makanan baik untuk darah tinggi

8 Jenis Makanan Baik Untuk Darah Tinggi

Bab pemakanan adalah antara yang perlu diambil berat bagi pesakit darah tinggi. Ada makanan yang tidak baik untuk mereka seperti pengambilan garam dan makanan berkolesterol tinggi. Namun, ada juga makanan baik untuk darah tinggi yang patut pesakit amalkan.

Baca artikel ini lebih lanjut.

8 Jenis Makanan Baik Untuk Darah Tinggi

1. Sayuran Berdaun

Sayuran seperti kobis, kale, fennel, lettuce dan bendi adalah kaya dengan nitrat, kandungan yang boleh membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Ambillah 1 ke 2 hidangan sayuran kaya nitrat setiap hari untuk tujuan ini.

2. Buah-buahan

Avocado, pisang, jagung, tembikai, tembikai susu, tomato dan epal – buah-buahan seperti ini kaya dengan mineral Kalium.

Kalium membantu untuk meredakan tekanan pada dinding salur darah.

Ambil kalium berbanding natrium (garam). Dos kalium yang dicadangkan ialah 4700 mg sehari. Selain buah-buahan, ada jenis makanan lain yang juga kaya dengan khasiat Kalium.

makanan baik untuk darah tinggi
Foto Kredit: My FoodData

3. Bawang Putih

Bawang putih adalah ubat tradisional untuk kesan antibiotik semulajadi kerana kandungan alisin yang terdapat di dalamnya.

Untuk tujuan menurunkan darah tinggi, bawang putih menggalakkan penghasilan nitrik oksida di dalam badan yang membantu dalam pengembangan otot salur darah. Ini mengurangkan tekanan darah tinggi.

Dalam satu kajian, ekstrak bawang putih membantu mengurangkan bacaan sistolik dan diastolik bagi mereka yang mempunyai darah tinggi.

Satu idea yang bagus bagaimana untuk memasukkan bawang putih ke dalam makanan kita selain menggunakan untuk menumis ialah jadikan ia sebagai serbuk perisa dalam sup, telur dadar dan makanan goreng menggantikan garam.

4. Kekacang

makanan baik untuk darah tinggi
Foto Kredit: maskulin.com.my

Kekacang seperti badam dan pistachio (kacang cerdik) adalah contohnya. Makanan ini kaya dengan vitamin B yang membantu untuk mengurangkan stres kerana bersifat anti-stress.

Seperti yang dibincangkan sebelum ini, pengawalan stress adalah perlu untuk mengawal tekanan darah yang normal.

Tetapi awas ya, elakkan garam semasa memakan kekacang.

5. Makanan Yang DiTapai

Makanan ditapai kaya dengan bakteria probiotik iaitu bakteria yang baik untuk kesihatan usus. Pengambilan makanan jenis ini juga baik untuk tujuan menurunkan darah tinggi.

Contoh makanan kaya probiotik ialah yogurt, kimci, tempe dan cuka epal.

6. Anti-Oksidan

Blueberi dan Strawberi adalah contoh makanan kaya antioksidan bernama anthocyanins dari kategori flavonoid. Pengambilan anthocyanins yang banyak dapat membantu untuk menurunkan tekanan darah tinggi.

7. Serat

Salah satu penekanan dalam DASH diet ialah memperbanyak serat dalam diet seharian bagi melawan tekanan darah tinggi.

makanan baik untuk darah tinggi
Foto Kredit: UK Health Care

Dalam kajian yang diterbitkan dalam Journal of Hypertension menyimpulkan yang diet kaya serat dapat menurunkan kedua-dua bacaan sistolik dan diastolik. Ini sangat baik untuk penurunan tekanan darah tinggi.

Berkaitan kajian tersebut, responden telah diberi diet kaya serat sebanyak 3.8 ke 125 gram sehari selama 8 minggu yang akhirnya didapati penurunan bacaan darah tinggi menurun sebanyak 3.12 mmHg untuk sistolik dan 2.57 mmHg untuk diastolik.

Sumber makanan kaya serat ialah seperti sayur-sayuran, bijirin dan buah. Jadikanlah ini amalan supaya dapat mengawal tekanan darah kita.

8. Bijirin

Selain kaya serat, bijirin seperti oat dan gandum penuh juga kaya dengan khasiat  beta glukan.

Beta-glukan merendahkan kadar kolesterol jahat LDL di dalam darah. Ini mengelakkan risiko penyempitan salur darah akibat penyumbatan lemak dan kolesterol pada dindingnya.

Oleh itu, dikatakan juga ia adalah makanan yang baik untuk kesihatan jantung, selain baik untuk merendahkan tekanan darah.

 

Rujukan:

  1. https://www.medicalnewstoday.com/articles/322284.php
  2. https://www.webmd.com/hypertension-high-blood-pressure/news/20050304/high-fiber-diet-may-fight-high-blood-pressure#1
  3. http://www.myhealth.gov.my/tips-penyediaan-makanan-untuk-pesakit-hipertensi/

 

Baca Seterusnya: Suplemen Darah Tinggi – Bukan Ubat Tapi Makanan Tambahan Yang Berkhasiat

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge