fungsi collagen powder shaklee 4

Fungsi Collagen Powder Shaklee – Bonus Awet Muda

Fungsi Collagen Powder Shaklee

Kepentingan Kolagen

Sebelum pergi kepada fungsi Collagen Powder Shaklee, haruslah tahu apa kepentingan kolagen dalam badan kita. Dan kenapa perlunya ambil suplemen kolagen ni? Teruskan membaca.

Mengikut laman portal myHealth, kolagen ni adalah sejenis protein yang ada dalam badan kita, sebanyak 2/3 daripada keseluruhan badan kita. Ia ada dalam struktur kulit, otot, tulang dan salur darah. Fungsi kolagen ni ada 2:

  1. Ia memberi struktur kepada kulit dengan satu protein lagi dipanggil elastin. Maksudnya kolagen akan membuatkan kulit kita lembut dan anjal. Licin mulus gitu.
  2. Jika dalam tulang, sebenarnya tulang tu sendiri terdiri daripada gabungan kolagen dan satu bahan mineral yang dipanggil hidroxyapatite yang memberikan struktur, fleksibiliti dan kekuatan pada tulang.
  3. Kolagen yang membentuk otot pula menyumbang kepada struktur dan kekuatan otot untuk untuk bergerak dan berfungsi.
  4. Kolagen memberi struktur, kekuatan dan fleksibiliti kepada salur darah untuk menjalankan fungsinya.

Kesan Kekurangan Kolagen

Boleh ke kolagen dalam badan kita berkurang? Ya, memang boleh. Factor utama adalah penuaan. Cuba bandingkan penampilan wajah bayi, kanak-kanak, orang dewasa dan orang tua. Ada perbezaan kan. Kulit bayi sangat lembut, licin dan anjal. Tapi bila semakin meningkat dewasa, kulit wajah semakin berkedut, kasar dan kurang keanjalan. Inilah antara kesan kekurangan kolagen.

  • Kulit berkedut, kering dan melayut
  • Kuku rapuh dan tidak kukuh
  • Rambut halus dan gugur

Lagi, oleh kerana kolagen membentuk 90% protein matriks tulang-tulang dan 2/3 dewasa tulang rawan artikular, tulang-tulang boleh menjadi lemah dan kaku sendi akibat kekurangan kolagen. Kalau makcik-makcik di surau dan masjid yang mengeluh sakit lutut tu, salah satunya adalah disebabkan kolagen yang sudah berkurang dalam badan.

Fungsi Collagen Powder Shaklee

fungsi collagen powder shaklee 4

Collagen Powder Shaklee adalah produk suplemen kolagen yang diperbuat daripada sisik ikan merah. Ikan merah ni hidup jauh di dasar laut, jadi ia jauh daripada sumber pencemaran. Dan kenapa sisiknya? Ini kerana sisik ikan merah mengandungi banyak kandungan kolagen berkualiti tinggi.

Fungsi Collagen Powder Shaklee ialah:

  1. Mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan
  2. Melembapkan kulit bagi mengurangi rasa kering san berkupas pada muka
  3. Meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan
  4. Meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit
  5. Menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan bersinar
  6. mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit
  7. Membantu menegang dan menganjalkan payudara

Berkesan ke?

Dalam tempoh penggunaan selama 8 minggu, fungsi Collagen Powder Shaklee memang ternyata berkesan. Lihat keputusan di bawah. Ia dapat melembapkan kulit sehingga 90%. Seri wajah pun meningkat sehingga 50%!

fungsi collagen powder shaklee 4

Keistimewaan  Bahan-bahan Lain dalam Collagen Powder Shaklee

Selain sisik ikan merah sebagai sumber kolagen, ada lagi 6 bahan lain sebagai campuran. Semuanya ada kebaikan masing-masing untuk melengkapkan fungsi Collagen Powder Shaklee.

  1. Antioksida pelindung dari radikel bebas
  2. Penggalak kolagen semulajadi dalam badan
  3. Agen Pelembap
  4. Pelincir
  5. Elastin
  6. Bakteria baik

fungsi collagen powder shaklee 4

Info lain

Collagen Powder ni halal ke? Ya, ia diiktiraf halal oleh badan yang dipercayai JAKIM. Boleh semak sijil halal di sini.

Oleh kerana Collagen Powder  Shaklee ni cuma makanan tambahan dan bukannya vitamin, ia tidak perlu mendapat kelulusan KKM.

Sekotak ada 15 sachet, boleh bertahan selama 1 bulan. Jadi kalau nak guna dalam tempoh 8 minggu supaya dapat hasil yang bagus macam graf di atas eloklah rembat 2 kotak sekaligus.  🙂

Harga sekotak Collagen Powder ialah RM 315.88. Kalau nak lebih jimat, jemput jadi Ahli Shaklee dulu supaya boleh nikmati harga lebih murah 15 ke 25%. Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. InsyaAllah ada sesuatu yang istimewa untuk anda  😆

 

P/S: Nak lagi best? Dapatkanlah Collagen Powder dengan harga potongan 10%! Masa terhad, hanya di bulan Februari 2018 sahaja ya. Klik sekarang Promosi Terkini Shaklee – Collagen Powder  😎

 

 

Baca lagi: Set Jeragat Shaklee | Jerawat Dari Dalam Dengan Berkesan

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge