minuman tenaga untuk bulan puasa

Minuman Tenaga Untuk Bulan Puasa | Biar Cergas dari Siang Sampai Terawih Nanti

Minuman Tenaga Untuk Bulan Puasa | Lagi 2-3 hari, insyaAllah kita semua bakal melalui bulan Ramadhan. Seronok kan? Teruja sebab bulan Ramadhan adalah bulan di mana kita dijanjikan dengan ganjaran berlipat ganda!

Seronok-seronok juga kan nak menempuh puasa, tapi sudah fikir ke persediaan supaya masa puasa nanti badan kita tak lesu letih lembik tak bertenaga?

Jadi, suka saya nak kenalkan minuman tenaga untuk bulan puasa yang menyihatkan dan pastinya dapat membantu untuk kita kekal segar dan bertenaga sepanjang bulan puasa nanti!

Performance Drink Shaklee | Minuman Tenaga untuk Bulan Puasa Yang Bebas Bikarbonat dan Gula Tambahan

Pertama-tama, apa yang kita cari dari minuman tenaga? Ya, TENAGAlah kan. Maklumlah, bulan puasa kita berlapar dahaga selama 12 ke 14 jam, di siang hari pula tu. Selain sahur, maka minuman tenaga akan sangat membantu untuk elak hidrasi dalam badan sepanjang berpuasa.

Ingin saya memperkenalkan, Performance Drink Shaklee ialah minuman tenaga semulajadi, tanpa gula tambahan, kaya elektrolit dalam ramuan optiLyte nya dan memberi tenaga 100 kcal bagi setiap hidangan.

Info Menarik! Baca: Minuman Tenaga Performance Drink Shaklee yang melakar Rekod Penerbangan Berkuasa Manusia

Sekali pandang, eh apa yang bezanya minuman tenaga jenama Shaklee ni dengan minuman tenaga lain macam 100Plus, Revive dan lain-lain yang seangkatan tu?

Ha ini dia perbezaan Performance Drink dengan yang lain:

minuman tenaga untuk bulan puasa

1. Gula Ringkas dan Gula Kompleks

Performance Drink ada kedua-dua jenis gula ni. Semua tahu yang gula ringkas akan cepat beri tenaga. Sebab tu ia ada dalam semua minuman tenaga dalam pasaran. Tapi, gula ringkas saja tak cukup untuk bekalkan tenaga berpanjangan.

Bila ada kedua-dua jenis gula, inilah minuman tenaga untuk bulan puasa yang terbaik dipilih sebab ia beri tenaga segera juga bagi tenaga berpanjangan sepanjang puasa. Gula ringkas supaya dapat pulihkan tenaga peminum dengan cepa, gula kompleks pula untuk mengekalkan tenaga yang berpanjangan selepas itu. minuman tenaga Shaklee ini memang berbeza kan?

2. Elektrolit (mineral) Yang Lengkap

Pernah belek label minuman tenaga yang selalu kita minum tu? Perasan tak mineral kebiasaannya ialah kandungan Natrium dan Kalsium sahaja. Mineral fungsinya sebagai elektrolit yang mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan. Mineral ini sahaja dikatakan tidak lengkap.

Berbeza dengan Performance Drink Shaklee, ia ada mineral elektrolit yang lengkap iaitu Magnesium, Kalsium, Natrium, Kalium, Fosforus dan Klorida.

Mineral yang banyak dapat menghidrat badan dengan lebih baik. Bila kita minum, ia akan lebih baik dalam mengekalkan kandungan air badan, menjadikan badan kekal terhidrat dan bertenaga.

3. Tiada Bahan dan Perisa Sintetik

Dijamin tiada perisa, pengawet, pemanis dan pewarna tiruan dalam minuman ini. 100% dari sumber semulajadi, sesuai dengan prinsip Shaklee sebagai pengeluar suplemen semulajadi yang utuh melebihi 100 tahun sejak 1915.

Bahan tiruan atau sintetik ni sebenarnya apa yang kita risaukan ialah kesan sampingan di sebaliknya. Antara kesan penggunaan bahan penambah makanan sintetik di kemudian hari, terutama untuk mereka yang ada alahan ialah:

  • Sakit kepala
  • Mengganggu penghadaman
  • Rasa loya
  • Merendahkan tekanan darah

Jadi, memang kena jaga-jaga ya dengan pemakanan, jangan acuh tak acuh dengan bahaya bahan tambah makanan yang bukan asli begini.

Mari ketahui pula apa fungsi lain minuman tenaga semasa bulan puasa ini? Jom semak.

Fungsi Minuman Tenaga Performance Drink

  1. Meningkatkan daya ketahanan badan (imun).
  2. Membekalkan tenaga dan daya ketahanan fizikal.
  3. Mencegah penyahidratan.
  4. Mengekalkan paras gula.

2 Perisa Pilihan Yang Menyegarkan

Performance Drink Shaklee didatangkan dengan 2 perisa iaitu:

1. Orange

minuman tenaga untuk bulan puasa
Contoh resepi Performance Drink Orange

2. Lemon-Lime (baru dilancarkan Mei 2019)

minuman tenaga untuk bulan puasa
Contoh resepi Performance Drink Lemon-Lime

Bagaimana, kedua-dua perisa nampak sedap dan menyegarkan, bukan? Memang pun! hehe

Jadi, yang mana patut jadi pilihan?

Pilihan sebenarnya bergantunglah pada selera anda. Ada yang suka orange, ada yang suka lemon-lime. Tapi, apa yang penting, kedua-duanya pun sedap, menyegarkan dan meningkatkan tenaga okay. Cubalah!

Dapatkan Untuk Persediaan Puasa Anda dan Anak-anak

Cuaca panas dan risau badan lesu tak bertenaga? Jangan skip minuman tenaga yang satu ini.

Atau tengah melatih anak berpuasa penuh? Jadi bekalkan sahur mereka dengan minuman tenaga ini.

Orang selalu kata kalau lapar boleh bertahan lagi, tapi kalau dahaga itu yang susah nak bertahan, betul? Jadi, inilah dia minuman tenaga untuk bulan puasa yang wajib ada di rumah anda. Ia berkhasiat, memberi tenaga dan menyihatkan.

Minuman tenaga yang biasa-biasa di pasaran yang tinggi kandungan gula dan bergas? Katakan tidak kepada minuman-minuman tersebut, kerana jelas ia akan memudaratkan kesihatan kita!

Bagi yang berminat untuk dapatkan, jangan lupa hubungi saya di WhatsApp okay atau call sahaja untuk pesanan pantas.

minuman tenaga untuk bulan puasa
Dua perisa Performance Drink Shaklee sebagai teman berpuasa

Harga setong Performance Drink ialah RM86.25 dengan kapasiti berat 539 gram bersamaan dengan 19 hidangan (1 hidangan = 28 gram = 3 sudu besar).

Untuk makluman, sepanjang Mei 2019 Performance Drink perisa Lemon-Lime tidak dijual secara individu melainkan dijual secara pakej dengan Performance Drink perisa Orange. Pakej ini dijual dengan potongan diskaun 10% sebagai tanda promosi, jadi dapatkan sekarang sebelum 31 Mei jika anda mahu berjimat! Promosi ini juga sempena meraikan kedatangan Ramadhan Kareem.

Mulai Jun 2019 barulah anda boleh membeli Performance Drink perisa Lemon-Lime secara berasingan pada harga RM165.30 dengan kapasiti berat 840 gram bersamaan dengan 30 hidangan. Wah, cukup untuk kegunaan sebulan  😀

Berbaloi ke beli?

Ramai yang tanya tentang ni. Berbaloi ke beli minuman tenaga untuk bulan puasa jenama Shaklee ni?

Pendapat saya, ini terpulang. Ada orang yang tak perlu pun minuman tenaga untuk support energy mereka semasa berpuasa. Tapi ada jenis orang yang amat amat amat memerlukan suplemen tambahan macam minuman tenaga Shaklee ini (selain makan nasi dan sebagainya) supaya badan tak melepek sahaja sepanjang puasa. Mereka ini termasuklah:

  • Orang tua
  • Kanak-kanak
  • Wanita Mengandung
  • Wanita Menyusu Anak
  • Orang yang bekerja berat dan lasak
  • Orang yang ada gastrik
  • Orang yang kurang selera makan dan minum
  • Orang yang ada penyakit tertentu

Keperluan badan mereka ini sedikit istimewa, kerana memerlukan lebih support tambahan.

Jadi, pengambilan minuman tenaga untuk mereka-mereka ini pastinya akan beri kesan  positif yang besar untuk pengalaman berpuasa mereka supaya menjadi lebih bermakna, insyaAllah.

Akhir kata, ingatlah jika anda mahu memilih minuman tenaga, pastikan anda memilih dan bertukar kepada minuman tenaga yang lebih menyihatkan, bebas bikarbonat dan semulajadi contohnya seperti Performance Drink ini ya  😉

P/S: Untuk pesanan, sila WhatsApp atau hubungi saya di talian 01136198300. Atau boleh terus buat belian online di sini >>> (Beli Performance Drink Shaklee Orange RM96.25) <<< atau >>> (Beli Performance Drink Shaklee Lemon-Lime RM175.30)**<<<. Makluman, harga sudah termasuk postage ke seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

** available bermula 1 Jun 2019

 

Baca Lagi: Manfaat Performance Drink Shaklee dan Testimoni

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge