krim mata terbaik

Review Krim Mata Terbaik | Berbaloi dan Berkesan Seawal 7 Hari

Sewaktu saya mengajar seorang murid Darjah 6 bulan lepas, saya masih ingat lagi. Tiba-tiba di pertengahan sesi belajar, murid perempuan saya ini bertanya macam mana nak hilangkan lingkaran gelap bawah matanya. Saya masa itu nak tergelak pun ada, haha! Iyalah, kecil-kecil lagi dah concern betul pasal penampilan diri.. Amboi amboi budak sekarang..  😀

So, kalau anak kecil berusia 12 tahun pun ambil berat pasal penampilan mata, apatah lagi lah kita yang dewasa ni betul tak?  :mrgreen:

Masalah berkaitan Penampilan Mata

Pernah tengok cerita Korea? MasyaAllah.. artis-artis mereka cantik betul kan. Bukan kulit wajah sahaja yang mulus bersih, tapi perasan tak yang mata mereka pun cantik tanpa langsung ada sembap, lingkaran gelap atau kedutan? In short, penampilan mata mereka sangat baik!

krim mata terbaik
Park Shin Hye – Lihat matanya tu.. perfect kan!

Bercakap pasal ini, memang ada beberapa jenis masalah berkaitan mata yang akan mencacatkan penampilan mata kita. Ini termasuklah:

  • Mata sembap
  • Lingkaran gelap bawah mata
  • Kedutan di hujung mata

Dan masalah-masalah ini sebenarnya tidaklah berbahaya kepada kesihatan, cuma ada concern berkaitan penampilan sahaja. Yelah kalau muka dah cantik, tapi mata pula ada lingkaran gelap dan puffy, tak ke akan mengurangkan keyakinan diri betul?

Ada beberapa sebab kenapa mata kita boleh sembap. Mengikut MayoClinic, ada 5 faktor ini:

  1. Kekurangan tidur
  2. Alergik
  3. Kesan Merokok
  4. Banyak memakan makanan bergaram – terjadi takungan bendalir badan pada bawah mata
  5. Keturunan

Saya percaya antara 5 faktor ini, mungkin yang pertama tu adalah penyebab kepada ramai orang dengan masalah mata sembap dan lingkaran gelap. Saya pun sama sebenarnya  😆

Kesibukan membuatkan kita mungkin tidak dapat mengelak daripada mengorbankan masa tidur. Betul? Nak buat macam mana, tuntutan hidup dan kerja membuatkan kita perlu bekerja lebih keras dalam dunia yang serba mencabar hari ini.

Menggunakan krim mata adalah antara penyelesaian masalah mata sembap. Selain cuba cukupkan waktu tidur, elak alergi dan merokok, kurangkan makanan bergaram dan lain-lain perkara, kita perlukan krim mata terbaik supaya masalah ini lebih cepat selesai, yay!

Jadi, suka saya kongsikan tentang krim mata terbaik yang baru dilancarkan pihak Shaklee baru-baru ini di pasaran Malaysia. Nama krim ini ialah YOUTH Restoring Eye Treatment.

YOUTH Restoring Eye Treatment

Krim mata ini mengandungi campuran peptida unik yang ditunjukkan dalam kajian klinikal untuk mengurangkan penampilan garisan halus, kedutan, dan garisan pada bahagian mata seawal 7 hari.

Antara kebaikan dan manfaat YOUTH Restoring Eye Treatment ialah:

  • mengurangkan mata sembap dan lingkaran hitam
  • membantu menghaluskan kontur mata, menganjalkan dan menghidratkan mata supaya tiada penampilan mata letiha
  • mempunyai tip menyejuk unik yang menyegarkan dan memberi tenaga kepada kawasan sekitar mata dengan urutan lembut semasa aplikasi
  • telah diuji oleh ahli oftalmologi, iaitu tidak berbahaya kepada mata
  • tidak menyumbatkan liang pori
  • telah diuji oleh ahli dermatologi
  • bebas Paraben
  • 100% vegan, iaitu bersumber tumbuh-tumbuhan

Ada 3 mekanisme krim mata ini berfungsi iaitu:

MEMULIHKAN – MENGURANGKAN – MENYEGAR

krim mata terbaik

 

Cara nak guna pun mudah je. Tonton video 30 saat ni untuk cara guna yang betul.

 

Harga YOUTH Restoring Eye Treatment ini ialah RM243.75 sahaja. Anda boleh beli dengan harga yang lebih murah jika anda telah mendaftar sebagai Ahli Shaklee. Klik untuk tahu bagaimana cara untuk mendaftar ahli Shaklee bagi yang berminat.

Review Krim Mata Terbaik oleh Pengguna

Tak sah kalau saya kenalkan krim mata tapi tak tunjuk testimoni berkaitan kan. Memandangkan sudah lebih kurang 24 hari krim mata ini dilancarkan sejak 1 Oktober 2018 lalu, di sini ada beberapa testimoni panas oleh pengguna Malaysia sendiri.

krim mata terbaik

krim mata terbaik

krim mata terbaik

krim mata terbaik

krim mata terbaik

Sudah lihat perbezaan mata mereka sebelum dan selepas? Semakin bertambah baik bukan. Ada yang mendapat kesan seawal 4 hari aje, hebat!

Mata sembab memang boleh dilindung dengan kosmetik. Lingkaran gelap pun boleh jadi kurang jelas kalau kita tepek bedak lebih sikit, hehe. Tapi kalau kedutan tu memang tak dapat nak lindung dengan apa-apa melainkan kita jangan senyum dan ketawalah! Eh pulak? Okay gurau aje ya..  😉

Bagaimana kalau ada krim mata yang dapat menyelesaikan semua masalah mata sembap, lingkaran gelap dan kedutan tadi supaya mata anda akan nampak lebih segar, sihat dan awet muda secara semulajadi? Mestilah suka kan, sudah tak perlu nak fake bagai.

Jadi, saya cadangkan krim mata YOUTH ini bagi anda yang masih berkira-kira nak mencuba  dan mencari krim mata terbaik.

Memilih krim mata terbaik memang sukar, sebabnya pasti kita mahu krim yang benar-benar berkesan terhadap masalah penampilan kita. Tapi kini dengan pelancaran YOUTH Restoring Eye Treatment, saya berharap anda tidak ragu-ragu lagi untuk membeli dan mencubanya.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan krim mata Shaklee ini, boleh hubungi saya selaku pengedar Shaklee di talian 011-3619 8300 untuk sebarang pertanyaan atau belian.

Akhirnya, ucapkan selamat tinggal pada kedutan dan mata panda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge