Selalu dengar ramai orang amalkan suplemen vitamin C kan. Tak cukup dengan itu, ada juga yang buat suntikan vitamin C. Jadi, apa sebenarnya kebaikan vitamin C pada tubuh badan kita ya?
Kali ini biar saya kongsikan 7 kebaikan vitamin C supaya kita boleh faham mengapa ramai yang mengamalkan suplemen ini dalam kehidupan mereka.
7 Kebaikan Vitamin C Yang Hebat
Vitamin C adalah vitamin jenis larut air dan tidak dapat dibuat dalam badan kita. Kita hanya boleh mendapatkannya daripada pemakanan seharian, contohnya dari sumber buah-buahan, sayuran seperti buah oren, strawberi, kale, brokoli dan kiwi.
Dan, di zaman serba maju ini paling mudah ialah melalui pengambilan suplemen vitamin C di pasaran.
Jadi, apa yang bagusnya tentang vitamin C? Jom saya dedahkan 7 kebaikan vitamin C untuk pengetahuan kita bersama.
-
Memberi khasiat Anti-Oksida
Apa itu anti-oksida? Sel badankita sebenarnya mudah terdedah kepada radikel bebas yang boleh merosakkan sel. Apabila radikel bebas ini menyerang sel, kita katakan yang sel tersebut teroksida dan rosak. Di sinilah peranan anti-oksida seperti vitamin C sangat penting supaya boleh melawan kerosakan sel tersebut.
Vitamin C berupaya meningkatkan system imun badan seseorang.
Pengalaman saya sendiri ialah saya dahulu sering demam, bersin pagi dan rasa kurang sihat. Tapi selepas konsisten mengamalkan suplemen Vitamin C, Alhamdulillah memang kesihatan saya bertambah baik π
-
Boleh Turunkan Tekanan Darah
Yang ada penyakit darah tinggi tu, mungkin ini menggembirakan anda kan!
Berdasarkan kajian, ya memang vitamin C diakui dapat menurunkan kadar tekanan darah seseorang. Jadi, vitamin C boleh diamalkan sebagai salah satu kaedah mengawal darah tinggi.
Pernah dengar makcik-makcik guna petua jus buah belimbing sebagai petua tradisional turunkan darah tinggi? Ya sangat logic sebab buah belimbing memang kaya dengan vitamin C.
-
Mengurangkan risiko Sakit Jantung
Ada kajian lain menyatakan pengambilan sekurang-kurangnya 500 mg vitamin C sehari yang konsisten boleh mengurangkan risiko sakit jantung. Ini kerana vitamin C akan mengurangkan kolesterol jahat di dalam darah yang menyumbat saluran darah seseorang.
-
Mengurangkan Asid Urik di dalam Darah dan Elak Serangan Gout
Asid uric adalah hasil buangan sel dalam badan kita. Apabila kadar asid uric dalam badan terlalu tinggi, ia boleh membentuk Kristal dan terkumpul pada sendi menyebabkan bengkak dan sakit β serangan gout dikatakan berlaku.
Hasil analisis 13 kajian klinikal membuat kesimpulan yang pengambilan vitamin C selama 30 hari memang menurunkan kadar asid uric dalam darah manusia, jadi sekaligus serangan gout dapat dikurangkan.
-
Membantu Penyerapan Zat Besi
Zat Besi adalah mineral yang penting dalam penghasilan sel darah merah yang sihat. Fungsi sel darah merah pula ialah membekal oksigen kepada sel di seluruh badan. Apabila seseorang kekurangan zat besi akibat penyerapan yang lemah, akan berlaku gejala kurang oksigen dalam darah seperti penyakit anemia.
Vitamin C membantu dalam penyerapan zat besi. Jadi bagi seseorang yang mengalami anemia, vitamin C boleh membantu.
-
Meningkatkan Imun
Vitamin C menggalakkan penghasilan sel darah putih seperti limfosit dan fagosit. Sel darah putih fungsinya ialah untuk menghapuskan bacteria yang berbahaya kepada kesihatan badan kita. Seseorang akan menjadi lebih sihat dan jarang diserang penyakit kerana system imun telah ditingkatkan.
-
Memelihara Daya Ingatan dan Fikiran
Semakin kita tua, semakinlah daya ingatan dan fikiran berkurang. Diet yang tinggi dengan vitamin C dikatakan boleh memelihara daya ingatan dan fikiran yang baik untuk seseorang.
Suplemen Vitamin C Shaklee
Suplemen adalah cara yang mudah untuk kita mendapatkan bekalan vitamin C yang mencukupi setiap hari. Jadi, memang tak hairan suplemen vitamin C adalah antara jenis suplemen yang laku keras di pasaran!
Shaklee pun ada suplemen vitamin C juga ya. Namanya Sustained Release Vita-C Plus. Panjangnya nama π
Apa istimewanya Suplemen Vitamin C Shaklee
- Diperbuat daripada 100% sumber semulajadi
- Dilengkapi dengan teknologi pelepasan berperingkat (sustained release) β ini bermakna khasiat vitamin C akan kekal di dalam darah selama 5 jam untuk setiap tablet. Tiada pembaziran vitamin melalui air kencing.
- Sebotol tahan selama 6 bulan – memang jimat habis!
- Berharga RM97.50 dengan kandungan 180 tablet, bermakna kos sehari jatuh RM0.54 sahaja. Er harga sebiji oren pun tak dapatΒ π
Kebaikan Vitamin C Shaklee
- Membentuk Kolagen: Merangsang pembentukan kolagen, iaitu sebatian asas bagi otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Kolagen juga bermakna kulit kurang berkedut dan lebih anjal.
- Memperbaiki Simptom Pendarahan: Mengelakkan kejadian gusi berdarah, lebam pada kulit, kulit kering, ruam, kulit kasar dan memulihkan luka dengan cepat.
- Meningkatkan Sistem Imun: membina sel darah merah yang sihat, menggalakkan penghasilan sel darah putih untuk pertahanan badan daripada penyakit dan mengurangkan alahan hidung dan kulit serta asma. Ia juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan symptom demam dan selesema.
- Mencegah Kanser: bersifat anti-oksida, vitamin C meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang penghasilan sel-T untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan.
- Mencantikkan Kulit: Pengambilan vitamin C yang konsisten setiap hari menghasilkan kulit yang cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen seperti jeragat.
- Memperbaiki Insomnia: selain insomnia, ia mengurangkan stress dan keresahan.
- Mengekalkan Kolesterol Sihat: Ia mengurangkan kolesterol jahat dan menurunkan tekanan darah, memelihara kesihatan kapilari darah yang baik, mengelakkan arterosklerosis, trombos dan menghalang pendarahan dalaman serta skurvi.
Promosi Vitamin C Shaklee
Bulan ini, Oktober 2018 adalah bulan promosi SR Vita C Plus Shaklee, jadi kalau anda mahu beli dengan harga yang lebih jimat, inilah masanya. Ingat, promosi hanya berlangsung dari 1 hingga 31 Oktober sahaja.
Harga sebotol ialah RM97.50
Harga 3 botol tanpa diskaun ialah RM292.50
Harga 3 botol DENGAN DISKAUN 5% ialah RM277.88
Nak tahu? Vitamin C boleh juga dibuat masker muka. Tonton video demo saya di bawah ini.
Testimoni Pengguna SR Vita C Plus Shaklee
Berminat untuk dapatkan suplemen Vitamin C Shaklee? Terus sahaja hubungi saya di 011-36198300.
Rujukan: Healthline
Baca Lagi: Senarai Vitamin Shaklee Beserta Harganya
3 comments