makanan untuk kencing manis

Petua Makanan Untuk Kencing Manis – Kawal Gula Dalam Darah Melalui Pemakanan Anda

Kawal Makanan Untuk Kawal Gula Dalam Darah

Makanan Untuk Kencing Manis | Sakit kencing manis adalah akibat paras gula yang tinggi dan tidak normal di dalam darah. Ia sama ada disebabkan kurangnya insulin atau insulin tidak berfungsi dengan baik bagi menukarkan gula darah tersebut menjadi tenaga segera atau tenaga simpanan di dalam organ. Masalah bila gula dalam dsrah berada di paras yang tinggi, ia akan mendatangkan komplikasi yang tidak elok kepada kesihatan seseorang. Di sinilah pentingnya mengapa perlu pesakit kencing manis untuk sentiasa mengawal paras gula dalam darah mereka.

Ada beberapa cara untuk mengawal gula dalam darah. Antaranya ialah dengan memakan ubat yang dibekalkan oleh doktor anda ya. Ubat ini fungsinya ialah untuk mengawal kandungan gula dalam darah supaya sentiasa normal. Tak kurang ramai juga orang yang salah faham yang menyangka makan ubat akan rosakkan buah pinggang mereka. Salah tu, sedangkan ubat diambil dengan pantauan doktor dan ahli farmasi serta bertujuan untuk mengawal gula darah. Apa sebenarnya memberi risiko rosak buah pinggang sebenarnya ialah gula yang tidak terkawal di dalam darah ya. Secara ringkas, bila gula tinggi dalam darah, ia boleh menyerang salur darah yang halus yang berhampiran dengan organ-organ seperti mata dan buah pinggang. Jadi fungsi organ boleh rosak sebab kurang mendapat bekalan makanan daripada darah. Sebab tu ada pesakit kencing manis yang rosak buah pinggang dan jadi buta.

makanan untuk kencing manis
Makanan untuk kencing manis

Cara lain malah yang terpenting untuk mengawal gula dalam darah ialah sebenarnya dengan menjaga pemakanan kita. Mengapa? Ya, kerana sumber gula dalam darah ialah daripada apa yang kita makan. Kita memang tidak dapat mengelak untuk tidak makan kerana badan tetap memerlukan nutrisi yanh cukup, jadi apa yang boleh dibuat ialah jaga pemakanan kita. Teruskan baca untuk mengetahui makanan untuk kencing manis yang baik untuk diamalkan.

Risiko Kandungan Gula Yang Tidak Terkawal

Bukan ubat atau suplemen yang akan memberi risiko rosak buah pinggang kepada pesakit kencing manis ya, tapi ingatlah gula tam terkawal yang sebenarnya adalah pesalah.

Antara risiko atau komplikasi akibat kencing manis yang tak terkawal ialah:

  • Serangan jantung
  • Strok
  • Fungsi mata merosot / Buta
  • Gangren (tisu badan menjadi mati)
    Buah pinggang rosak

Makanan Untuk Kencing Manis

Mari saya berkongsi jenis makanan yang baik untuk pesakit kencing manis supaya dapat mengawal gula dalam darah. Orang normal juga boleh amalkan jenis makanan ini sebagai langkah pencegahan kencing manis, mudahan..

1. Indeks Glisemik Yang Rendah

Indeks Glisemik menunjukkan betapa cepat sesuatu makanan yang kita makan akan ditukar menjadi gula dalam darah. GI tinggi bermaksud makanan itu cepat ditukar menjadi gula dalam darah secara mendadak. Keadaan ini tidak bagus sebab akan mendatangkan komplikasi diabetes macam yang disebut sebelum ini. Jadi, pesakit kencing manis perlu memilih makanan yang rendah GI nya.

makanan untuk kencing manis

Contoh-contoh makanan yang rendah GI ialah kacang parang, lentil, sayuran hijau, buah-buahan, beras perang dan bijirin seperti barli dan gandum serat penuh.

Salah satu suplemen rendah GI yang boleh diamalkan ialah ESP Shaklee. GI nya cumalah 39.

2. Lemak Yang Baik

Ada lemak yang baik dan lemak yang tidak. Lemak yang tidak baik menyebabkan kadar kolesterol tinggi, boleh menyumbat salur darah dan menyebabkan obesiti.

Lemak yang baik pula contohnya seperti jenis Omega 3 adalah yang baik untuk diamalkan untuk pesakit kencing manis. Walaupun ia tidaklah membantu mengawal gula dalam darah secara terus, tetapi ia memberi beberapa kebaikan berikut:

  • Bersifat anti-radang
  • Memelihara kesihatan jantung dan salur darah

Satu kajian mengatakan yang diet kaya Omega 3 akan menggalakkan penghasilan hormon adiponectine yang boleh meningkatkan sensitiviti insulin. Metabolisme gula dalam darah akan meningkat kerana kurangnya kerintangan insulin menjalankan fungsinya. Erti kata mudah, Omega 3 boleh membantu menurunkan gula dalam darah. Jadi ternyata ia makanan untuk kencing manis yang elok diamalkan.

Sumber Omega 3 boleh didapati daripada ikan seperti salmon, sardin, tiram, ikan bilis, soya dan lain-lain. Boleh juga amalkan Omega 3 daripada produk suplemen.

3. Antioksidan

Sel badan pesakit kencing manis sememangnya terdedah dengan oxidative stress. Ia adalah tindakbalas dalam badan yang menyebabkan terhasilnya radikel bebas yang kemudiannya akan merosakkan sel-sel badan. Untuk elak ini terjadi, ambillah makanan yang kaya antioksidan untuk melawan serangan radikel bebas tersebut.

Antioksidan juga bagus untuk menguatkan antibodi badan bagi melawan penyakit.

Selain itu, yang paling penting dapatan daripada kajian-kajian mengatakan yang pengambilan polifenol tumbuhan dapat membantu untuk menurunkan gula dalam darah. Malah, ia menambahbaik fungsi pankreas yang menghasilkan insulin untuk metabolisme gula darah. Jadi, antioksidan jenis ini adalah makanan untuk kencing manis yang baik diamalkan.

Antara sumber antioksidan jenis polifenol ini ia boleh didapati daripada coklat, teh hijau, kopi dan minyak zaitun.

Minuman Antioksidan Vivix

Jus Vivix kaya dengan dengan antioksidan dari 4 bahan botani utama iaitu Anggur Muskat, Lobak Ungu, Knotweed Jepun dan Elderberry Eropah. Ia jenis suplemen yang elok diamalkan untuk mengawal gula dalam darah selain untuk kesihatan menyeluruh.

Kebaikan antioksidan jenis polifenol dalam jus Vivix ialah kuasa antioksidannya yang tinggi. Antioksidan yang kuat ini dapat melawan radikel bebas dan pembentukan protein AGE akibat faktor penuaan sel. Ini memelihara kesihatan sel badan yang masih sihat dari sebarang penyakit tambahan.

Selain itu, Vivix membantu untuk menyihatkan sel seperti sel pankreas yang berfungsi untuk menghasilkan insulin. Semakin sel pankreas sihat, maka semakin banyak insulin yang terhasil untuk memproses gula dalam darah. Jadi, paras gula dalam darah akan menurun dengan baik.

Selain Vivix, saya juga cadangkan pengambilan suplemen lain seperti ESP yang rendah GI dan minyak ikan Omega Guard sebagai sokongan makanan untuk kencing manis yang bagus diamalkan.

makanan untuk kencing manis vitamin untuk kencing manis suplemen untuk kencing manis vitamin untuk kurangkan gula dalam darah
Sila Klik Untuk Membuat Tempahan

Namun, harus diingat pengambilan suplemen seperti Shaklee ini bukanlah syarat untuk anda tinggalkan ubat doktor atau culas dalam menjaga pemakanan seharian ya. Semuanya harus seiring supaya ikhtiar ini akan berjaya, mudahan.

Nasihat saya, kawal pemakanan seharian anda, lakukan senaman, kurangkan berat badan untuk yang mengalami obes, makan ubat doktor dengan teratur dan ambil suplemen yang membantu untuk menurunkan gula darah anda. Bukan apa, ada juga jenis suplemen di pasaran yang mungkin tidak sesuai untuk pesakit kencing manis contohnya seperti jenis jus yang ditambah dengan gula, yang mana memang terang-terangan boleh tingkatkan gula darah si pengamal dengan mendadak. Jadi, pilihlah suplemen anda yang terbaik ya.

Ini pengakuan beberapa pelanggan Vivix yang cukup gembira dengan penurunan gula dalam darah mereka. Alhamdulillah asbab Vivix sebagai ikhtiar, selain menjaga pemakanan lainnya.

makanan untuk kencing manis
Maklumbalas 1
makanan untuk kencing manis
Maklumbalas 2
makanan untuk kencing manis
Maklumbalas 3
makanan untuk kencing manis
Maklumbalas 4

 

P/S: Bagi yang berminat untuk mengamalkan Vivix sebagai salah satu ikhtiar mengawal dan mengurangkan paras gula dalam darah, boleh hubungi saya di talian 01136198300. Saya akan bantu anda membuat pembelian.

 

>>> Baca Selanjutnya: Cara Mengawal Gula Dalam Darah Dengan Vivix

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge