Kebaikan Antioksida Untuk Kesihatan Badan

Menurut Portal MyHealth, antioksida adalah bahan yang mengurangkan, meneutralkan serta melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikel bebas. Ia juga dianggap sebagai sebahagian daripada barisan pertahanan badan terhadap risiko untuk mendapat sesetengah penyakit.

manfaat antioksida

Bagi yang belum tahu, radikel bebas adalah istilah yang diberi kepada hasil sampingan toksid yang terhasil akibat proses kimia dalam badan badan kita. Selain itu, radikel bebas juga boleh terbentuk melalui proses yang dinamakan pengoksidaan yang berlaku ketika pendedahan kepada cahaya matahari, pencemaran, bakteria berbahaya dan tabiat pemakanan yang kurang sihat.

Radikel bebas boleh memudaratkan serta merosakkan sel-sel badan. Akibatnya, kesihatan seseorang boleh terjejas dengan pengumpulan radikel bebas yang banyak di dalam badan.

Maka, di sinilah fungsi antioksida untuk meneutralkan radikel bebas tersebut supaya ia tidak mampu menjejaskan kesihatan seseorang. Betapa bahayanya radikel bebas adalah sehingga dianggap sebagai penyebab penyakit kanser, penyakit jantung dan lain-lain. Bahaya kan!

Di Mana Antioksida?

Sebenarnya, badan kita menghasilkan antioksida dengan sendirinya – sebab itu ia dikenal sebagai sebahagian sistem pertahanan badan. Namun, apabila usia kita meningkat kebolehan badan untuk menghasilkan antioksida tersebut akan semakin berkurangan.

Nah, di sini peri pentingnya untuk mendapatkan antioksida daripada sumber luar iaitu melalui pemakanan. Sumber antioksida yang berterusan kepada badan adalah sangat penting untuk memelihara kesihatan badan daripada ancaman radikel bebas.

Sumber antioksida yang boleh didapati daripada makanan ialah melalui buah, sayur, kacang-kacangan dan tanaman herba seperti tanaman herba seperti rosemary. Pendek kata, sumber antioksida datangnya daripada tumbuh-tumbuhan.

Tahniah kepada anda jika anda menjadikan sayur dan buah-buahan sebagai menu wajib setiap hari. Ini bermakna anda akan mendapat bekalan antioksida yang bermanfaat untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan.

Tetapi, bagaimana untuk mereka yang tidak suka memakan sayur dan buah? Atau yang seringkali terjadi ialah bukanlah tidak suka cuma tidak konsisten memakan buah dan sayur setiap hari. Pastinya badan tidak mendapat antioksida yang mencukup.

Jangan khuatir.

Satu lagi sumber antioksida selain memakan sayur dan buahan ialah dengan mengamalkan suplemen kesihatan. Anda boleh mengambil suplemen seperti vitamin C, vitamin E, karotena atau fenol. Ini semua adalah contoh-contoh suplemen yang sememangnya kaya dengan khasiat antioksida.

Baca: Suplemen Antioksida | 4 Cara Vivix Berfungsi Memperbaiki Kesihatan

Rujukan : Portal MyHealth KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge