kebaikan minyak ikan

Kebaikan Minyak Ikan Omega 3 Untuk Kesihatan

Minyak ikan Omega 3 adalah antara jenis suplemen yang terkenal terutama di kalangan ibu-ibu. Nak tahu kenapa? Ya, ia kerana minyak ikan boleh membantu dalam perkembangan minda dan pembelajaran anak-anak sejak dari dalam kandungan atau sepanjang usia mereka. Namun, adakah kebaikan minyak ikan hanya untuk tujuan ini?

Sebenarnya ada banyak lagi kebaikan minyak ikan Omega 3 untuk kesihatan yang kita belum tahu. Saya akan ceritakan kepada anda satu-persatu ya.

Apa tu Minyak Ikan Omega 3

Minyak ikan diekstrak daripada hati ikan atau daging ikan.

Kita boleh dapati ia jika makan ikan jenis tertentu seperti salmon, mackerel dan sardin.

Minyak ikan sememangnya adalah kelas makanan jenis lemak, tetapi ia adalah lemak yang baik kerana jenis tidak tepu dan mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan seseorang. Jadi tak hairanlah mengapa banyak suplemen minyak ikan ada dijual dalam pasaran, setuju kan.

Manfaat dan Kebaikan Minyak Ikan Omega 3

Jadi apa kebaikan minyak ikan sebenarnya? Saya huraikan di bawah ini untuk pengetahuan kita bersama 🙂

1. Memelihara Kesihatan Jantung

  • Mengurangkan keradangan yang boleh merosakkan salur darah.
  • Menurunkan tahap trigliserida dan tekanan darah yang boleh menyebabkan risiko sakit jantung dan strok.
  • Mengekalkan peredaran darah dan ritma jantung yang sihat.

2. Menyokong Kesihatan Minda

  • Menyokong ingatan yang baik.
  • Mengelak penyakit berkaitan otak seperti Alzheimer.
  • Menyokong kecerdasan minda.
  • DHA dan EPA membantu menghubungkan neuron otak dan memelihara neuron yang sihat supaya menyokong ingatan dan memori yang baik.

3. Menyokong Fleksibiliti Sendi

  • Bertindak sebagai pelincir sendi semulajadi untuk menyenangkan pergerakan.
  • Mengurangkan kekakuan sendi dan meningkatkan fleksibiliti sendi.
  • Mengurangkan keradangan untuk melegakan simptom sakit dan bengkak.

4. Kebaikan Untuk Ibu Hamil

  • Menyokong perkembangan otak dan penglihatan bayi dalam kandungan. (Cadangan: Dapatkan nasihat doktor untuk tujuan ini jika ibu ada masalah kesihatan yang lain semasa hamil)
  • Menyokong perkembangan deria, kognitif dan motor bayi.

5. Menyokong Kesihatan Kulit

  • Melembapkan kulit.
  • Mengurangkan kedutan.
  • Mengurangkan keradangan yang menyebabkan jerawat.

Baca Juga: Cara Mengecutkan Jerawat Batu dengan Cepat

6. Meningkatkan Imun Badan

  • Meningkatkan fungsi sel B iaitu sejenis sel imun yang membantu dalam menghasilkan antibodi badan.

7. Meningkatkan Kesihatan Sperma Lelaki

  • Berperanan penting sebagai komponen fosfolipid yang membentuk membran sel termasuk pada sel sperma.
  • Meningkatkan kematangan sperma dengan khasiat DHA dan EPA.

Siapa Yang Patut Mengamalkan Suplemen Minyak Ikan?

1. Kanak-kanak yang sedang membesar
2. Ibu hamil
3. Untuk mereka yang selalu berjerawat
4. Untuk mereka yang sakit-sakit sendi
5. Untuk lelaki bagi tujuan kesuburan
6. Untuk mereka yang mahu memelihara jantung yang sihat
7. Untuk mereka yang mementingkan kesihatan

Suplemen Minyak Ikan Terbaik di Pasaran

Ada banyak jenama suplemen minyak ikan Omega 3 di pasaran. Tapi kita mahu pilih yang mana ya?

Ini cadangan saya. Pilihlah minyak ikan jenama Shaklee, yang diberi nama Omega Guard.

Ha mengapa ya?

Ini 6 sebab mengapa Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan omega 3 yang terbaik dalam pasaran 🙂

kebaikan minyak ikan

1. Omega Guard adalah kategori minyak ikan bergred farmaseutikal. Ini bermakna, walaupun ia bukan ubat tapi kualiti minyak ikan ini mempunyai keberkesanan yang terbaik seperti ubat.

2. Ekstrak minyak ikan adalah melalui penyulingan molekul 3 peringkat. Proses pengekstrakan ini adalah proses yang… (kene study sket)

kebaikan minyak ikan
Antara keistimewaan minyak ikan jenama Shaklee.

3. Mempunyai kepekatan DHA dan EPA yang tinggi berbanding jenama lain. Satu kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 333 mg Omega 3 di mana 182 mg EPA dan 120 mg DHA.

4. Mempunyai 7 spektrum lengkap Omega 3 tulen, bermakna mempunyai semua kebaikan Omega 3.

5. Bau dan rasa hanyir ikan yang minimum.

6. Omega Guard diiktiraf oleh Friends of the Sea. Friends of the Sea adalah pensijilan yang diberi kerana memastikan sumber Omega 3 yang berpanjangan mengikut panduan tertentu contohnya pihak Shaklee hanya menangkap ikan yang matang dan pada waktu yang sesuai sahaja.

Dapatkan Omega Guard Shaklee – Pilihan Minyak Ikan Terbaik dalam Pasaran

kebaikan minyak ikan
Pssst.. maafkan muka penat lepas hiking tu hehe. Omega Guard di puncak Gunung Semanggol yay!

Setelah mengetahui banyaknya kebaikan minyak ikan Omega 3 yang saya kongsikan di atas, saya percaya ramai yang sedar akan kepentingannya untuk kesihatan kita. Jadi tak salah untuk kita mengamalkannya dalam kehidupan harian. Dapatkanlah suplemen minyak ikan terbaik Omega Guard hari ini juga 🙂

Rujukan: Shaklee Malaysia

 

P/S: Omega Guard Shaklee boleh dibeli daripada mana-mana pengedar Shaklee berhampiran anda atau boleh juga membuat pesanan kepada saya, Zaleha (Shaklee ID: 1227002) di talian 011-36198300.

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge