nak hilangkan jeragat

3 Cara Nak Hilangkan Jeragat | Yang Mana Pilihan Terbaik?

Arggghhhh, tompok jeragat dah mula timbul bila usia melepasi 30 tahun! Ini mimpi ngeri buat pencinta kecantikan semua. Haruslah ramai yang tercari-cari cara nak hilangkan jeragat yang berkesan, betul?

Masalah jeragat jangan dibiar lama-lama kerana semakin lama ia akan semakin berakar umbi dan makin susah nak dihilangkan nanti. Di sini saya kongsikan 3 cara hilangkan jeragat yang boleh anda lakukan.

3 Cara Nak Hilangkan Jeragat

1. Buat rawatan wajah

Okay yang pertama ni boleh pergi spa atau klinik kulit untuk tujuan ni. Ada bermacam jenis rawatan contohnya laser dan peeling. Dan kosnya sememangnya memang mahal sebab akan ada follow up treatment selepas tu okay.

2. Gunakan Krim Pudarkan Jeragat

Anda boleh beli krim pemudar jeragat di pasaran. Untuk yang ni memang ada banyak krim jeragat kat luar sana tp pastikan anda pilih krim yang betul-betul selamat, bebas bahan kimia terlarang dan berkesan. Kalau tidak apa akan jadi ialah jeragat korang tu bukan makin pulih tapi ia akan jadi lebih teruk. Ingat tak antara faktor jeragat berlaku salah satunya kerana penggunaan krim atau skincare yang salah? Hati-hati ya.

3. Kaedah Semulajadi

Nak hilangkan jeragat ialah dengan kaedah semulajadi adalah pilihan ketiga. Yang ini  pun ada 2 cara anda boleh pilih sama ada ikut cara tradisional atau moden.

Tradisional maksudnya korang boleh baca dan amal petua-petua nak hilangkan jeragat contohnya macam buat scrub dengan jus lemon, sapu lidah buaya, dan lain-lain tu. Kata kuncinya di sini mesti rajin ye.

Cara moden pula boleh amalkan suplemen je. Masih kaedah semulajadi sebab suplemen yang patut anda ambil tu mesti adalah natural.

Antara 2 cara ni ada kelebihan pada pengambilan suplemen, sebab suplemen tu dah dibuat dalam bentuk yg mudah dimakan, telah dikaji, lulus KKM dan kuantiti yang telah sedia diketahui – semak je ingredients dan nutrition value pada botol suplemen anda tu!

Contohnya macam produk untuk hilangkan jeragat dengan sumber semulajadi macam yang saya cerita dalam video berdurasi 2 minit ini, moden tapi tetap semulajadi tau.

Kaedah Mana Yang Lebih Baik?

Untuk menjawab persoalan ini, saya lebih suka anda menilai sendiri mengikut beberapa poin penting:

1. Kemampuan harga

Kalau anda mampu, apa salahnya mendapatkan rawatan jeragat yang paling terbaik untuk masalah anda tu, sebab harga bukanlah masalah pun. Rawatan kecantikan moden mungkin adalah pilihan utama kerana ia dikendalikan oleh doktor kulit dan pengendali bertauliah. Anda tak perlu risau dengan risiko keselamatan sebab mereka memang pakar dalam bidang mereka. Namun harus diingat juga anda memilih spa dan klinik yang elok tau, bukannya pusat kecantikan haram dengan rawatan yang meragukan, huhu.

Jika kurang bajet, apa kata anda beli krim jeragat atau amal saja petua semulajadi mahupun ambil suplemen yang natural – asalkan menepati bajet masing-masing.

2. Nak kesan cepat ke lambat?

Bab ini tak boleh nak kata rawatan kulit tu yang akan beri kesan cepat, tak semestinya ya. Ada juga krim jeragat yang cepat nampak kesan, ataupun ada je pengguna suplemen yang dapat kesan seawal satu bulan pun!

Kena rajin-rajin baca review pengguna sebelum buat pilihan okay.

3. Tahap Keseriusan Jeragat

Ada orang yang jeragatnya masih baru, tapi ada yang dah lama berakar umbi. Logiklah kalau jeragat yang dah lama ambil masa yang lebih panjang untuk hilang. Jangan cepat sangat lompat kaedah nak hilangkan jeragat padahal baru 2-3 minggu konsisten dengan satu-satu cara tu.  It will takes time, note that.

 

Akhir sekali, pesanan saya pilihlah cara nak hilangkan jeragat yang bersesuaian dengan anda. Yang penting mesti selamat dan berkesan okay!

 

Baca: Testimoni Jeragat Hilang Dengan Pengambilan Suplemen Semulajadi Shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge