keperluan protein harian

Cara Kira Keperluan Protein Harian Badan Anda

Protein: Terlebih Jangan, Terkurang Pun Jangan

Protein adalah satu jenis nutrien penting yang diperlukan oleh badan manusia. Tapi anda tahu ke berapa keperluan protein harian masing-masing?

Bersempena promosi ESP, tajuk ni sebenarnya agak penting untuk dikaji. Saya terfikir juga sebenarnya. Memandangkan ESP adalah suplemen protein, maka memang patut sangatlah ambil tahu kan.

Ambil tahu ni bukan sebab apa. Tapi sebagai orang biasa-biasa yang tiada background nutrisi dan perubatan ni, saya terfikir yang apa badan akan jadi kalau keperluan protein harian dah terlebih sebab pengambilan ESP sebagai tambahan.

Sebelum tu cuba hayati ini,

“Dalam satu kajian yang dinamakan Nurses’ Health Study melibatkan 1,624 wanita dan mengambil masa 11 tahun (1989-2000), didapati individu yang mempunyai buah pinggang yang lemah dan mengambil protein yang tinggi terutama daripada sumber haiwan berkecenderungan untuk kehilangan fungsi buah pinggang dengan lebih pantas.” – Portal MyHealth.

Ha mau tak cuak kan :sweat_smile: Ini antara risiko kalau terlebih protein. Tapi menurut beberapa laman web berlabel HONCODE macam Healthline dan WebMD, mereka kata risiko sebegini tiada kajian yang sahih secara saintifiknya. Jadi agak susah juga nak buat kesimpulan kan.

Selain tu, kalau badan terkurang protein pun tak bagus, sebab protein amat diperlukan oleh badan kita untuk proses gantian sel, pertumbuhan dan lain-lain.

Jadi, bagaimana nak kira keperluan protein harian kita yang paling optimum masing-masing ye? Optimum kat sini maksudnya tak kurang, tak lebih lah untuk badan, yang sedang-sedang sahaja.

Panduan Keperluan Protein Harian

Kalau ikut Recommended Nutrient Intake (RNI Malaysia) untuk tahun 2005, keperluan protein harian bergantung pada usia.

RNI Malaysia 2005

Ikutkan jadual di atas, keperluan protein harian untuk lelaki dewasa ialah di antara 59-62 gram manakala untuk wanita dewasa ialah 51-55 gram. Sudah tentu cadangan nutrien ni adalah secara umum sahaja tidak termasuk mereka yang ingin membina otot badan, faktor gaya hidup aktif dan masalah kekurangan nutrisi dan faktor penyakit ye.

Cadangan ini juga lebih kurang sama dengan yang dicadangkan dalam laman Healthline:

  • 56-91 gram protein sehari untuk lelaki dewasa
  • 46-75 gram protein sehari untuk wanita dewasa

56 dan 46 yang dicadangkan tu adalah keperluan protein minima untuk mereka yang hidup dengan sedentary style (kurang aktiviti fizikal).

Mengira Keperluan Protein Harian Anda

Ada banyak cara juga untuk mengira keperluan protein harian ni kalau anda rajin google, terutama untuk keyword English.

Dalam banyak-banyak info, suka saya kongsikan satu laman web yang memudahkan kita mengira keperluan protein badan kita. Laman web ini mengambil panduan cadangan protein daripada WHO dan ADA, jadi ia memang boleh dipercayai pengiraannya. Lagi satu hal, tak susah pun untuk kita semak berapa protein yang kita perlukan dalam sehari.

keperluan protein harian

Sebelum guna Protein Calculator ni, ada beberapa info simple yang perlu anda kumpul pasal diri sendiri dula ya.

  • Umur
  • Jantina
  • Tinggi
  • Berat
  • Gaya Hidup

Cuma masukkan semua info ini ke dalam kalkulator dan klik Calculate. And…. walla! Dah dapat result pun!

Mudah je kan? Apa lagi, pakat-pakat terjah Calculator.Net ya lepas ni 😆 hehe

 

Baca Selanjutnya: Fungsi Suplemen Protein – Adakah Saya Perlukannya?

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge