makanan yang baik untuk insomnia

8 Makanan Yang Baik Untuk Insomnia – Ubah Diet Supaya Sembuh Secara Semulajadi

Lawan Insomnia Secara Natural

Mengambil ubat tidur mungkin salah satu penyelesaian insomnia. Namun malangnya pengambilan ubat tidur boleh memberi kesan sampingan lain seperti sakit kepala, pening, mengantuk, mulut kering, sembelit dan lain-lain masalah kesihatan juga. Oleh itu, mari kita semak 8 jenis makanan yang baik untuk insomnia. Mengamalkan diet yang tepat boleh membantu untuk mengatasi insomnia dengan cara yang semulajadi. Jika anda salah seorang penderita insomnia, pastikan cuba praktik 8 makanan yang baik untuk insomnia yang saya kongsikan ini ya!

makanan yang baik untuk insomnia

Makanan Yang Baik untuk Insomnia

  1. Walnut

Kekacang walnut mengandungi kebaikan melatonin, iaitu sejenis hormone yang boleh membantu badan kita mengawalselia kitar tidur yang sihat. Kita boleh amalkan segenggang kacang walnut kira-kira 20 minit sebelum tidur. Ia membantu untuk badan kita lebih relaks dan masuk ke fasa tidur yang lena.

  1. Vitamin B6

Kebiasaan bagi orang yang hendak tidur, paras hormone serotonin badan akan meningkat manakala kortisol pula akan menurun. Tindakbalas 2 hormon ini akan menghasilkan tidur yang lena dan elak insomnia. Serotonin ini pula diaktifkan oleh vitamin B6. Jadi, kekurangan vitamin B6 akan mengurangkan juga paras serotonin sehingga seseorang itu susah tidur. Jadi untuk atasi insomnia perlulah memakan makanan yang kaya dengan sumber vitamin B6 seperti bijiran, kentang, ikan, ayam, pisang, kekacang dan sayuran. Amalkan suplemen vitamin B6 juga untuk membantu.

  1. Pisang

Pisang ada kandungan magnesium, serotonin dan melatonin. Ketiga-tiga khasiat ini sangat baik untuk membantu tidur yang lena dan elak insomnia.

Melatonin secara semulajadinya mengawal waktur tidur yang sihat. Serotonin pula sejenis sel penghubung saraf yang mengawal tidur, mood dan selera makan. Selain itu, Magnesium merendahkan paras kortisol, sejenis hormon yang mengganggu tidur.makanan yang baik untuk insomnia

  1. Jus ceri

Jus ceri segar kaya dengan khasiat melatonin. Ada kajian yang memberi jus ceri kepada pesakit insomnia mendapati yang mereka dapat tidur 87 minit lebih panjang daripada biasa. Kajian lain pula meneguhkan fakta ini dengan menyimpulkan kenaikan pengambilan melatonin daripada jus ceri akan meningkatkan tempoh tidur yang lebih lama.

  1. Basil

Seperti ubat tidur, basil ada sifat sedatif tapi semestinya sedatif yang semulajadi. Sedatif sifatnya akan membantu seseorang untuk mula terlelap dan terus lena tanpa gangguan semasa tempoh tidur. Ada beberapa cara untuk memanfaatkan basil, iaitu boleh menggunakan ia sebagai perisa makanan atau gunakan saja sebagai minyak sapuan (essential oils) atau sebagai suplemen tambahan.

  1. Magnesium

Kajian mendapati kekurangan sedikit sahaja zat Magnesium dalam diet seseorang pasti akan mengganggu kebolehan otak seseorang untuk berehat dan tidur pada waktu malam. Dalam erti kata lain, berlaku insomnia kerana otak masih aktif walaupun sudah lewat malam.

Kajian di dalam  Journal of Research and Medical Science mencadangkan 500mg Magnesium sehari untuk memperbaiki gejala susah tidur seseorang itu. Ini bersamaan dengan setengah cawan biji labua atau 1 cawan sayuran berdaun hijau.

  1. Snek 1 jam sebelum tidur

Terlalu kenyang atau terlalu lapar semasa hendak tidur adalah tidak baik untuk masalah insomnia. Adalah penting untuk memastikan darah stabil supaya boleh merangsang tidur. Oleh itu, ambillah snek 1 jam sebelum tidur tapi pastikan elak snek jenis bergula tinggi, berkafein dan berminyak. Sebaliknya snek yang sesuai ialah seperti epal dan mentega kacang atau pisang dan walnut.

  1. Susu

Susu kaya dengan khasiat kalsium yang mengawal penghasilan melatonin untuk tidur yang berkualiti. Ia juga kaya dengan asid amino trypthopan yang membantu badan lebih relaks semasa hendak tidur. Jika anda alah kepada susu, ambil suplemen kalsium jika perlu.

Tidur yang cukup, berkualiti dan bebas gangguan adalah satu nikmat besar supaya badan kita dapat kembali segar setelah penat seharian. Insomnia atau gejala susah tidur adalah cabaran besar untuk sesetengah daripada kita, jadi pastikan kita tangani masalah ini dengan cara yang terbaik. Selamat mencuba petua ini!

SUMBER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge