fungsi suplemen protein

Fungsi Suplemen Protein – Adakah Saya Perlukannya?

Kepentingan Protein

Protein, adalah salah satu daripada 7 nutrien yang diperlukan oleh badan kita. 6 nutrien lain ialah Karbohidrat, Lemak, Vitamin, Mineral, Air dan Pelawas. Kekurangan protein dalam badan kita memang akan membantut beberapa proses badan kerana fungsinya yang tertentu. TTapi adakah kita tahu apakah fungsi suplemen protein di pasaran? Adakah ia dapat membantu keperluan protein untuk badan kita?

Antara fungsi protein dalam badan ialah:

  1. Ia diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu badan yang haus dan rosak.
  2. Ia digunakan untuk mensintesis enzim dan sesetengah hormon.
  3. Ia membentuk antibodi yang membantu badan melawan jangkitan dan penyakit.
  4. Ia juga salah satu sumber tenaga.

Banyak kan fungsi protein? Jadi, pastikan anda mendapat mendapat kuantiti protein yang cukup setiap hari ye.

Siapa perlukan protein tambahan?

fungsi suplemen protein

Sekarang ni memang banyak suplemen protein di pasaran. Contoh terdekat macam ESP dan Cinch Shake daripada jenama Shaklee. Well, kadang tu mungkin seseorang tak sedar yang dia perlukan protein tambahan selain makan hari-hari. Sebabnya ini semua bergantung kepada keperluan badan seseorang individu itulah.

Jom semak beberapa golongan yang memerlukan protein tambahan dalam diet mereka.

7 Kategori Pengguna dan Fungsi Suplemen Protein untuk Mereka

1. Mahu bina otot

Abang-abang yang workout di gym tu mungkin dah biasa dengan suplemen protein kan. Ini sebabnya mengapa orang yang workout atau dalam proses nak ‘bina badan’ tu perlukan protein tambahan:

  • Protein diguna untuk membina dan memperbaiki otot mereka akibat latiha fizikal yang berterusan.
  • Protein membantu untuk membina otot pejal yang lebih kuat, dengan cepat dan sihat!

2. Ibu hamil

Ibu hamil perlukan protein yang berlebihan sedikit kerana protein yang dimakan ibu sangat mempengaruhi perkembangan bayi di dalam kandungan.

  • Membina sel dan membantu perkembangan sel bayi yang sihat
  • Membantu dalam perkembangan dan pertumbuhan bayi terutama semasa 2nd dan 3rd fasa kehamilan, iaitu ketika bayi berkembang paling pesat.
  • Ia juga membantu untuk si ibu mengawal berat badan dengan cantik kerana mendapat banyak protein yang menjadi otot berbanding mengumpul lemak badan.

3. Ibu Menyusu

Ibu menyusu perlukan 2 kali ganda keperluan protein berbanding ibu yang tidak menyusukan. Ia membantu:

  • Mengekalkan kesihatan ibu untuk menghasilkan susu yang pekat dan berkualiti.
  • Membolehkan bayi lebih cepat kenyang kerana susu ibu adalah dari sumber protein yang mencukupi.

4. Golongan Pertengahan Usia

Semakin seseorang itu meningkat usia, badan kita sebenarnya mengalami penurunan prestasi termasuklah keupayaan otot dan masalah kemerosotan kesihatan yang lain. Ambil protein sedikit berlebihan supaya:

  • Mengurangkan tanda-tanda kemerosotan kesihatan seperti sakit sendi dan otot. Juga untuk menjaga kesihatan dengan baik.
  • Merendahkan risiko penyakit berkaitan jantung seperti kolesterol tinggi.

5. Orang Yang Ingin Menjaga Berat Badan Ideal

Orang yang mempunyai kadar metabolisme yang rendah lebih cepat naik badan sebab badan membakar kalori dengan lambat. Apabila mengambil protein tambahan, ia sangat membantu untuk:

  • Membuatkan perut berasa kenyang lebih lama
  • Membantu untuk kurangkan jumlah kalori yang masuk untuk meal anda yang seterusnya sebab anda masih berasa kenyang.
  • Membina dan mengekal jisim otot dalam badan. Semakin banyak otot dalam badan, maka semakin tinggi kadar metabolisme seseorang itu. Berat akan lebih mudah dikawal.

6. Penggemar Dessert

Anda suka dessert? Anda patut ambil protein tambahan juga.

Dessert biasanya kaya dengan gula dan boleh sebabkan kadar gula dalam darah seseorang meningkat secara mendadak. Kadar gula yang tinggi ni malangnya dikaitkan pula dengan isu penyakit jantung dan keradangan.

  • Amalkan protein lebih sedikit, supaya:
  • Menstabilkan paras gula dalam darah.
  • Membantu membaiki keradangan, mengawal kadar kolesterol dan meningkatkan kecekapan insulin.

7. Mencantikkan kulit

Kalau ada masalah kulit macam parut dan kulit kering, protein pun sangat membantu.

Fungsi protein salah satunya ialah membentu kolagen. Kolagen ni adalah satu komponen yang ada pada kulit yang buatkan penampilan kulit jadi lembut, lembap dan elastik. Sebab tu bila protein diambil dengan mencukupi, kolagen dapat dijana pada kulit dengan optimum. Kulit akan jadi lawa dan lembut.

Kesimpulan

Jadi, bila anda tahu fungsi suplemen protein, anda akan tahu sama ada anda perlukan ia atau tidak dalam menu harian anda. Adakah anda termasuk dalam salah satu 7 kategori yang memerlukan protein tambahan seperti di atas?

Sumber: Web Shaklee

 

Baca Selanjutnya: 5 Jenis Makanan Penyebab Jerawat Yang Patut Anda Hindari

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge