testimoni jerawat shaklee

7 Makanan Punca Jerawat | Info Wajib Tahu Untuk Si Kulit Berjerawat

Kalau sudah jenis kulit mudah naik jerawat tu, makanan pun kita yang kita ambil pun kena hati-hati ya. Eh tapi betul ke ada makanan punca jerawat ni?

Suka saya kongsikan dari sudut ilmu sains.

Ya, memang betul ada jenis makanan yang akan membuatkan kulit seseorang mudah breakouts, tapi mungkin bagi sesetengah orang tak pula. Ini ada kaitan dengan daya ketahanan badan seseorang ataupun kita panggil alahan @ alergik.

Mengikut laman Healthline, makanan punca jerawat ni biasanya jenis-jenis makanan tertentu yang akan merangsang penghasilan sebum berlebihan pada kulit. Sebum atau minyak berlebihan ini akan memerangkan sel kulit mati, bakteria dan kotoran yang akhirnya menyumbat liang pori sehinggalah berlakunya keradangan – bengkak-bengkak dan jerawat akan terbentuk. Ouch memang tak best kan!

7 Makanan Punca Jerawat Yang Patut Dielakkan

Nak tahu? Jom saya senaraikan makanan punca jerawat tersebut ya. Diharap info ini dapat membantu mereka yang mengalami masalah kulit berjerawat untuk berhati-hati dalam diet masing-masing 😉

1. Gula dan Karbohidrat Ringkas

makanan punca jerawat

Gula dan karbohidrat ringkas ni contohnya seperti roti, pasta dan biskut yang dibuat dari tepung putih, mee, nasi, minuman manis dan soda, dab pemanis seperti gula putih, syrup dan madu.

Ada kajian yang mengatakan memakan banyak gula dan karbohidrat ringkas meningkat risiko kejadian jerawat sebanyak 30%.

Alasannya begini. Gula ringkas bila dimakan, ia akan menyerap cepat dalam darah kita dan meningkatkan kadar gula dalam darah. Rembesan insulin jadi banyak sebab nak proses gula tadi. Malangnya bila banyak insulin, hormon androgen pun turut sama dihasilkan dengan banyak dan menyebabkan penghasilan sebum pada kulit dan mudahlah jadi jerawat.

2. Hasil Tenusu

makanan punca jerawat

Susu dan produk seangkatan dengannya dikatakan berperanan seperti gula ringkas yang menaikkan hormon insulin yang mengaktifkan hormon androgen yang menggalakkan jerawat.

3. Makanan Segera

makanan punca jerawat

Makanan segera bukan saja tidak baik untuk kesihatan kerana tidak seimbang, ada perisa dan pengawet tambahan, malah kaya dengan lemak dan kalori. Satu lagi keburukan rupanya turut menyebabkan jerawat.

Kandungan utama di dalam makanan segera yang merangsang jerawat ialah kandungan lemak di dalamnya kerana ia mengganggu fungsi hormon dalam badan.

4. Omega 6

makanan punca jerawat

Makanan kaya omega 6 jika pemakanannya tidak seimbang dengan Omega 3, akan menyebabkan keradangan. Sebab tu bila jerawat muncul ia bukan jenis jerawat biasa-biasa tapi ialah jerawat jenis bengkak, merah-merah dan mungkin bernanah. Ngeri kan?

Lain halnya bila makanan kaya Omega 6 ini diseimbangkan dengan Omega 3 – ini mengurangkan keradangan dan membuatkan jerawat cepat kecut.

5. Coklat dan Koko

makanan punca jerawat

Tak sangka snek sedap ni pun antara makanan punca jerawat? Hehe bertabahlah.

Sebenarnya kalau ikut kajian, coklat bukanlah penyebab langsung untuk jerawat cuma ia adalah makanan yang boleh trigger the breakouts.

Satu kajian menyimpulkan yang memakan coklat dan koko akan menyebabkan reaksi imun badan seseorang terhadap bakteria penyebab jerawat. Ringkasnya imun badan semakin aktif melawan bakteria jerawat yang ada pada kulit seseorang jadi jerawat boleh naik banyak sekaligus.

6. Serbuk Whey Protein

makanan punca jerawat

Whey protien ada kandungan yang dipanggil leucine dan glutamine. Ia boleh mempercepatkan pertumbuhan dan penggantian sel bagi pengamalnya dan ini boleh menggalakkan kejadian jerawat. Selain itu, ia meningkatkan hormon insulin yang merangsang hormon androgen untuk rembesan sebum berlebihan pada kulit.

7. Alahan

makanan punca jerawat

Anda ada alahan makanan? Alahan ni tentunya tak sama bagi setiap orang. Ada yang tak boleh makan belacan, ada juga yang tak boleh makan seafood. Penting ya untuk tahu tentang alahan makanan masing-masing, sebab ia pun termasuk dalam kategori makanan punca jerawat bagi anda yang sememangnya berkulit prone-acne.

Alahan ni akan menyebabkan keradangan dan bengkak pada kulit malah jerawat. Sistem badan kita tidak menerima jenis makanan tertentu dan melawan ia keranan menganggap ia sebagai ancaman kepada kesihatan sel badan.

Jadi elakkanlah makanan yang anda alah ya. Bagi yang belum tahu ada alahan makanan atau tidak, boleh buat ujian di klinik-klinik untuk makluman lanjut.

Kesimpulan

Bila baca 7 makanan punca jerawat ini, mesti ada yang terfikir eh banyaknya makanan nak kena pantang kan? Faktanya ya. Bagi yang betul-betul hadapi masalah jerawat ni bukan sahaja kena jaga kebersihan muka ya selain perlu berpantang makanan dan pilih skincare yang serasi.

Mengawal diet agak susah kan? Jadi baca juga perkongsian saya untuk cadangan diet terbaik untuk si prone-acne okay :kissing_heart:

 

Baca: Cara Mengecutkan Jerawat Batu dengan Cepat dan Selamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge