettol dan AntaBax.

Selain itu, amalkan gaya hidup bersih juga seperti mencuci bahan mentah makanan dengan bersih, membasuh tangan selepas ke tandas, menutup hidung dan mulut semasa bersin, tidak meludah sesuka hati dan lain-lain.

2. Galakkan Anak Anda Makan

Hilang selera makan adalah biasa semasa penyakit ini kerana mulut anak dipenuhi dengan ulser yang bukan sedikit bilangannya.

Nak paksa anak makan memang susah. Tetapi ibubapa boleh ikhtiarkan memberi makanan yang kurang menyakitkan mereka semasa makan seperti aiskrim vanilla, air kelapa, bubur dan lain-lain.

Pastikan mereka tetap makan dan minum dengan baik setiap hari supaya proses penyembuhan akan lebih cepat. Sedar atau tidak, ini adalah cara merawat penyakit kaki tangan dan mulut yang boleh dibuat di rumah, sepanjang masa.

3. Kuatkan Antibodi

Demam dan ruam kesan daripada antibodi semulajadi badan yang sedang melawan jangkitan virus HFMD. Ia mengambil masa untuk sembuh supaya badan benar-benar bebas dari serangan.

Ibubapa boleh ambil inisiatif mempercepatkan proses penyembuhan ini dengan cara meningkatkan antibodi anak. Pemberian vitamin C sebagai sokongan cara merawat penyakit kaki tangan dan mulut antara yang boleh dibuat.

4. Dapatkan Ubat / Krim

Apabila didiagnos HFMD, doktor biasanya akan beri ubat atau krim. Pastikan apa yang dibekalkan oleh doktor diambil dengan teratur mengikut waktunya. Jangan culas supaya sakit anak tidak melarat ya.

5. Sentiasa Peka

Ada kes yang anak-anak HFMD perlu ditahan di wad apabila memerlukan perhatian yang serius dari komuniti perubatan. Jadi, jika anak kita tidak perlu ditahan di wad cukup sekadar di rumah, anda perlu juga peka dengan sakit mereka.

Jika keadaan semakin teruk, rujuklah ke klinik dengan segera. Lihat jika suhu demam mereka tidak turun, ruam semakin banyak, atau anak-anak langsung tidak mahu makan, maka anda harus peka dan segera bertindak.

Cadangan Produk Shaklee untuk HFMD

cara merawat penyakit kaki tangan dan mulut

1. Herbal Blend

Krim herba Shaklee adalah antara item wajib ada untuk kegunaan seisi keluarga. Gejala HFMD antaranya adalah ruam yang muncul di kaki, tangan dan mulut. Untuk legakan ruam ni ataupun nak elak ruam baru dari naik, elok sangat sapu krim ni dengan kerap. Jangan risau sebab ia tak panas pun untuk kegunaan bayi dan kanak-kanak. Kandungannya organik dan ada herba yang sejuk dan menenangkan kulit.

Memang ramai kaum ibu yang cukup berpuashati dengan krim ni seperti kisah ini:

cara merawat penyakit kaki tangan dan mulut
Herbal Blend yang sesuai untuk kegunaan anak kecil dan bayi

2. Basic H2

Ia adalah pencuci organik yang selamat dan sangat baik kuasa membersihnya.

cara merawat penyakit kaki tangan dan mulut
Pencuci Organik Basic H2 yang banyak kegunaannya

Bila musim HFMD, semua ibubapa kena pelihara kebersihan di rumah ya. Salah satu cara, gunalah pembersih organik macam keluaran Shaklee ni. Selain membersih, ia selamat untuk anak-anak kita juga.

3. NutriFeron

Kes kematian pertama HFMD 2018 yang dilapor di Pulau Pinang yang melibatkan bayi 17 bulan adalah kerana komplikasi pada paru-parunya akibat serangan virus.

Seperti yang diketahui, penyakit kaki tangan dan mulut adalah akibat virus. Ia memang akan sembuh sendiri selepas beberapa ketika. Tapi apa yang kita sebagai ibubapa takuti ialah jika gejala demam, ruam dan ulser yang tak berkurang. Sebab utama sebegini adalah kerana faktor sistem imun badan yang tidak kuat melawan serangan virus HFMD.

Apa yang boleh ibubapa buat?

Ya, selain rujuk ke doktor boleh beri NutriFeron ini kepada anak atau sesiapa yang dijangkiti.

cara merawat penyakit kaki tangan dan mulut
NutriFeron membantu meningkatkan antibodi badan melawan virus

NutriFeron membantu untuk meningkatkan imun badan anak. Oleh itu, serangan virus akan lebih cepat ditangani.

4. Performance Drink

Ulser yang banyak terjadi dalam mulut anak-anak memang akan bantutkan selera makan dan minum mereka. Apa yang jadi selepas itu ialah masalah dehidrasi, iaitu kehilangan air dalam badan yang melampau. Ia boleh sebabkan kerosakan organ-organ dalaman.

Sebab tu nak tak nak pastikan anak-anak kita mahu makan dan minum walaupun terkena HFMD.

Satu cara untuk membantu ialah beri air Performance Drink ini kepada mereka. Bancuh sejuk-sejuk supaya kurang rasa sakit ulser di mulut semasa hendak minum.

Performance Drink ialah minuman tenaga, dalam masa yang sama ialah cecair elektrolit yang baik untuk mengekalkan cecair dalam badan supaya tidak terhidrat.

cara merawat penyakit kaki tangan mulut
Performance Drink mengelakkan dehidrasi

Ia tiada gula, pewarna dan perasa tiruan. Maka sangatlah baik untuk kesihatan anak dan dewasa.

5. Meal Shakes

Jika Performance Drink untuk elak badan terhidrat, Meal Shakes pula umpama makanan instant yang berkhasiat untuk anak-anak yang memang tiada selera makan semasa serangan HFMD ni.

Meal Shakes membantu mencepatkan proses pemulihan HFMD

Satu gelas Meal Shakes akan memberi zat lengkap iaitu sumber protein serta 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Pentingnya memelihara kesihatan anak-anak ialah supaya mereka cepat kebah dari demam dan cepat pulih dari HFMD.

Bagi ibu-ibu yang ingin mendapatkan set atau mana-mana item cadangan di atas, boleh sahaja hubungi saya selaku Pengedar Shaklee (ID 1227002), di talian 011-36198300 atau terus whatsapp saya. InsyaAllah, saya akan membantu pembelian anda beserta konsultasi.

Kesimpulan

Walaupun HFMD boleh sembuh sendiri, tempoh semasa mahu pulih itu adalah detik yang sangat perlu diberi perhatian. Jika ibubapa tidak peka dalam cara merawat penyakit kaki tangan dan mulut ini dengan teliti semasa tempoh tersebut, kesan buruk mungkin saja berlaku akibat suhu demam yang tak terkawal, dehidrasi yang melampau atau jangkitan kepada anak yang lain pula. Jadi, pastikan ibubapa sentiasa peka ya 😉

 

Rujukan:

1. The Malaysian Medical Gazette
2. Berita Astro Awani
3. Dr. Latif Saad

 

Baca Selanjutnya: Review Produk Untuk Kulit Bayi Sensitif Jenama Shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge