makanan untuk jantung sihat

5 Makanan Untuk Jantung Sihat | Jom Elak Risiko Sakit Jantung!

Pembunuh Nombor Satu di Malaysia

makanan untuk jantung sihat

Penyakit jantung menduduki tangga pertama penyebab kematian di Malaysia. Menakutkan betul?

Saya masih ingat ada suami kenalan saya yang mati mengejut disebabkan serangan jantung. Kematiannya memang mendadak kerana tidak ada langsung petanda-petanda awal. Begitulah bagaimana bahayanya serangan jantung yang boleh meragut nyawa tanpa amaran awal. Tahu-tahu jasad sudah tidak bernyawa lagi dalam sekelip mata cuma.

Punca Penyakit Jantung

Melalui laman eDiagnosa, Doktor Latif Saad menerangkan yang penyakit jantung ini ada 2 kategori iaitu yang melibatkan kematian sel otot jantung dan yang tidak menyebabkan kematian sel. Namun kedua-dua kategori ini mempunyai bahaya masing-masing, iaitu akan menyebabkan kematian jika tidak dirawat awal.

Penyakit jantung dikatakan berlaku apabila terdapat pembekuan darah di dalam salur darah jantung. Pembekuan ini menyumbat saluran darah dan menyebabkan jantung tidak mendapat bekalan oksigen dan nutrisinya. Ketika itu, sel otot jantung akan mati kerana ketiadaan bekalan oksigen. Serangan jantung dikatakan berlaku. Jika tiada pertolongan cemas dilakukan dengan kadar segera, pesakit akan berada dalam risiko kematian.

Bagaimana Pembekuan Darah Boleh Berlaku?

Kejadian awal untuk pembekuan ialah bermula dengan penyempitan salur darah dengan enapan kolesterol dan lemak. Kes ini dipanggil arterosklerosis. Enapan yang pada asalnya melekat pada dinding salur darah boleb tertanggal dan larut bersama dalam aliran darah. Malangnya ia akan bergumpal dengan darah membentuk bekuan darah yang lebih besar sehingga ada risiko untuk terus menyumbat salur darah. Pada ketika inilah serangan jantung berlaku kerana jantung kurang atau langsung tidak mendapat bekalan oksigen.

makanan untuk jantung sihat

5 Makanan Yang Baik Untuk Jantung

Ada beberapa cara untuk menjaga jantung kita agat kekal sihat dan mudahan bebas dari risiko penyakit dan serangan jantung. Salah satu cara ialah dengan berikhtiar dari segi pemakanan kita sehari-hari.

Saya kongsikan 5 makanan baik untuk jantung, semoga ada manfaatnya 🙂

1. Daging Ikan

Daging ikan seperti salmon, tuna dan sardin kaya dengan khasiat Omega 3. Omega 3 ialah khasiat yang baik untuk kesihatan jantung kerana berperanan seperti berikut:

  • Merendahkan tekanan darah yang tinggi yang berisiko membebankan jantung.
  • Merendahkan kadar kolesterol dalam darah supaya kurang risiko penyumbatan salur darah iaitu arterosklerosis.

2. Oat dan Bijirin

Kumpulan bijirin penuh seperti oat, gandum penuh, beras perang dan barley adalah kaya dengan serat.

Kebaikan makanan bijirin ialah mengurangkan kolesterol ‘jahat’ dalam darah dan mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung.

Hasil analisis dari 45 kajian mendapati dengan mengamalkan sekurangnya 3 hidangan bijirin dalam seminggu akan menurunkan risiko penyakit jantung sebanyak 22% (sumber).

Jika membeli produk bijirin, pastikan anda memilih yang berlabel roti gandum penuh atau tepung gandum penuh.

3. Tomato

Tomato kaya dengan khasiat licopene, iaitu sejenis pigmen semulajadi tumbuhan yang mempunyai sifat anti-oksida.

Anti-oksida meneutralkan radikel bebas, penyebab kerosakan sel dan keradangan. Kedua-dua ini adalah risiko kepada sakit jantung.

Satu kajian terhadap 50 wanita obes mendapati dengan pengambilan 2 biji tomato mentah sebanyak 4 hidangan seminggu berjaya meningkatkan kadar kolesterol baik di dalam darah mereka (sumber). Kadar kolesterol baik dalam darah yang tinggi sangat membantu menurunkan kolesterol dalam darah dan plak pada salur darah. Ini mengurangkan sakit dan serangan jantung.

4. Teh Hijau

Seperti juga tomato, teh hijau juga bagus membekalkan anti-oksida bernama polifenol dan cethachins. Anti-oksida membantu melindungi sel daripada kerosakan dan keradangan, serta memelihara kesihatan jantung kita.

Hasil review 20 kajian mendapati yang pengambilan cethacins teh hijau membantu dalam menurunkan kolesterol dalam darah (sumber), sifat yang sangat bagus untuk memelihara kesihatan jantung.

5. Suplemen Jantung

Terdapat banyak suplemen di pasaran untuk tujuan kesihatan jantung. Salah satunya ialah suplemen minyak ikan seperti Omega Guard Shaklee.

 

makanan untuk jantung sihat

Seperti kebaikan memakan daging ikan, suplemen minyak ikan mengandungi asid lemak tidak tepu Omega 3. Kebaikan asid lemak jenis ini ialah:

  • Menentang trombosis, iaitu pembekuan darah
  • Melancarkan aliran dalam salur darah
  • Mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Merendahkan kolesterol
  • Mencegah arterosklerosis dan kematian sel otot jantung
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung

Satu lagi jenis suplemen yang baik untuk jantung ialah suplemen ko-enzim CoQ10. Di dalam badan kita, co-enzim CoQ10 sangat penting dalam penghasilan tenaga oleh sel-sel badan termasuklah sel otot jantung.

CoQ10 memang boleh didapati dari pemakanan, namun terdapat cabaran yang memungkinkan kita mendapat bekalan yang sepatutnya walaupun telah makan dengan cukup. Cabaran ini ialah seperti diet yang tidak seimbang, faktor usia, pendedahan kepada pencemaran dan radikel bebas, kehilangan zat dari cara memasak dan lain-lain. Jadi, cara terbaik ialah mungkin mengamalkan suplemen CoQ10 ke dalam rutin harian kita.

Contoh suplemen CoQ10 di pasaran ialah seperti CoQ Trol Plus ini.

makanan untuk jantung sihat

Fungsinya ialah seperti berikut:

  • Membantu penghasilan tenaga di dalam jantung. Jantung yang kuat adalah bagus kerana dapat menjalankan fungsinya dengan baik.
  • Menambah kekuatan otot jantung untuk mengepam darah. Bekalan nutrisi dan oksigen dapat diedar dengan baik ke seluruh sel badan kerana kekuatan jantung mengepamnya dengan baik.
  • Mengurangkan kejadian serangan angina. Angina ialah sakit pada bahagian dada kiri di mana jantung berada akibat daripada sel otot jantung yang kurang mendapat bekalan oksigen kerana salur sarah menyempit mungkin disebabkan ada bekuan darah atau arterosklerosis.
  • Menggalak dan melindungi arteri (salur darah terbesar dalam jantung) dsripada kerosakan akibat kesan pengoksidaan.
  • Menghalang kolesterol jahat daripada terenap pada salur darah yang menyebabkan arterosklerosis, suatu risiko kepada penyakit jantung.

(Perhatian: Suplemen Omega Guard danCoQ Trol Plus boleh dibeli daripada saya selaku Pengedar Sah Shaklee, ID: 1227002. Hubungi saya di 011-3619 8300 untuk sebarang pertanyaan atau belian. Postage ke seluruh negara dengan kos RM10 sahaja atau COD ke Semanggol, Kamunting dan Taiping di Perak)

Di sini saya kongsikan 5 sahaja makanan baik untuk jantung. Sebenarnya terdapat banyak lagi jenis makanan baik untuk jantung selain yang 5 ini, cuma saya ceritakan yang mudah untuk kita amal, insyaAllah.

Ingat, membina kesihatan jantung dan badan yang baik adalah bermula daripada amalan kita seperti pemakanan yang baik dan faktor senaman. Sentiasa, mencegah adalah lebih baik dari merawat. Nasihat untuk semua dan diri yang menulis ini, sama-samalah kita jaga kesihatan diri sebaik yang mungkin insyaAllah.

 

Baca Lagi: 5 Jenis Makanan Penyebab Jerawat Yang Wajib Anda Hindari

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge