cara penjagaan kulit wajah

Tips Cantik | Jenis Kulit dan Cara Penjagaan Kulit Wajah

Jenis Kulit dan Cara Penjagaan Kulit Wajah

Anda tahu jenis kulit anda jenis yang mana? Kalau anda tahu jenis kulit anda, maka cara penjagaan kulit wajah akan lebih mudah. Setiap jenis kulit ada cara penjagaan yang berbeza-beza. Kalau silap cara kita menjaga atau memilih produk jagaan kulit, maka boleh jadi masalah lain pula seperti jerawat, jeragat dan lain-lain.

Jadi di sini, saya ingin berkongsi 5 jenis kulit wajah kita. Cuba anda perhatikan seketika anda jenis kulit yang mana?

 cara penjagaan kulit wajah

5 Jenis Kulit Wajah

1. Kulit Normal

Orang berkulit normal, kulitnya tidak terlalu kering dan tidaklah terlalu berminyak. Sedang-sedang aje. Biasanya orang berkulit normal paling kurang masalah kulit sebab komposisi kulit mereka sangat seimbang.

  • Tiada atau kurang cela
  • Tidak sensitif yang kronik
  • Liang pori yang kecil atau langsung tidak kelihatan
  • Wajah nampak sihat berseri

Cara Penjagaan Kulit Wajah Normal

Jenis kulit ini paling senang dijaga! Skincare apa pun kebanyakannya sesuai dan serasi saja.

Tiada isu sensitif atau mudah breakout.

Untunglah mereka yang berkulit normal tu  😆 

2. Kulit Berminyak

Pori besar untuk orang dengan kulit jenis berminyak. Muka nampak berkilat dan kusam. Jerawat, blackhead dan cela lain mudah nak singgah.

Jadi, kalau jenis kulit berminyak ni extra care sedikit sebab ia mudah melekat kotoran penyebab cela macam jerawat.

Kesan berminyak makin ketara bila ada gangguan hormon, sedang stress atau terdedah dengan cuaca panas. Penjagaan kena lebih teliti.

Cara Penjagaan Kulit Wajah Berminyak

1. Cuci muka minima 2 kali sehari atau selepas berpeluh kuat.
2. Cuci muka dengan lembut tanpa menggosok kuat.
3. Jangan picit atau sentuh jerawat, jika tidak ia makin lambat sembuh.
4. Pilih skincare jenis non-comedogenic supaya ia tak menyumbat liang pori. Penyumbatan liang pori boleh menyebabkan masalah jerawat pula nanti.

3. Kulit Kombinasi

Jenis kulit kombinasi, kering ada, normal pun ada, berminyak pun ada. Kalau di muka, kulit di zon T (dahi, hidung, dagu) biasanya berminyak. Kawasan lain ada yang kering tapi ada juga yang normal.

  • Liang pori besar, sebab ia terbuka
  • Lebih berisiko jadi blackhead pada kulit
  • Kulit kelihatan berkilat, sebab ada minyak

4. Kulit Kering

Jenis kulit kering pula, penampilan nampak kurang bermaya, kusam dan kasar.

Garis kulit juga jelas kelihatan selain kulit jadi tak elastik sebab kurang lembapan.

Kulit jenis ni boleh retak atau berkuping, contohnya kalau kita tengok pada tumit kaki atau hujng siku kita tu. Gatal pun senang jadi bila kulit kering ni.

Kesan kulit kering boleh jadi lebih ketara kalau kita terdedah pada faktor-faktor yang menggalakkannya.

  • Genetik
  • Penuaan atau perubahan hormon
  • Sinaran UV
  • Suasana panas di dalam bangunan
  • Cuaca panas dan kering
  • Mandi dengan air panas dalam tempoh lama
  • Ubatan
  • Bahan kimia dalam produk mandian

Cara Penjagaan Kulit Wajah Kering

  1. Jangan mandi terlalu lama, nanti kulit semakin kering.
  2. Gunakan sabun dan pencuci yang lembut sifatnya.
  3. Jangan menggosok kuat semasa mandi atau mencuci muka.
  4. Gunakan pelembap selepas mandi. Krim dan losyen juga boleh supaya kulit kekal terhidrat sepanjang hari.
  5. Gunakan sarung tangan untuk menguruskan detergen.
  6. Gunakan pelindung UV A dan B
  7. Gunakan pelembap kulit
  8. Elakkan sinaran matahari secara terus. Pakai topi, cermin mata gelap dan lain-lain.
  9. Jangan merokok.
  10. Banyakkan minum air.
  11. Pilih produk jagaan kulit yang bersifat lembut dan sesuai.

5. Kulit Sensitif

Bagi jenis kulit ni, ada bahan yang kulit mereka alah. Orang kulit sensistif memang kena peka dengan bahan-bahan yang contact dengan kulit mereka, sebab susah untuk serasi.

Kulit sensitif biasanya akan jadi merah-merah, gatal, pedih dan kering akibat bahan-bahan tertentu. Jadi, pemilihan produk kulit yang sesuai sangatlah penting. Kena berhati-hati memilih produk.

Faktor Jenis Kulit

 

Sebenarnya jenis kulit boleh berubah-ubah. 3 faktor yang mempengaruhi perubahan ini ialah:

  1. Berapa banyak kandungan air dalam kulit kita. Yang ini akan beri kesan pada sifat elastik kulit.
  2. Jumlah minyak pada kulit, ia akan menentukan tahap kelembutan kulit.
  3. Betapa sensitif kulit kita.

Jadi, kalau kita jenis kulit kering pastikan kita minum air yang banyak untuk kekal terhidrat. Penghasilan kolagen dalam badan juga sangat membantu untuk memberi lembapan pada kulit. Untuk jenis kulit berminyak pula, cuba elakkan penghasilan minyak yang banyak pada kulit. Selain cuaca, ini juga boleh dicapai melalui kestabilan hormon badan kita. Hindarilah stress!

 

So, anda jenis kulit yang mana?  😎

 

Rujukan: WebMD – Skin Types and Care

>> Baca Selanjutnya: Testimoni Collagen Powder untuk Kulit Halus Berseri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge