produk anti penuaan terbaik 1

Kelebihan Youth Skincare Shaklee | Ini 7 Sebab Mengapa Saya Beli Walau Orang Kata Mahal Harganya

Beli Youth Skincare Berbaloi atau Tidak?

Ada kawan yang mengeluh harga Youth Skincare mahal sangat! Sebab boleh buat 3 bulan ansuran kereta Alza tau. hihi. Sejujurnya saya pun rasa agak mahal juga, tapi apa sebabnya saya masih membeli set Youth Skincare? 7 alasan dan kelebihan Youth Skincare Shaklee akan saya bongkarkan kepada anda di sini. Teruskan membaca ya.

Kelebihan Youth Skincare Shaklee | 7 Alasan Saya

1. Masalah Kulit Wajah

Saya memang ada masalah dengan kulit wajah. Sebelum ini saya alami jerawat batu yang kerap berulang, tapi Alhamdulillah sejak amalkan vitamin set jerawat Shaklee ia semakin baik dan kejadian jerawat batu sudah tidak berulang. Tetapi masalah yang timbul selepas itu ialah sisa parut yang membuatkan wajah saya nampak tidak bersih selain struktur kulit yang kasar.

Saya tahu, kelebihan Youth Skincare Shaklee akan membantu masalah kulit wajah yang saya hadapi dengan berkesan.

2. Jenama Yang Dipercayai

Jenama Shaklee telah wujud sejak 1915 lagi malah diasaskan oleh seorang doktor perubatan yang merupakan bekas pesakit kanser. Selama jenama Shaklee wujud, belum pernah lagi berlaku apa-apa isu produk recall atau dakwaan yang menjejaskan reputasinya.

Produk-produk Shaklee pula semuanya berasaskan kajian sains dan ujian klinikal yang cukup konkrit buktinya.

Sebab itu, saya tidak ragu untuk memilih skincare terbaru yang Shaklee lancarkan ini berdasarkan prestasi Shaklee yang cemerlang selama ini.

3. Ujian Klinikal dengan 100% Berkesan

Ujian makmal adalah biasa. Ia dilakukan terhadap subjek haiwan seperti tikus untuk membuat simulasi kesan terhadap manusia. Tetapi untuk Youth Shaklee, ujian klinikal dilakukan bermakna ujian produk dibuat terus kepada manusia.

Ujian klinikal memang berisiko kepada manusia jika produk tidak bagus. Tetapi dengan keyakinan betapa bagusnya ramuan bahan organik dan semulajadi di dalam Shaklee, mereka melakukan ini.

Hasil kajian pula adalah menggunakan mesin skin age analysis yang mana lebih tepat dalam memberikan ukuran berbanding survey semata.

Hasilnya, 100% bermakna semua yang mencuba Youth Skincare Shaklee mengalami perubahan kulit yang lebih baik selepas itu.

Ya, kesimpulan mudah kalau menggunakan Youth pasti ada perubahan yang baik pada kulit!

2/3 daripada pengguna tersebut pula telah berjaya menginjak usia kulit merek a sebanyak 10 tahun lebih muda! Wow betapa Youth Skincare sangat-sangat berkesan dalam tujuan anti-penuaan kulit 😉

4. Produk Organik dan Semulajadi

Kulit saya jenis sensitif dan mudah alami jerawat. Saya juga perasan yang saya cukup susah mahu mencari pencuci muka yang serasi. Pencuci biasa dengan bahan kimia adalah sukar untuk saya percayai sebab memberi kesan yang tidak baik kepada kulit saya sendiri. Lagi pula, penggunaan bahan kimia berbahaya dalam regime skincare sememangnya tidak bagus untuk kesan jangka panjang.

Sekalipun kalau anda bukan berkulit sensitif seperti saya, semestinya bahan organik dan semulajadi lebih dipercayai kerana ia selamat dan kurang risiko terhadap kesan sampingan yang buruk.

5. Testimonial Yang Menakjubkan dan Masa Yang Singkat

Kelebihan Youth Skincare Shaklee yang buatkan saya paling teruja ialah ia datang dengan pakej yang lengkap.

  • Ia diperbuat dari bahan semulajadi dan organik.
  • Ia disokong oleh kajian-kajian saintis selama 8 tahun lamanya sebelum dilancarkan.
  • Ia dilindungi oleh 8 patent dan patent pending, di mana formulasi Youth hanya ekslusif oleh Shaklee sahaja.
  • Ia 100% berkesan kerana telah dibuat ujian klinikal.

Ditambah lagi dengan testimonial tempatan yang saya lihat sendiri, Youth memang terbaik!

Biasanya, kelaziman produk yang berasaskan bahan organik dan semulajadi memang bagus tetapi malangnya ia mengambil masa yang lama untuk memberi kesan yang memuaskan.

Kelebihan Youth Skincare Shaklee tidak begitu rupanya. Walaupun ia dari bahan semualajadi dan organik, kesan pada kulit sangatlah pantas!

Ada kawan-kawan saya yang mengalami perubahan kulit yang semakin membaik dalam tempoh kurang sebulan, malah dalam tempoh beberapa hari pun ada!

Walla, kesan yang sangat menakjubkan bagi saya. Betul-betul pakej lengkap.

6. Nilai Yang Berbaloi

Benar, harga set Youth Skincare yang mengandungi kesemua 6 item iaitu bermula dari cleanser, toner, serum, moisturizer, night cream dan radiance C+E adalah agak mahal dalam RM 1000 ke atas.

Bagi saya sendiri memang ia harga yang cukup mahal. Tapi apa yang membuat saya tetap membeli Youth ialah kerana pembelian yang amat berbaloi.

Jika ditinjau produk penjagaan kulit berjenama di luar sana, sebenarnya ia jauh lebih mahal daripada harga Youth Skincare Shaklee.

Apa yang tidak ada pada produk lain berbanding Youth ialah UJIAN KLINIKAL dan 100% JAMINAN BERKESAN.

Pakej skincare lain di luar sana tidak lengkap seperti Youth.

Ada yang berkesan tetapi tidak semulajadi.
Ada yang semulajadi tetapi tidak berkesan. Mungkin juga berkesan tetapi ambil masa yang agak lama.

Youth, walau dengan harga yang lebih murah dibandingkan jenama hebat lain di pasaran, ia memberi pakej pembelian yang cukup berbaloi:

Harga yang berpatutan untuk kebaikan yang diberi, tidak begitu mahal dan tidak begitu murah.
Ia produk organik dan semulajadi yang dijamin selamat.
Ia cepat dan dijamin akan memberi kesan yang baik pada kulit.

7. Ada Promosi Berlangsung

Semasa saya membuat pembelian adalah pada bulan Mac 2018 yang lalu. Ketika itu, Youth Skincare baru dilancarkan di Malaysia. Sempena pelancaran, set Youth yang berharga RM17XX.XX telah membuat dijual dengan harga promosi berjumlah RM1070.60 sahaja. Terdapat perbezaan harga yang cukup ketara kan?

Selepas berfikir seketika, saya membuat keputusan untuk membeli Youth kerana faktor harga runtuh yang ditawarkan tersebut.

Untuk makluman, promosi ini sebenarnya masih berlangsung sepanjang Mac, April dan kini Mei 2018. Selama Youth Skincare re-stock, selama itu juga stok akan habis seawal beberapa hari sahaja dibuka untuk jualan. Saya percaya faktor tawaran harga dan pakej berbaloi yang membuatkan stok Youth Malaysia sentiasa licin macam goreng panas!

Mahu Dapatkan Youth Skincare Juga?

Dah tahu kan 7 sebab mengapa saya tetap membeli Youth Skincare? Semestinya kerana ia pembelian yang sangat berbaloi, malah melebihi nilai harganya. Lagi pula, 1 set boleh bertahan selama 2 bulan mengikut cadangan Shaklee tetapi rupanya ia boleh bertahan lebih lama jika mengikut pengalaman kawan-kawan saya, iaitu boleh menjangkau 4 bulan ke atas.

Mei 2018 ini, promosi set Youth Skincare Shaklee masih berlangsung. Ia adalah faktor yang bagus jika anda ingin mendapatkan Youth dalam tempoh ini kerana lebih menjimatkan. Buat keputusan anda secepatnya ya.

Bagi yang ingin mendapatkan Youth dengan harga promosi, bolehlah menghubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut di talian 01136198300 (klik sekarang untuk WhatsApp saya). Promosi harga runtuh akan hanya nikmati jika anda menghubungi saya kerana ia tertakluk kepada syarat keahlian terlebih dahulu untuk diuruskan. Hubungi saya untuk tawaran harga Youth yang terbaik dan menjimatkan 😊

 

Baca Selanjutnya: Pengalaman Saya Menggunakan Youth Skincare Selama Kurang 2 Bulan

6 comments

  1. Salam.. Maaf nak tanya.. Boleh ke kalau saya hanya mengunakan pencuci muka youth… Ataupun menggunkan pencuci youth dgn produk lain? Sbg student saya belum mmpu mnggunkn full set.. Terima kasih

    1. Boleh je Aliah..takde masalah. Sekarang Youth item dah boleh beli satu-satu dah. So untuk yang save budget tu bolehlah beli satu-satu sampailah cukup nnt 🙂

    1. Wow idea yang bagus juga ni kan. Boleh dipertimbangkan Radhia kalau ramai nak join betul tak. Mai sembang lanjut… 01136198300 hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge