ke padang besar naik komuter

Pengalaman ke Padang Besar Naik Komuter | Dari KTM Kamunting

Hari Isnin lepas, 5 Oktober 2018 saya merasai pengalaman baru ke Padang Besar naik komuter. Hasrat ni bermula bila bapa saudara saya jalan-jalan ke Padang Besar sebelum tu, jadi rasa teringin jugalah nak mencuba memandangkan saya tak pernah lagi naik komuter sejak ia beroperasi Julai 2015, di mana menghubungkan terus KL ke Padang Besar. Sudah 3 tahun tu belum sempat merasa pun hehe.

Kami pergi 8 orang semuanya. Yang lucunya semua orang pun tak pernah merasa naik ETS / komuter lagi. Jadinya, kami memang gamble aje pergi buat-buat pandai hehe.

Belum sampai 8 pagi, kami sudah menunggu di Stesyen KTM Kamunting. Ingatkan dah lambat, rupanya kaunter tiket pun akan hanya mula dibuka pada 8.30 pagi. Jadi kami lepak-lepak dulu sambil lihat sekeliling. Ada yang nak pergi tandas pun ada juga, hehe.

Sempat saya snap gambar laluan komuter belah utara ni.

ke padang besar naik komuter
Jadual perjalanan dan perhentian komuter arah utara.

Kalau diikutkan, oleh sebab kami nak ke Padang Besar naik ETS, kami perlu transit train dari Kamunting ni di Bukit Mertajam nanti dan naik train lain untuk terus ke Padang Besar pula. Jadual train pula tak perlu risau sebab kalau ikutkan jadual memang ada je setiap jam.

ke padang besar naik komuter
Foto Kredit: hasrulhassan.com

Bila kaunter tiket dibuka jam 8.30 pagi, kami pun beli tiket masing-masing. Kami beli tiket 2 hala terus atas nasihat pakcik kaunter memandangkan katanya nanti kalau beli sehala saja kena beratur di Padang Besar pula untuk beli tiket balik, nak-nak pula ramai orang memang siksa jugalah katanya hehe.

ke padang besar naik komuter
Tiket pergi-balik komuter Kamunting-Padang Besar

Tiket dewasa pergi balik berharga RM31.20. Untuk warga emas iaitu yang berumur 60 tahun ke atas dan kanak-kanak 3 ke 12 tahun dapat separuh harga je iaitu RM15.60. Murah je kan. Teruja tau nak naik train pertama kali, hehe. Trip pertama komuter ialah pukul 9.11 pagi, jadi nak taknak kami kena tunggu sedikit masa lagi. Sempatlah yang nak membuang hajat tu pergi tandas lagi sekali 😀 Kalau nak tunggu ETS mungkin lambat sedikit.

Perjalanan ke Padang Besar Naik Komuter bermula

Bila jam hampir dengan 9.11 pagi, pakcik yang jaga pintu platform pun buka pagar untuk benarkan kami masuk. Train akan sampai di Platform 2, jadi kami kena naik tangga untuk ke sana. Lepas naik tangga baru perasan ada lif sebenarnya haha! Jadi kami turun dengan lif sajalah, haha simpan energy sebab nak jalan-jalan Padang Besar pula nanti kan 😛

ke padang besar naik komuter
Beberapa minit menunggu komuter di Platform 2

Bila train sampai tepat 9.11 pagi, kami pun naiklah dengan muka-muka penuh keterujaan..hehehe

ke padang besar naik komuter
Muka masih fresh hehehe

Masa mula-mula tu kami ada juga bercadang nak naik train di Stesyen Bagan Serai, sudah tentu harga tiket akan jadi lebih murahlah. Tapi disebabkan ada yang teringin nak tengok tasik Bukit Merah, jadi kami putuskan untuk naik train dari Kamunting so bolehlah tengok tasik..

ke padang besar naik komuter
Tasik Bukit Merah
ke padang besar naik komuter
Komuter yang lengang..

Masa mula-mula naik train, semua muka semangat tapi bila lama-lama dah kurang semangatnya haha. Ada yang mengantuk dan kesejukan dah. Tak kurang juga yang nak terlelap..kah!

Lebih kurang 1 jam atas train dari Kamunting ke Bukti Mertajam, kami pun sampai ke Stesyen KTM Bukit Mertajam untuk transit train ke Padang Besar pula. Keluar train ramai-ramai dan naik tangga ke ruang menunggu. Sempatlah beli roti dan gula-gula buat bekal dalam komuter nanti.

ke padang besar naik komuter
Berpusu-pusu naik tangga ke ruang menunggu di atas.
ke padang besar naik komuter
Turun tangga pula untuk ke Platform 2.

Bila masa ketibaan komuter sudah hampir, pagar dibuka dan kami pun turun ke Platform 2. Komuter  kali ni memang ramai orang. Tak sempat nak serbu tempat duduk, jadi sebahagian kami kena berdiri huhu. Tak lama kemudian barulah kesemua kami dapat duduk. Perjalanan ke Padang Besar naik komuter kedua ni mengambil masa lebih kurang 2 jam. Semua perhentian ia akan berhenti.

ke padang besar naik komuter
Semua muka bosan dan kelaparan sudah.
ke padang besar naik komuter
Budak-budak ni siap lari-lari lagi dalam train, aman betul naik komuter ye. hihi

Akhirnya, kami sampai pun ke Stesyen KTM Padang Besar, yay!

Naik kematu dah punggung tau. Tapi bersyukurlah juga dapat duduk, kalau kena berdiri lagi azab. hehehe.

ke padang besar naik komuter
Berpusu-pusu orang turun menuju ke satu arah ke tingkat atas stesyen Padang Besar nie.

Bila sampai ni, kami sebenarnya tak tahu nak tuju ke mana. Nampak orang lain berpusu-pusu ke satu arah, kami pun ikut sajalah. Kena naik tangga ke tingkat atas yang rupanya ada kaunter tiket untuk siapa yang nak ke Hatyai atau beli tiket ke Bukit Mertajam atau Butterworth. Melalui blog yang pernah saya baca, kalau nak ke Hat Yai ni tiketnya lebih kurang RM10 sahaja duit kita, tapi mesti ada passportlah kan. Dan boleh merasa naik train klasik yang mana tingkapnya boleh dibuka, ala-ala keretapi dalam cerita Tamillah hehe

ke padang besar naik komuter
Ini mungkin train ke Hat Yai kot I guess..

Di tingkat atas Stesyen KTM ni melepasi kaunter tiket Hat Yai dan lain-lain, kalau ke kiri bolehlah cari teksi untuk ke pasar Padang Besar. Kalau rasa larat nak berjalan kaki lebih kurang 1 kilometer, bolehlah ikut laluan koridor sebelah kanan je. Saya ada Tanya harga sewa teksi, satu kereta Cuma RM12 je kira boleh sangatlah kan nak-nak kalau kita bawa warga emas bersama, memang kena consider option naik teksi. Tapi waktu ni saya Tanya mak dan maklang mereka cakap nak jalan sahaja, jadi tak mengapalah kalau kuat kan. Kami pun ramai-ramai ikut rombongan cik kiah ramai-ramai tadi lalu koridor sebelah kanan hehe

ke padang besar naik komuter
Rombongan cik kiah belaka, ke arah satu tujuan yang sama yakni pasar Padang Besar..hehe
ke padang besar naik komuter
Akhirnya sampai di pasar jualan. Teruskan lagi jalan ye.

Jalan punya jalan, memintas longkang pun ada haha akhirnya sampailah kami ke tapak pasar Padang Besar. Memandangkan dalam komuter lagi perut dah berbunyi, maka kami cari gerai makan dulu. Sebelum sampai ke gerai-gerai makan yang pelbagai tu, kami melalui satu kawasan jualan dalam bangunan juga, tak pasti namanya tapi di sini mereka jual segala jeruk, buah-buah, barang kosmetik Thailand, pes tomyam, buah potong dan macam-macam lagi. Sempatlah kami cuci mata. Sebelum naik ke bangunan ini pun dah ada gerai-gerai jualan ala pasar malam tu di kawasan lapang di bawah. Item jualan lebih kurang sama, banyak menjual makanan macam buah potong, jeruk, goreng-gorengan macam sosej, baju-baju, beg, toto dan bantal.

Masa Untuk Isi Perut

Nak mencari tempat makan pun pening juga. Mana taknya, orang memang ramai dan penuh tempat makan dan susah juga nak cari tempat untu kami berlapan. Kemudian, baru kami perasan ada sekumpulan makcik-makcik dah habis makan jadi kami tunggu sekejap mereka buat bayaran dan terus cop tempat diorang tu hihi. Kena pandai-pandailah bawa diri di tempat orang ye.

ke padang besar naik komuter
Kami makan di sini, Gerai Seri Maju namanya.
ke padang besar naik komuter
Lama betul tak minum kopi o ais. Lepas gian di Padang Besar hihi
ke padang besar naik komuter
Saya makan ini, nasi goreng daging merah. Tak teringat pula nak order menu special Thai aduduuu

Lepas makan, bersemangatlah balik. Kami pun mula jalan-jalan ke kedai jualan di depan gerai kami makan tadi. Ada banyak beg, bantal-bantal dan kain baju yang dijual. Tak lama lepas tu kami masuk pula Bangunan Arked Niaga. Bangunan lebih kurang sama macam Pasar Siti Khadijah lah. Orang kata ada lagi satu bangunan jualan, kami tak pergi yang itu sebab tak tahu pun di mana.

ke padang besar naik komuter
Kedai jualan di hadapan deretan gerai-gerai makanan yang kami duduk. Di sebelah kanan tu ada bangungan Arked Niaga.

Cuci Mata di Padang Besar

Okey jom layan gambar barang-barang jualan di Padang Besar nie ye.

ke padang besar naik komuter
Antara yang dijual, comel je Pouch nie kan. Teringin nak beli tapi hold dulu nak pergi kedai lain last-last lupa, kah!
ke padang besar naik komuter
Aneka barang kosmetik Thailand ada dijual. Bagus ke tidak wallahua’lam.
ke padang besar naik komuter
Pemandangan dari Tingkat 2 Arked Niaga iaitu deretan gerai makan tempat kami lunch tadi. Belakang gerai-gerai makan tu ialah tapak jualan juga menjual pelbagai makanan, kerepek, jeruk, buah-buah dan pes Thai.
ke padang besar naik komuter
Inilah keadaanya di dalam Arked Niaga, macam Pasar Siti Khadijah kan?
ke padang besar naik komuter
Luggage bag ni pun shomelll.
ke padang besar naik komuter
Aneka jeruk, kekacang dan kerepek. 3 bungkus RM10 biasanya, tapi kalau rajin cari yang jual 4 bungkus RM10 pun ada.
ke padang besar naik komuter
Tak ingat apa namanya, ala-ala chicken ball gitu. Lepas makan ni, kami cari masjid dulu.

Dalam bangunan  Arked Niaga saya tak beli apa pun, seronok cuci mata je dulu. Tak lama kemudian lebih kurang dekat 2.30 petang, kami keluar dari bangunan sebab teringat nak solat jama’ qasar dahulu. Dalam bangunan memang ada surau tapi nampak macam sesak dan tak selesa. Saya bawa mak dan maklang ke masjid berdekatan, kena naik tangga sedikit untuk ke masjid. Waktu ni hujan, tapi kami redah jugalah sebab tak lebat mana. Sampai di masjid, of course lah ramai orang juga. Kami pergi tandas di seberang jalan bertentangan masjid pun kena beratur tau, dan bayar 50 sen setiap seorang.

Lepas solat, kami jalan-jalan di gerai-gerai sekitar aras masjid ni pula. Masa ni baru saya sambar beg tangan sebuah, chocolate dip, strawberry dip, buah bidara,pes tomyam, kerepek-kerepek dan air. Tak tahu kenapa lepas solat jadi semangat pula nak berbelanja, kah!

ke padang besar naik komuter
Packaging chocolate dip yang istimewa dan unik.
ke padang besar naik komuter
Setiap bungkus RM10 je.
ke padang besar naik komuter
Saya beli buah ini – bidara madu katanya. Rasanya sedap juga, lemak-lemak manis gitu.
ke padang besar naik komuter
Rasa nak sambar sebiji tapi sedar diri dah tua hehehe
ke padang besar naik komuter
Telekung pun ada.
ke padang besar naik komuter
Patung CJ7 pun ada wooo!

Mak saya pun cuma beli kerepek-kerepek je. Tengok harga barang macam flask besar ke, beg ke lebih kurang sama je harga di tempat sendiri. Jadi tak adalah teringin nak beli pun, lagipun masa plan nak ke Padang Besar ni memang tak ada target sangat nak dibeli. Lebih kepada jalan-jalan sebenarnya 🙂

Masa Untuk Pulang..

Lebih kurang pukul 4 petang, kami berjalan balik semula ke Stesyen KTM Padang Besar. Saya Tanya juga kot nak naik teksi tapi mak kata jalan sajalah macam mula-mula tadi. Saya okay jelah asalkan diorang larat hihi.

ke padang besar naik komuter
Antara laluan kami untuk balik ke Stesyen KTM Padang Besar semula.

Bila sampai stesyen tunggu di Platform 2 juga untuk naik komuter. Orang memang ramai sangat, katanya sebab komuter yang sepatutnya pukul 3 lebih tak jalan, jadi yang sudah menunggu dari pukul 3 tu dah terkumpul sekali dengan yang nak naik komuter pukul 4 lebih..

Lompat je naik komuter memang takde tempatlah jawabnya, berhimpit-himpit macam sardin hehe. Mujurlah tak lama lepas tu mak dan maklang dapat tempat duduk. Saya ni tak apalah utamakan mereka, bila sampai di Sungai Petani baru ada ruang sikit boleh duduk hahaha memang penat sangat dah kaki ni. Ada dekat sejam lebih jugalah berdiri dalam komuter huhu sabar jelah kan, apa boleh buat..

ke padang besar naik komuter
Suasana sesak dalam komuter. Tak lama kemudian bateri fon saya pun flat habis, so no more pic!

Sebenarnya masa naik komuter balik ke Bukit Mertajam ni, kami dah terpisah kepada 2 kumpulan. Saya bawa mak dan maklang. Kumpulan lagi satu ialah kakak sepupu dan anak-anaknya. Kami terpisah dari Arked Niaga lagi tapi memandangkan semua dah tahu jalan dan ada telefon untuk saling berhubung, jadi tak risau sangatlah. Sebelum tu memang berpakat nak naik komuter trip 4.25 petang jadi kami terpisah oleh koc yang berbeza sahaja. Sampai di Stesyen KTM Bukit Mertajam barulah berjumpa balik dengan mereka.

Salah Komuter ke Salah Platform? Mujurlah..

Waktu menunggu komuter ke Padang Rengas ni ada perkara lucu berlaku..hahaha

Nak jadi ceritanya kami turun ke Platform 2 sekali dengan penumpang-penumpang yang nak naik komuter ke Padang Besar rupanya, penumpang ke Padang Rengas macam kami ni sepatutnya kena menunggu dahulu di tingkat atas.

Kurang 10 minit menunggu macam tu di Platform 2, saya berkenalan dengan seorang adik pelajar ni. Katanya dia belajar di Kolej Vokasional Bukit Mertajam di tahun akhir, ambil diploma dalam bidang perakaunan. Macam mana boleh bersembang? Hihi sebab adik ni baik tolong bagi tempat duduk kat saya masa tu, so dari situlah mula sembang dan sempatlah saya hulur bisnes kad Shaklee ekeke.

Sembang punya sembang tergerak hatilah nak tanya adik tu nak ke mana. Dia kata nak ke ALor Setar. Sudah, masa ni saya dah pening-pening lalat, mula terfikir eh komuter kita tak samalah ye. Kami ni salah tunggu Platform ke? Hahaha

Bila komuter sampai, adik tadi cepat galas beg dia dan nak masuk komuter. Saya masih terpinga-pinga lagi sebenarnya, confuse betul!

Sempat tanya adik tu, ni train akak ke? Dia reply bukan. Balasnya lagi kalau akak naik train ni alamatnya ke Padang Besar baliklah T.T

Hahaha..

Mujur la tak ada seorang pun dari kami yang sempat lompat dalam komuter yang baru sampai tu, hehehe.

Bila semua orang dah naik, platform memang kosong, tinggal kumpulan kami je dengan wajah penuh keliru, haha!

Okay, tunggu komuter seterusnya lah kan hihi. Kelakar habis 😀

Tak lama kemudian, barulah sampai train ke Padang Rengas.. dan kami pun naik. Jam waktu tu dalam pukul 7.05 malam macam tu. Saya pesan kat mak dan maklang untuk niat jama’ takhir je sebab confirmlah tak sempat nak Maghrib sebab sekurang-kurangnya kami akan ada dalam komuter hampir satu jam. Komuter balik ke Kamunting ni dah lengang tak ada orang sangat, jadi masuk-masuk ada je tempat kosong boleh duduk. Masing-masing layan perasaan sajalah, since nak tengok luar tingkap pun dah tak ada view menarik, dah gelap kot hehe

Akhirnya sampailah ke perhentian Stesyen KTM Kamunting, waktu ketibaan kami lebih kurang 8.10 malam macam tu. Maka, tamatlah sudah jalan-jalan kami dan merasai pengalaman ke Padang Besar naik komuter..

Sepupu-sepupu saya nak ke Econsave beli barang pula lepas tu, jadi kami berpisah di stesyen. Saya, mak dan maklang singgah makan dan selesaikan solat sebelum ter’dampar’ di rumah kepenatan..hehe

 

Baca Juga: Percutian Bajet Cameron Highlands | 12 Tempat Dalam Masa 2 Hari 1 Malam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge