cara tingkatkan imun badan

5 Nutrisi Penting Untuk Kuatkan Imun Badan

Imun badan yang tinggi mengelakkan seseorang daripada mudah jatuh sakit atau terkena apa-apa jangkitan kuman dengan mudah. Maka, sangatlah penting untuk sentiasa kuatkan imun badan kita supaya sentiasa berada pada tahap baik.

Antara tanda-tanda imun badan yang rendah ialah selalu demam, mudah tertekan dan kerap mengalami masalah berkaitan usus seperti sembelit atau cirit-birit. Selain itu, gejala lain ialah penyembuhan luka yang lambat dan kerap berjangkit dengan orang sekeliling yang selesema.

5 nutrisi yang membantu kuatkan imun badan ialah:

1. Vitamin C

Vitamin C sudah diketahui umum terlibat dalam fungsi meningkatkan imun badan seseorang. Ia boleh didapati dalam makanan seharian kita seperti buah-buahan sitrus contohnya anggur dan limau, buah kiwi, lada benggala, brokoli dan strawberi.

2. Vitamin E

Vitamin E juga adalah anti-oksidan seperti Vitamin C. Ia mengurangkan kerosakan sel badan daripada bahan sekitar yang mengancam kesihatan kita, bermaksud ia juga membantu kuatkan imun badan.

Vitamin E boleh didapati dalam makanan seperti badam, biji kuaci dan kacang hazel.

3. Zink

Mineral Zink sangat berkait rapat dengan penghasilan sel-sel imun dalam badan. Kekurangan mineral Zink boleh menganggu kelancaran proses untuk kuatkan imun badan. Ia didapati dalam makanan seperti tiram dan kacang bakar.

4. Karotenoid

Ia juga dalam kategori makanan dengan khasiat anti-oksidan. Kita boleh mendapati karotenoid biasanya daripada buah dan sayuran yang berwarna merah atau oren seperti tomato, lobak merah dan betik.

Apabila dimakan, zat karotenoid akan ditukar menjadi Vitamin A iaitu salah satu vitamin yang terlibat mengawalatur sistem imun badan dengan berkesan.

5. Omega 3

Omega 3 memang berkhasiat untuk perkembangan otak bayi dan kanak-kanak. Tetapi mungkin ramai yang belum tahu ini – ia membantu kuatkan imun badan dengan cara melegakan keradangan dan melawan jangkitan kuman.

Omega 3 boleh didapati melalui makanan harian seperti minyak ikan dan dan kacang walnut.

Sebagai kesimpulan, jika anda ada gejala-gejala yang menunjukkan imun badan yang rendah, cuba ikhtiar untuk cukupkan kelima-lima nutrisi ini supaya dapat kuatkan imun badan sama ada dari segi pemakanan atau pengambilan suplemen. Dengan itu, semoga badan akan terus kekal sihat dan bertenaga.

Baca Lagi: Senarai Suplemen Untuk Kuatkan Imun Badan bagi Melawan Penyakit

Rujukan: VeryWellHealth.Com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge